Tuesday, January 7, 2014

Diari Seorang Suri Yang Bekerja Dari Rumah : Tips Cepat Memasak

Assalamualaikum,

Hari Ahad yang lepas kami ke Midvalley untuk menemankan adik ipar aku meninjau-ninjau harga barangan untuk hantaran perkahwinan. Iyalah, zaman sekarang hantaran pun mahu yang berjenama aje uolsss, Hihihi tapi kami hanya jalan-jalan cuci mata sahaja, tak laratlah nak ukur satu Midvalley dengan satu rombongan kanak-kanak ribena yang aktif berlari tu, penat sungguh!

Selalunya apabila ke Midvalley, aku dan suami suka makan di medan selera yang terletak di Tingkat 3 (dahulu lah, jika sekarang aku pun dah tak tahu masih wujudkah medan selera ini). Kami suka makan di satu kedai yang menyajikan masakan panggang ala Portugis. Memang sedap bagi mereka yang sukakan pedas. Tapi sayangnya hari Ahad yang lepas memang kami tak berkesempatan pun untuk makannya. Aduiiii, bila balik di rumah malam itu terus teringat-ingat akan "pari bakar bersama bendi" atau "pari bakar bersama petai" yang sememangnya menjadi kegemaran aku.

Tidak mengapalah, sejak berkahwin ini semua masakan yang pernah dan aku suka makan, aku sudah pandai membuatnya. Tapi sudah tentulah mengikut citarasa dan anak tekak aku ya. Jadinya sekali buat tu, tiba-tiba terajinkan diri untuk buat banyak-banyak dan simpankan di dalam freezer. Memang memudahkan aku juga nanti apabila tiba masanya ada hari-hari yang sibuk dan tidak sempat untuk memasak:P


ikan bawal emas bersama sambal ala Portugese grill, potong bendi siap-siap dan bungkus dengan aluminium foil. Kemudian di simpankan ke dalam peti sejuk beku. Andai teringin nak makan, boleh keluarkan dan panaskan di dalam kuali (tapi pastikan keluarkan awal sedikit supaya ikan tidak beku) atau menggunakan ketuhar. Bila dah masak, hidangkan bersama hirisan asam limau kasturi.


ini menu kami malam tadi, udang bakar ala Portugese grill bersama bendi. Kalau mahu resepi sila godek di dalam entri blog ini atau komen "saya mahu resepi" di bahagian komen. HAHAHA

Cukup 10 komen Insya Allah aku akan kongsikannya di dalam blog ini. Bagi surirumah yang bekerja di rumah tu, bolehlah cuba masak dalam kuantiti yang banyak dan asing-asingkan ke dalam aluminium foil. Memang sangat membantu di kala kemalasan atau rutin harian yang sibuk melanda:)

Sehingga bertemu kembali. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Akademi Bekerja Dari Rumah, mungkin boleh mengunjungi blog rasmi aku iaitu di sini :

http://zailamohamad.blogspot.com/

Manakala blog ini pula aku akan gunakan sebagai tempat catatan peribadi aku dan kenangan aku sepanjang bergelar surirumah yang bekerja. Semoga bermanfaat.

7 comments:

Kucing Hitam said...

kan senang mcm nie heheh nice sharing akak

tifa anvar said...

tq 4 sharing. nak resepi

miza zulkafli said...

wow, sedapnya。◕‿◕。

feel free to visit my blog sis>>>
http://mylittlelisa.blogspot.com/

BUNDA a.k.a KN said...

salam ukhuwah dari bunda...

Your Beauty Coach said...

tq for sharing, kadang stuck gak nak masak apa kan... t bleh share resepi lagi

mona kedai frozen said...

kite suke gak buat camni.. masak utk 2 kali makan.. xpun nyambal byk2.. pastu jd mcm pes :)

Azie Suhaimi said...

nice tips utk mak yg super bz..jemput ke blog azie ye.. www.aziesuhaimi.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015