Selamat hari guru buat semua cikgu-cikgi yang telah berhempas pulas memerah otak & tenaga untuk mendidik aku dari tadika sampailah masuk Universiti. Tapi yang penting guru tak bertauliah yang paling mulia sekali dalam hidup aku adalah mak & ayah aku yang banyak berkorban keringat demi memastikan aku berjaya!
Insya Allah, walaupun aku tidak bekerja tetapi usaha untuk mendidik anak bangsa akan diteruskan juga:)
gambar diambil dari fanpage Genius Aulad
Malam tadi gigih paksa Husna buat kad hari guru untuk diberikan pada teacher kelas dia. Walaupun hanya kad buatan sendiri, aku harap teacher Nieda suka sebab aku suruh Husna tulis sendiri ucapan kat dalam kad tu:)
Husna tengah lukis gambar ais krim..motif ape ntah nak lukis air krim tapi layankan sajork..nanti kang terbantut idea minah ni kang tak jadi pula kad tu:P
Ini rupa luaran kad tu. Jenuh melilau cari kertas keras nak buat kad akhirnya jumpa gambar pokok ni..Guru ibarat pokok yang menghijau sentiasa memayungi anak murid juga kan? tak gituuuu? Ampun cikguuuuuuu jangan marah:P *padahal budget takde tu pasal buat sendiri kad tu*
Pagi ni sempat masakkan makaroni goreng untuk Husna bawa ke sekolah sebab memang sekolah dah bagitahu akan buat sambutan & minta setiap murid bawa potluck so aku masaklah makaroni goreng (sebab tu paling senang) tapi last-last makcik Husna ni malu nak bawa sebab bekas tu besar..sabar jelah anak aku sorang ni (sama macam mama dia dulu lah ni)
Tapi aku paksa juga bawa sebab dia pergi sekolah naik van bukannya jalan kaki. Nasib baik Uncle Sham driver van tolong bawakan..Tupon muka Husna macam moyok je..Alahai anak, bukannya Una bawak bom pon..Patutnya berbangga sebab mama kita masak sendiri (walaupon tak sedap)! HAHA
Oklah, buat kawan-kawan yang bergelar pendidik, teruskan mendidik anak bangsa dengan seikhlas hati. Insya Allah hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua:))
Tata!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan