Assalamualaikum,
Gambar di atas adalah gelang jed yang en suami belikan untuk aku semasa outstation ke Myanmar tempohari pecah 4 gara-gara Ashraf baling..huhuhu Nasib baik tak kena TV, kalau tak berganda-ganda sedih hati mama dia ni -_____-"
Ya beginilah Ashraf Hariz, super hero super lasak dalam famili. Setiap masa ada sahaja benda yang dia buat; skrin henset aku retak gara-gara dia, pinggan hiasan aku pecah gara-gara dia, wallpaper rumah koyak gara-gara dia, bawang di dapur hilang gara-gara dia..Apa lagi yang dia tak buat? Punggah kasut masuk dalam rumah, sembur air dari dalam toilet ke dapur aku, sepah baju, sepah pampers, conteng dinding & the list goes on..
Kalau dulu sepanjang hari anak-anak hanya berada di nurseri sahaja tapi sekarang ni sejak tak bekerja, baru aku dapat nampak potensi sebenar anak-anak aku..huhu sungguh cilik & licik! Tapi aku tak nak katakan si Ashraf ni sebagai hyperaktif, cuma biaserlah dia memang seorang budak yang aktif. Kalau di luar rumah, memang tak pernah berhenti berlari & melompat. Alhamdulillah sepanjang di bawah jagaan aku, tak pernahs ekali pon jatuh demam kecuali minggu ni tewas juga dengan virus selsema setelah balik dari bercuti dari Morib tempohari. Tapi dalam pada demam tu, masih lagi aktif..Ashraf Ashraf..
Di sini aku nak kongsikan 10 tips menangani anak hyperaktif yang aku ambil dari blog Rahsia Anak Pintar
10 tips menangani anak hiperaktif:
1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikuti kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.
1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikuti kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.
2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.
3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkahlaku mereka tersebut kadang-kala memalukan serta mencetuskan perasaan marah (bengang!!)
4. Bersabar dan tidak bertindak memukul dan memalukan mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional (….kena banyak sabaaar…).
5. Tukar perkataan “jangan” kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit “Jangan lari!!!”, cuba tukarkan kepada perkataan “Farid, boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh”. Dia akan ikut kejap, pastu lari lagi… tak pe, jangan jemu memberi teguran!!
6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti “kenapa la kamu ni nakal sangat”, bodoh atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa merupakan doa kepada mereka. (cepat-cepat ambil wuduk kalau naik marah..)
7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat. Contoh pelihara ikan, tanam bunga dan seumpamanya.
8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam tv, ajak mereka menghafal ayat-ayat pendek di dalam Al-Quran. Hafal ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafalan).
9. Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ianya lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. jangan ‘give up’ walaupun terpaksa bercakap perkara yang sama kepada mereka
10. Dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan.
Dalam point-point di atas, memang betul Ashraf ni aku tengok kita tak boleh cakap "Jangan" Memang pantang sangat-sangat sebab lagi kita larang lagi dia nak buat...huhu So kalau dia nak lari tu aku kena ikut sahaja sampailah dia berhenti. Tapi ada masa aku naik panik juga sebab bimbang dia akan buat perkara yang tak elok contohnya haritu masa di Impian Morib tu ada kolam ikan, issyyy risau sangat kalau dia lari terjun kolam sebab nak tangkap fissshhhhhhhhhhhh..Fuuuuhhhhhh *lap peloh*
Apa-apa pon, aku bersyukur sebab dapat lihat dia membesar depan mata hari-hari. Tipulah kalau tak marah tapi biaserlah dalam hidup sesekali kena marah juga kan. Marah kan tanda sayang:)
Oklah bye..Azzam dah nangis dah tu
5 ulasan:
tima kasih kak for this useful tips..anak aida pon tak reti duduk diam..huhuhu...lap peloh banyak2 kali jugak..kuikuikui..
memang kena ada sabar yg tinggi bila ada anak hyper ni. tapi itu la kekadang terlepas gak marah. penatkan jaga anak2 ni masih kecil. tp takper semua ni ujian membuatkan kita menjadi ibu yg lebih baik :)
Aida,
macam nilah kalau ada anak kecil, kita tak pernah duduk diam kan..tapi akak ni tak kurus2 juga..huhu
Yati,
betul tu, dulu masa kerja aku cepat hilang sabar dengan perangai anak-anak, selalunya Haziq dulu memang akan kena teruk jugalah dengan aku kalau dia buat salah tapi sejak xkerja ni most of the time dengan anak2 je, dah macam2 diorang buat sampai satu tahap aku redha sahaja..huhu
Anak saye pon camni.. tp pompuan tapi asyik nak bantai balik adik dia je.. adik dia pon dah pandai lawan balik padahal baru 11 bulan.. terima kasih tips ni ;)
http://sweetmom83.blogspot.com
Thanks for the tips. Anak dara aku tu pon bley tahan lasaknya. Tak padan dgn pompuan. Sabar jer lah.
Catat Ulasan