Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 26 April 2013

Anak Oh Anak!

Assalamualaikum,

Hari ni nak sembang pasal anak-anak aku je..Baik Haziq, Husna, Ashraf mahupun si kecil Azzam masing-masing ada perangai. Selalunya memang mencabar kesabaran aku..

Kita start dari yang sulung iaitu Amirul Haziq..Sejak bersekolah ni, boleh dikatakan banyak benda yang dia belajar dari cikgu & kawan-kawan di sekolah. Kalau balik je dari sekolah, dia memang suka bercerita tentang apa yang berlaku kat dia pada haritu tapi tengok ekspresi muka bila turun dari van juga. Kalau moyok tu sah ada kawan buat dia di sekolah..HAHA

Ada satu hari tu dia balik bagitahu dekat aku yang Ustaz X (nama dirahsiakan) bagitahu jangan makan ayam dekat kedai Y (nama dirahsiakan juga bagi menjaga nama baik premis makan tersebut) so aku tanyalah kenapa, dia cakap Ustaz X cakap diorang ambik ayam dari Ai En Di Ai AAA (sambil bisik kat telinga aku); First expression nak tergelak pon ada, second tak tahu nak percaya ke tak tapi selepas kejadian tu memang kamis ekeluarga tak pernah lagi makan dekat Restoran tu..HAHA Aku tanya juga bila Ustaz X bagitahu dekat Amirul, dia cakap masa dekat surau selepas solat zohor..selalunya Amirul tak cakap menipu cuma mungkin kadang-kadang ada setengah benda dia salah faham so aku takderlah nak percaya bulat-bulat apa yang dia bagitahu.

Anak sulung ni perwatakan manja tu memang ada, kena buat dekat adik pon boleh menangis macam kena pukul. Ada satu hari tu dia kena inject dekat sekolah dia, memang aku dah dapat tahu awal lagi melalui sms yang sekolah bagi tapi saje je tak nak bagitahu dekat dia sebab takut nanti dia tak nak g sekolah so petang tu menunggulah dia balik sebab nak tengok reaksi dia. Sampai je depan muka pintu (bila nampak aku) terus menangis cakap sakit pastu cakap "Amirul rindu mama" HAHAHA sooo meltinglah dengan anak jate ambo ni. Sudahler masa tu en suami outstation, dengan mama mama nangis sekali tau:P

Sekarang ni setiap hari aku akan bekalkan snack untuk dia makan waktu rehat pukul 10 pagi. Kadang-kadang bawa roti, nugget, sosej atau biskut chipsmore, takdenya aku nak bangun awal-awal pagi masakkan dia nasi lemak ke nasi goreng ke sebab sah-sah dia tak makan. Tengahari nanti dia makan di sekolah sebab dah bayar dalam yuran sekolah untuk pakej makan tengahari. Duit pula hari-hari bawa RM2, dulu aku susah hati anak tak reti nak guna duit tu tapi sekarang ni susah hati sebab dia tak reti nak berjimat..HAHA Hari-hari balik sekolah ada aje makanan yang dia beli, sampai nak buka pintu van sekolah pun susah sebab kiri kanan pegang makanan macam roti seosej, air & goreng pisang. Yang bagusnya bawa balik untuk makan bersama-sama adik-adik:) Inilah perangai abang sulung; sharing & caring:))

Bab belajar pula macam biasalah nak kena ketuk dulu baru nak buat. Banyak juga mata pelajaran yang dia masih lemah especially matematik. Aku nak ajar pun takde kesabaran & satu lagi banyak dah istilah Matematik zaman sekarang yang aku tak tahu..huhuhu Tengoklah macamana nanti, kalau teruk mungkin kena hantar tuition ke apa..Bab solat pon ada masa liat ada masa rajin tapi most of the time liat..Makin penakut sampai nak masuk toilet nak ambil wuduk pon takut..Grrrrrrr geram aje aku ni..Ikutkan hati rasa macam nak kurungkan dia dalam toilet tu je >__<

Ok beralih pada Husna pula, Husna ni perwatakan dia rebel sikit. Aku rasa aku tahu dia menurun sapa..hihihi   Tapi dalam memberontak tu, ratu air mata juga..Kalau aku marah sikit konpem nangis pastu tunggu aku pujuk peluk cium baru nak berhenti. Ada one day tu, aku marah dia (marah ni dalam erti kata membebel) then dia cakap "Mama ni asyik nak marah aje, nanti mama jadi tua" Pastu bila en suami balik kerja mulalah mengadu dengan papa kesayangan dia tu & terus-terus papa dia setuju..ceit pooodah!

Kalau time hujan pula pandai je dia cakap "Allah buat hujan ni supaya kita tidur" & memang betul pon sebab tak lama lepas tu dia tidur..HAHA selalunya susah nak tidur tengahari tapi agaknya dia pon tahu yang time hujan ni sejuk so memang best sangatlah membuta:P

Husna ni jenis berdikari sikit tapi at the same time cepat mengamuk, suka bagi arahan & cepat merajuk..Ayyayaaa ikut perangai saperlah tu ya? Tapi betullah orang cakap, anak perempuan ni anak ayah sebabnya memang manja sangat dengan papa dia..Kalau dengan aku, pantang tegur merajuk / marah-marah..huhu

Oklah..baru cerita karenah 2 orang anak dah penat taip, nanti jap lagi sambung karenah 2 bongsu penghibur hati aku pula:)


susah betul nak ambik gambar anak-anak dalam keadaan bersedia..huhu

4 ulasan:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

lain anak lain ragam kan? Has rs ank no 2 mmg agak rebel gitu. mcm ery

Tie HT berkata...

suka tengok gambo ibu dan anak2 :)

Zaila Mohamad berkata...

Has,

berul, setiap anak ada perwatakan masing2:)

Tihara,

susah benor nak ambil gambar dalam keadaan bersedia, selalu kalut macam tu ler

Hasanah Ahmad berkata...

Hehehe.gelak je saya membaca entry puan. Benarlah lain anak lain ragamnya hehe :)

http://imnah03.blogspot.com/

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^