Thursday, February 20, 2014

Tips Mengasingkan Anak Tidur Di Dalam Bilik Masing-Masing


sumber imej : google

Assalamualaikum

Terima kasih pada yang sudi meninggalkan komen untuk entri sebelum ini. Tiba-tiba rasa bersemangat pula untuk update blog:)

Kali ini aku ingin kongsikan beberapa tips untuk memujuk anak-anak supaya tidur di dalam bilik masing-masing. Sebelum ini memang aku pernah cuba untuk mengasingkan anak-anak terutamanya Haziq dan Husna tetapi tidak berjaya kerana ada beberapa faktor yang datang dari kelemahan aku sendiri (kesiankan mereka bila setiap malam mereka mmerayu-rayu untuk masuk bilik aku)

Alhamdulillah, beberapa minggu ini Haziq dan Husna sudah boleh tidur di dalam bilik sendiri. Mungkin agaknya Haziq sudah pun meningkat remaja (baru darjah dua je pon) dan sudah ada kesedaran untuk memiliki ruang peribadi sendirian mungkin juga kerana Haziq sudah pun bersekolah jadi memang bila letak je kepala atas bantal akan terus tidur nyenyak sampai ke pagi!

Antara tips yang boleh aku kongsikan di sini ialah :

1) Hias bilik mereka mengikut citarasa anak-anak

Selalunya bilik anak lelaki dihias dengan bertemakan watak kartun kegemaran mereka. Tapi bilik Haziq aku takderlah nak hias lawa-lawa sebabnya dalam masa sehari aje boleh bertukar menjadi "reban ayam". Jadi, antara yang asas perlu ada adalah katil, meja untuk belajar dan almari pakaian (yang nipun dah takde rupa almari dah). Atau boleh hiaskan dinding bilik dengan menampal stiker kartun atau hiasan yang mereka sukai.


stiker kartun ini senang dipasang dan dibuang

2) Pastikan bilik itu selesa (sejuk)

Salah satu sebab anak-anak aku tak mahu tidur di dalam bilik mereka adalah kerana bilik mereka agak panas. Maklumlah bilik mama ada penghawa dingin jadi semua pakat nak tidur bilik mama aje. Jadi penyelesaiannya, pasang penghawa dingin atau tambah jumlah kipas di dalam bilik tersebut. Lagi satu, kena pastikan juga bilik tersebut bebas nyamuk juga, nanti takdelah si anak  tergaru-garu semasa tidur:)

3) Berkeras dengan Anak

Sejak mereka tidur sebilik dengan kami, memang tak dinafikan tiada ruang peribadi untuk mama dan papa. Jadinya kali ini memang aku berkeras untuk melatih mereka tidur dalam bilik sendiri. Caranya pukul 10 malam tu dah suruh anak-anak masuk bilik mereka. Pada awalnya, memang agak susah untuk mereka melelapkan mata, jadinya kadang-kadang en suami berkorban tidur sekejap di dalam bilik mereka sehingga anak-anak betul-betul terlelap. Kadang-kadang aku yang temankan mereka terutamanya Husna yang memang jenis susah untuk melelapkan mata. Lagi satu, pastikan pintu bilik kita dikunci bagi mengelakkan mereka menyelinap masuk. Kadang-kadang aku terlupa untuk menguncinya, sedar aje pada waktu subuh tengok mereka bergelimpangan tidur didalam bilik kami.

4) Buat Syarat

Syarat yang aku kenakan bagi mereka adalah "Jika bilik mama bersepah, anak-anak kena tidur dalam bilik masing-masing!" atau "Bila papa outstation aje anak-anak boleh tidur dengan mama". Alhamdulillah, setakat ini mereka faham dan boleh terima arahan seperti ini.

Oklah, itu sahaja tips yang aku mmahu kongsikan. Awal-awal memang agak susah tapi selepas beberapa hari mereka sudah boleh tidur di dalam bilik mereka dah.

Sehingga bertemu lagi. Bye!


2 comments:

lovelywa said...

aduhaii saya pon masih belum ajar lg anak2 tido dlm bilik dorang sendiri..tp ade gak ckp2 nk suruh tdo bilik sendiri..pulak tu mcm2 request nak bilik cam barbie laa..nak tv segala.pengsan!!

Eliss Mie said...

Aku ingt thn dpn nk ajar nuha... tgh cr budget aircond..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015