Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 23 Ogos 2013

Tips Ceriakan Kediaman Sempena Hari Raya


Gambar : barangan tembikar peninggalan arwah Tok Saudara aku, barangan antik macam ni sayang untuk dibuang jadinya sekarang ini menjadi hiasan di sudut ruang tamu kediaman ini

Assalamualaikum,

Musim raya ni mesti ada yang akan mengadakan rumah terbuka kan? Jom baca beberapa tips Hias Rumah Aidilfitri yang dipetik dari majalah Impiana edisi 144 Ogos 2011 (100 Tips Hias Rumah)

1) Jika kediaman agak gelap atau suram, elakkan menggunakan rona gelap pada kemasan lembut dan perabut.

2) Hadirkan kilauan atau elemen berkilat pada dekorasi. Misalnya cermin hiasan atau bingkai gambar kristal berkilat.


gambar : koleksi pinggan hiasan sudah digilap hingga bersinar-sinar *iyolah teww*

3) Masukkan elemen pokok hidup pada ruang kediaman kerana ia memberikan warna dan tekstur semulajadi.

4) Elemen kaca juga adalah pilihan yang tepat untuk aksesori atau perabut kerana ia telus pandang dan tidak menyekat pengaliran udara.

5) Letakan perabut harus dipastikan tidak menghalang punca cahaya seperti lampu atau tingkap.

Dalam kesibukan menyediakan juadah dan melayan tetamu, mungkinkah berkesempatan untuk mengemas bilik air buat para tetamu yang bertandang. Berikut tips cara cepat membersihkan bilik air dalam masa 5 minit sahaja

1) Gantung beg. Sediakan sebuah beg digantung pada tombol pintu bagi memudahkan untuk membuang sampah-sampah kecil seperti tisu dan sebagainya.

2) Cuci bilik air dengan meyiram air yang dicampurkan dengan sedikit peluntur untuk dapatkan hasil yang berkesan.

3) Cipta kilauan dengan menyediakan sebuah botol penyembur yang diisi dengan air dan cuka pada kadar yang sama. Semburkan pada kain atau tisu tandas dan lapkan pada permukaan peralatan bilik airsupaya tampak berkilau.

4) Kawal kotoran dengan menggunakan kain atau tisu

5) Gunakan kain tuala pengelap yang baru. Jika tidak gunakan penyembur wangian pada kain lap tangan yang digunakan.

Oklah, itu sahaja di antara tips menceriakan kediaman sempena hari raya. Pada teman-teman yang buat rumah terbuka tu, jangan lupa jemput kami ya :P

kelas asas blog & fanpage semakin rancak menerima keahlian baru. Untuk pertanyaan, hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Ruangan iklan juga sudah dibuka, baca di sini http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html untuk keterangan lanjut.

Tata! Salam kasih sayang semua:)

2 ulasan:

WAN ROKIAH berkata...

lupa nk pi intai blk ari rmh mu aritu..haha..dlm ms yg sm..audit sekali..kikiki

mn tau leh gunapakai tip yg sm ni haaa

NrlAidaHml berkata...

Wahh..retro sangat koleksi tu..tambah seri kediaman kan...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^