Kalau perasan, blog aku ni penuh dengan gambar makanan sahaja; sampaikan abang aku pernah tegur di facebook "duo jah cerito Mokla nego ngan makan" Amboiiiiiii ngutuk adik sendiri nampak? :P
Dahtu nak buat camno, ini sahaja modal cerita yang aku ada. Kalau nak cerita tentang g shopping henbeg luar negara tu macam nampak sangat menipunya sebab aku kan tak kerja, mana nak cari duit nak buat shopping kan? *ops*
Oklah, sekadar berkongsi gambar makan-makan keluarga kami *yang memang suka makan* Sekarang ini memang dah tak boleh komplen badan gemuk sebab sendiri cari pasal kan..Jangan dapat penyakit 3G sudahler, adusss MekLa bilalah nak sedar diri ni!
Hari Jumaat lepas bawa mak mertua makan di Restoran Mohd Chan Kota Kemuning. Boleh baca review aku di sini (Jalan-Jalan Cari Makan : Restoran Mohd Chan Kota Kemuning) sebab kami ni memang tak tahu dah tempat lain yang sedap di sekitar rumah ni. Kalau kedai mamak jangan harap en suamiku akan masuk, satu-satunya kedai mamak yang kena dengan selera kami adalah Kayu Nasi Kandar tapi jauhlah pula..hihi
Menu wajib order di Restoran Mohd Chan adalah butter prawn dan juga tom yam. Hari tu cuba menu baru iaitu ayam apa entah namanya; serius tak sedap jadinya nanti kalau datang ke sini mahu order menu lain pula:P
Yang ni pula menu nasi ayam di rumah abang ipar di Kinrara, Puchong. Alhamdulillah, haritu masa bulan puasa pernah mengidam (jangan ingat mengandung pula) nak makan nasi ayam tapi empunya badan ni malas nak buat jadinya tunggu jelah rumah terbuka kot-kot ada yang nak buat menu nasi ayam. Sekali hari yang sama dua rumah aku pergi semuanya menu nasi ayam. Alhamdulillah Alhamdulillah kekenyangan berganda! :)
Yang ni pula malam Isnin yang lepas, abang Zul pelawa untuk belanja makan malam di Restoran Hydramawt Bukit Bintang. Walaupun yang terakhir tiba (kerana tunggu en suami balik kerja lambat sangat) tapi makan tetap makan..ngeh ngeh ngeh Terima kasih Abang Zul di atas ingatan. Sebenarnya banyak kali juga kami sekeluarga terlepas peluang untuk makan di sini. Biaserlah, kami kan penggemar nasi Arab :)
Acara makan-makan memang merapatkan hubungan kami sekeluarga (keluarga belah suami) kalau belah aku ni adik beradik tak ramai lepas tu duduk pon jauh-jauh T___T" *rindu Mok Na di Labuan*
Ini pula red velvet cupcakes yang aku tempah semasa buat makan-makan haritu. Kawan aku yang rekemenkan; memang sedap dan harga juga berpatutan. Boleh kunjungi di sini (http://sohodirectory.blogspot.com/2013/08/malinas-gateau.html) untuk maklumat lanjut.
Iklan sat : bagi mereka yang ingin mengiklankan produk / servis mereka di laman SOHO Directory, boleh hubungi aku untuk mengetahui pakej harga yang ditawarkan. Iklan akan diletakkan & disiarkan hampir di setiap blog pelajar dan guru online Akademi Bekerja Di Rumah. Boleh baca di sini (http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html) juga untuk maklumat lanjut.
pada yang bertanya petua nak bagi nasi biru untuk nasi kerabu, inilah bunga telang (ke telom lupa dah sila google sendiri) masukkan aje ke dalam nasi yang dimasak & kacau-kacau hingga sebati. Memang akan bertukar warna biru. Bunga ni mak mertua yang bawa dari kampung. Alhamdulillah merasa nikmat pemberian orang tua dari kampung. Penuh satu beg dibawa naik kapal terbang; daun-daun ulam, bunga nasi kerabu, itik serati..hihi
Oklah, hingga bersiaran lagi. Mak mertua masih ada di rumah kerana menemankan kami. En suami outstation ke Myanmar lagi. Sejak ada pelajar sudah tidak terasa kesunyian bila en suami keluar bekerja..HAHA konon-konon busylah ya..
Salam kasih sayang buat semua
1 ulasan:
rare btol bunga telang tu kan. sini mana nak jupo. aku pun sokmo abang aku duk nganjing bila gi kedai makan, tok sir amik gamba? hahahaharuss :p
Catat Ulasan