Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 25 April 2013

Main Masak-Masak; Gulai Ikan Tenggiri, Rendang Kerang & Sardin Puff

Assalamualaikum,

Lama tak show off gambar masakan aku yang tak berapa nak sedap kan?..HAHA Well, aku bukan pandai masak pon tapi thanks pada Instagram yang pandai membuatkan gambar makanan jadi lebih menggiurkan:P

Semalam aku masak gulai ikan tenggiri. Senang aje nak buatnya; kisarkan seinci lengkuas, sebiji bawang merah (yang besar), beberapa tangkai cili kering, seinci kunyit hidup (kalau takde guna serbuk kunyit sahaja) sementara itu panaskan santan (aku guna santan kotak jenama Kara yang kecil) bersama sedikit air (agak-agaklah kuah nak pekat mana) pastu masukkan hasil kisaran yang dalam blender tu, masukkan 2 keping asam keping..sambil-sambil kacau hingga mendidih masukkan ikan, garam & gula. Lepas tu bolehlah masukkan cili merah & timun batang. Masak sehingga sayur lembut


Kalau ikut cara mak aku; kepingan ikan tenggiri tu diperap dengan garam semalaman baru dimasukkan dalam kuah. Kalau macam ni lagi terasa sedap sebab garam sudah menyerap masuk ke dalam isi ikan..tapi kalau masin sangat tak boleh juga kan, nanti darah tinggi..HAHAHA :P


Rendang kerang dengan terung (sebab nak habiskan stok terung dalam peti). Aku ikut resepi rendang daging yang aku bagi sebelum ini (Resepi Mudah Rendang Daging Versi MekLa) cuma tukarkan daging dengan kerang sahaja:)


Cubaan pertama membuat sardine puff menggunakan instant pastry puff jenama Kawanku nampaknya tak berapa nak menjadi sangat. Salahkan aku yang tak perasan set api oven untuk bahagian atas sahaja..HAHA Merasalah hangits di bahagian atas tu.


Tapi rasanya tetap sedap cuma aku rasa nak kena improvekan lagi dengan membakar pada suhu lebih rendah supaya pastry tu boleh mengembang lagi (nanti lebih rangup & rapuh)

Apa-apa pun semua makanan ni dah selamat dimakan oleh ahli keluarga dah pon. Kalau Azzam tak buat perangai memang sekejap je boleh masak tapi kena tengok situasi juga...Susah dengan budak kecil yang tak nak duduk bawah tu, asyik nak kita ada depan muka dia aje *grrrrrrr*

Oklah, kalau ada resepi cubaan syok sendiri lagi aku akan kongsi di sini. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^