Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 27 Ogos 2013

Rahsia Resepi Nasi Kerabu Tersedap


Assalamualaikum,

Penangan keletihan mengadakan majlis jamuan hari raya di rumah aku pada Ahad yang lepas masih tak hilang lagi. Takpe, biar penat badan janji puas hati dapat bagi kawan-kawan makan. Terima kasih pada yang sudi bertandang. Kali ini menu yang sama juga iaitu nasi kerabu & juga laksam:) Saban tahun inilah menu rumah terbuka kami. Bukan tak mahu buat menu yang lain tapi menu inilah yang ditunggu-tunggu oleh kawan-kawan yang pernah merasa.

Alhamdulillah, dengan pertolongan dari adik ipar aku merangkap chef sebenar, nasi kerabu berjaya juga dibuat. Tapi kali ini hanya nasi kerabu kosong tanpa tumis (pada yang perasan ketiadaan tumis) kerana kami ini bukannya penggemar tumis. Ramai yang bertanyakan resepi nasi kerabu & laksam. Boleh cari di ruangan carian di blog aku & taip resepi nasi kerabu. Aku pernah meletakkan resepi nasi kerabu satu masa dahulu.

Masterchef sebenar adalah mak mertua aku, dari beliaulah aku belajar buat nasi kerabu. Sepanjang menjadi menantu selama 8 tahun, inilah menu kegemaran kami sekeluarga. Setiap tahun inilah signature dish keluarga besar kamis etiapkali berjumpa! Memang tidak pernah jemu. Adik ipar aku bercerita tentang bagaimana ibu mertua meletakkan sepenuh hati dan perasaan bila menggaul sambal kelapa nasi kerabu, betapa telitinya beliau menyediakan makanan. Patutlah menu ini yang akan menjadis ebutan setiapkali pulang ke kampung. Alhamdulillah, bertuahnya aku kerana ditemukan dengan beliau.

Ini antara rahsia yang emak mertua selalu tekankan demi menjadikan nasi kerabu itu sedap :

1) kelapa yang digunakan itu jangan yang terlalu tua, goren sampai keperangan (agak garing tapi jangan sampai hangit) kemudian ditumbuk bersama dengan bawang merah, isi ikan selayang yang telah direbus, halia, serai, nise & juga garam.

2) kunci kepada nasi kerabu yang sedap sudah tentulah sambal kelapanya, jadi pastikan sambal yang disediakan cukup basah "moist" dengan menggaul kelapa & bahan tumbuk dengan sebati.

3) selain itu, air lada juga sebagai pelengkap rasa, cukup senang dalam membuatnya iaitu kisarkan cili padi merah bersama dengan cuka, garam & gula. Lagi lama cili padi dibiarkan bersama campuran cuka, lagi sedaplah air lada tersebut. Nisbah garam kepada gula adalah 1 : 4. Manakala cuka pula biarlah cukup-cukup melepasi paras cili di dalam blender.

4) ulaman pula kalau boleh gunakan pelbagai jenis sayuran hijau; kalau nasi kerabu Key El ulaman hanya kobis & taugeh sahaja tapi apa kata masukkan juga kacang panjang, timun, kacang botol, serai, bunga kantan, kangkung, pucuk ulam raja dan kalau ada pucuk gajus lagi sedap. Kalau di kampung mak mertua masukkan lagi daun kaduk dan beberapa lagi daun yang aku sendiri tidak mengenalinya :P (belum habis berguru daaaa)

5) lagi satu penambah rasa kepada nasi kerabu terbaik adalah budu yang diperahkan limau nipis. Perghhh, tulis sahaja sudah kecur air liur. Sebuah makanan yang cukup lengkap, ada masin, pedas dan masam. Kalau makan, jangan lupa gaulkan kesemuanya. Barulah terangkat! Sesetengah tempat akan bekalkan lagi dengan asam limau untuk diperah di atas nasi kerabu. Ya Allah, serta merta perut berkeroncong teringatkan nasi kerabu.

Rasanya itu sahaja rahsia untuk mendapatkan nasi kerabu yang sedap. Kalau tak percaya silalah cuba. Menu yang cukup sihat untuk dihidangkan kepada tetamu di bulan raya ini. Bukan apa, cukup lengkap dengan sayuran & ulaman. Memang berkhasiat sangatlah kan. Hidangan sampingan boleh dijamah bersama telur masin, keropok keping, bawang jeruk dan juga petai jeruk..

Macamana? Ada berani untuk mencuba resepi tersedap tersohor ini? :)

Salam kasih sayang buat semua. Ruangan iklan masih lagi dibuka. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut :

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html


4 ulasan:

NrlAidaHml berkata...

Sedapnya kak Nasi Kerabu tu..Feveret sangat..tapi nak buat nya macam leceh je,...hihihi

CeqGu berkata...

Betul tu, kalau sambal kelapa, insyaaallah mmg terangkat nasi kerabu tu

Wani berkata...

Ala.. Mana nak cari nasi kerabu ni. Area salak tinggi takde yang sedap. Huuuu

Nolizawati Mohd Saad berkata...

As salam cikgu. Saya sharekan entry cikgu di blog saya untuk post 28/8
http://kenapaberblog.blogspot.com/
Tqvm...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^