Thursday, March 13, 2014

Belajar Kelas Asas Buat Blog, Fanpage & Beriklan Di Mudah.my

Assalamualaikum,

Ramai yang sudah mengenali laman Mudah.my ini bukan? Pasti ada di antara pembaca blog ini yang menggunakan khidmat Mudah.my untuk memasarkan produk atau mencari produk yang dikehendaki kan?
Boleh baca pengalaman aku yang juga pernah menggunakan khidmat laman Mudah.my untuk menambah pendapatan sampingan suatu masa dahulu dengan menjual barangan terpakai.

Hari ini saya akan kongsikan pula antara salah satu cabang pemasaran produk yang saya gunakan selain dari blog dan fanpage adalah dengan beriklan di Mudah.my. Saya bermula pada tahun 2009 lagi di mana saya memang seorang yang suka membaca blog kawan-kawan dan melayari internet. Dari situ, saya mengetahui bahawa terdapatnya sebuah laman sesawang yang membolehkan kita menjual atau mengiklankan produk samaada yang masih baru ataupun yang sudah terpakai di situ.

Perasaan ingin mencuba membuatkan saya memuat turun gambar beg tangan saya dan menjualnya pada harga yang lebih murah dari harga beli. Kalau tak silap, beg tangan berjenama Elle yang saya beli pada harga RM150.00 dan saya letakkan harga jual iaitu dalam RM60.00 sahaja. Masa itu lebih kepada mahu melihat akan reaksi samaada ada tak mereka yang berminat untuk membelinya. Di ruangan yang disediakan, saya mengisikan segala maklumat termasuklah nombor telefon saya dan segala terma & syarat urusan pembelian.

Masa itu saya masih belum mempunyai internet banking pun! Tetapi saya menggunakan nombor akaun teman sepejabat dan berjanji akan menggunakan akaun itu hanya sekali sahaja. Alhamdulillah, dalam masa sehari aje ada beberapa orang yang menghubungi saya untuk mendapatkan beg tangan tersebut. Maka, terjadilah satu urusan jual beli. Setelah wang dimasukkan ke dalam akaun kawan saya, saya pun menghantar beg tangan tersebut kepada tuan barunya:)

Begitu mudah bukan? Patutlah nama laman itu juga disebut sebagai Mudah.my!


Baca selanjutnya di sini : Tips Surirumah Jana Pendapatan Sampingan Dengan Menjual Barang Terpakai Di Mudah.my


Aku juga menerima banyak pertanyaan baik melalui email, sms malah ada juga yang menelefon untuk bertanyakan tentang bagaimana mahu mengiklankan produk di dalam laman Mudah.my.

Jadi, di sini aku ingin memberitahu pada semua yang berminat bahawa kelas asas blog, fanpage & beriklan di Mudah.my telah diadakan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Tenaga pengajarnya tak lain tak bukan adalah aku sendiri. Antara yang akan diajar di dalam kela sini adalah :

- Bagaimana membina sebuah blog niaga
- Bagaimana membina sebuah fanpage
- Bagaimana membina sebuah kedai alam maya di Proniaga Mudah.my
- Bagaimana membuat pautan antara ketiganya

Selain itu, anda juga akan mendapat 2 buah ebook hasil penulisan Pn Masayu Ahmad sebagai rujukan untuk memulakan bisnes.


Bagi yang berminat, bolehlah menghubungi aku untuk pendaftaran :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015