Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 16 Disember 2013

Jom Bantu Mangsa Banjir


Assalamualaikum,

Kita lupakan sekejap kisah perjalanan kembara ke bumi Hat Yai & Krabi. Ayuh kawan-kawan, bersama kami warga kerja Akademi Bekerja Di Rumah untuk sama-sama memberikan sedikit (atau banyak) bantuan untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir semua.

Antara yang akan disumbangkan adalah Set Telekung solat, kain batik dan juga kain pelikat untuk sama-sama diagihkan kepada mangsa banjir semua. Semoga dengan sumbangan kalian dapat meringankan beban yang ditanggung oleh saudara seIslam kita. Bagi mangsa-mangsa banjir, bertabahlah dan ingatlah ujian ini adalah satu nikmat yang Allah mahu berikan kepada kita. Insya Allah jika kita bersabar, nikmatnya adalah keimanan yang makin meningkat:) Semoga Allah SWT memberikan ganjaran sebesar-besar pahala bagi mereka yang ikhlas memberikan bantuan dan bersabar dalam menempuhi dugaan ini.

Boleh terus berikan bantuan ke nombor akaun yang tertera di gambar tersebut ya. Terima kasih!

Maybank : 114115128467 (Nor Aisah Hussien)
CIMB : 14240016233520 (Nor Aisah Hussein)
No telefon : 013-383 7768

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^