Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 16 April 2013

Resepi Mudah Rendang Daging Versi MekLa~lalala


Assalamualaikum semua,

Lama rasanya tak tepek gambar masakan kat dalam blog ni kan? Lately aku memang jarang masak dah, kalau masak pon simple-simple sahaja sebab en suami dah tak balik makan tengahari kat rumah, Haziq pula makan di sekolah so kadang-kadang malas nak masak 2,3 lauk..

Semalam tetiba angin rajin datang meresap ke dalam jiwa..ececee bukan rajin sangat pun cuma kebetulan teringin nak makan rendang & semua bahan ada tersedia dalam peti ais, barulah semangat nak memasak tu datang. Selalunya mulut teringin nak makan tapi kadang-kadang bahan tak cukup so terpaksalah tangguh dulu..

Ok ini resepi simple rendang daging aku. Macam biasa tiada sukatan yang tepat sebab aku masak memang main agak-agak sahaja. Yang penting bahan asas & teknik masak kena tahu barulah menjadi masakan kita tu. Rasa boleh adjust dari masa ke semasa..cewah! Gaya dah macam pro tapi sebenarnya hampeh:P

Bahan-bahan :

- daging (dipotong kecil-kecil)
- cili kering * (aku gunakan dalam 8-10 keping)
- lengkuas * (lupa nak ukur tapi aku guna tu banyak jugalah)
- halia * (pun sama tak reti nak agak berapa inci, main belasah aje)
- serai * (aku guna dalam 3 batang serai gemuk-gemuk hiris nipis & 1 lagi diketuk)
- bawang merah *
- santan kotak Kara kotak kecil
- asam keping
- daun kunyit (dalam 3,4 helai)
- garam & gula
- minyak lebihan goreng ikan

Cara-cara :

- Kisar semua bahan yang bertanda * dengan santan & sedikit air
- Masukkan daging, santan & bahan kisaran ke dalam kuali bersama dengan minyak lebihan goreng ikan (actually aku ikut resepi dalam buku resepi so jangan tanya aku kenapa mesti pakai minyak lebihan goreng ikan)
- Masukkan serai yang telah diketuk & asam keping (actually dalam resepi tu tak masukkan pon asam keping ni tapi aku nak rasa masam sedikit so masuk je dalam sekeping dua)
- Masukkan garam & gula
- Sesekali kacau sampai naik minyak
- Hiriskan daun kunyit & masukkan dalam rendang
- Siap untuk dihidangkan!!

Senang kan? Actually dalam resepi asal kena masukkan cili padi tapi aku tak masukkan pon sebab tahu isi rumah ni mana tahan makan pedas..hihi

Selamat mencuba..rendang ni sedap dimakan bersama nasi impit atau pulut kuning..nyam nyam nyam...


Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^