Wednesday, February 19, 2014

5 Sebab Kenapa Malas Berblog

Assalamualaikum,

Maaf andai aku ni dah macam biskut Chipsmore dah kekdahnya ya! Sekejap ada sekejap takde..Biasalah, sekarang dah tak macam dulu lagi. Ada 5 sebab kenapa aku jadi macam ni, ayuh! mari kita intai apa masalahnya?

1) Salahkan Hormon Mengandung!


Alhamdulillah, bagi yang masih belum mengetahuinya,di sini inginku war-warkan yang tuan empunya blog ni telah membunting sekali lagi..ehem ehem..Janganlah cakap diriku produktif ke apa, dah rezeki Allah nak bagi kan, maka aku terima dengan relaa hati:)

Doakan semoga baby #5 ini sihat dan aku dapat melahirkan dengan mudah yaaa..Sudahlah kali ini bersalin dalam bulan puasa, huhuhu. Semoga dipermudahkan segalanyalah kan!

2) Bila Keypad Komputer Rosak


Tengoklah gaya terbaru keypad notebook aku ni. Gara-gara dikerjakan oleh Ashraf anak bertuah! Inipun mama menaip main agak je hurufnya, memang melambatkanlah kerja menaip ni. Jadi, manalah nak ada mood nak berblog kan? Nampak gaya, aku kena buat pinjaman dengan en suami ni untuk dapatkan notebook baru. Maklumlah, yang ni pun dah lama berjasa sejak tahun 2009 lagi. Alhamdulillah, dengan notebook inilah aku berblog dan mencari sumber rezeki.

3) Anak Ramai Makin Sibuk


Biasalah, bila jumlah anak dah makin bertambah ni, terasa diri makin banyak kerjalah pula! Tambah-tambah si kecil Azzam dah semakin melasak. Ashraf pula semakin hero, memang tak menang tanganlah mama nak jaga mereka berdua. Haziq dan Husna dah besar tapi lain pula kaletahnya, yang ni nak kena banyak berdiplomatiklah pula. Pendek kata, aku ni bukan setakat surirumah, tapi pengadil pun ada, pakar motivasi pun ya, cikgu pon ya. Pendek kata, semua boleh :P

4) Sibuk Mengajar


Alhamdulillah, sejak jadi guru online untuk kelas asas blog & fanpage, ramai juga yang mendaftar masuk. Jadi banyak masa aku peruntukkan untuk mengajar mereka. Bukannya susah pun, hanya perlu berada di hadapan PC dan menjawab pertanyaan mereka.

Selain itu, Husna pun belajar di rumah aje dah sekarang ni. Tahun ini kami nak cuba untuk tidak menghantarnya ke mana-mana tadika berbayar. Sebenarnya bukan tak nak, tapi dah terlambat untuk menghantarnya. Lagipun Husna pernah ke Genius Aulad tahun lepas dan dia pun dah boleh membaca sikit-sikit, cuma mama nak kena rajin tajamkan lagi skil membaca dan menghafal surah-surah lazim. Alhamdulillah, aku dah selamat daftarkan Husna di sekolah Haziq, agak berdebarlah juga kerana nak masuk sekolah tu nanti akan ada ujian. Sama-sama doakan semoga Husna dapat ditempatkan sekali dengan  abangnya nanti ya!


5) Selalu Memberikan Alasan!

Hihihi yang ni sebenarnya antara alasan paling tak boleh diterima sekali..Sebenarnya ada pelbagai cara untuk terus berblog tapi kalau dah namanya suka mencari alasan, mungkin agak susahlah untuk kita terus berblog. Aku harap aku akan terus berblog lagi selepas ini seperti biasa kerana berblog adalah salah satu pekerjaan aku:)

Oklah,sakit dah tangan ni nak tekan keypad yang tertanggal tu. Harap-harap lepas ni dah boleh beli notebook yang baru..hihihi

Sehingga bertemu lagi.Tata:)


6 comments:

Linda said...

Tahniah, nak dapat baby baru. Saya yg anak yg 2 org je ni pun, selalu je x sempat update blog hihi...

mama_saly said...

tahniah ya....alhamdulillah..
dh rezeki.sy doakn smoga urusan bjalan lancar dn dipermudahkn..

Iela Fazielah said...

xpe...sekali sekala update pun ok.. tahniah dah bertambah anak... alhamdulillah..rezeki tu...

ummi auni said...

Klu ckgu nk jimt,bli je external keyboard..yg kecik..letk ats tu..jdla penggantinya..huhu

Noriati Saud said...

Bagaimana pula dengan orang yang tak ada 4 sebab diatas cuma sebab yang paling bawah tu je? hehehe....sila jawab

greetingsfromengland said...

Tahniah Zaila! Anak ramai memang penat nak jaga, tapi meriah! If I was as young as you nak jugak tambah anak...anyway, all the best, semoga dipermudahkan segala urusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015