Thursday, March 13, 2014

Tips Menyediakan Resepi Kesukaan Anak-Anak

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak bercerita tentang ragam pemakanan anak-anak aku. Cewah, bunyinya macam ilmiah je kan? Tapi sebenarnya nak kongsi menu kesukaan anak-anak aje. Memandangkan anak-anak aku ada 4 orang, setiap seorang pula mempunyai selera yang berlainan. Jadi sebagai seorang ibu yang prihatin (ehem-ehem) kenalah masak ikut selera mereka ya, bukan selera aku yang sukakan masakan berpedas tu. Tapi terus terang, aku ni seorang yang pemalas juga (eh nak cepatlah) jadinya setiap hari jika hari persekolahan, aku akan masak satu atau dua menu sahaja. Haziq memang makan di sekolah, jadi jika balik ke rumah kadang-kadang dia tak nak makan nasi, cukup dengan makan roti atau tengok mood dia, kalau menu kesukaan dia, sudah pastilah dia makan sampai bertambah!

Menu kesukaan Haziq (8 tahun) : Sejak bersekolah, Haziq memang kuat makan, tapi badannya tak naik-naik. Kurus kering macam tak cukup makan, tapi sebenarnya dalam rumah ini dialah yang paling kuat makan sekali. Aku dulu masa kecil pun macam tu lah, tubuh kering aje, tapi sekarang? Entah datang dari mana pula lemak bertingkek-tingkek ni :P

Oklah, antara menu kesukaan Haziq adalah nasi lemak. Kalau buat nasi lemak sampai melompat-lompat suka. Tapi sambal tu jangan buat pedas sangat, kena banyakkan air asam jawa dan gula baru mereka suka. Selain tiu, dia suka juga makan nasi dengan lauk kurma ayam / daging, gulai ayam pun dia suka juga. Jangan lupa masukkan kentang juga dalam kurma / kari (orang Kelantan panggil gulai). Masak merah pun dia suka juga, asalkan jangan pedas sangat. Sayuran pula sangat susah untuk makan terutamanya bawang! Sanggup dia keluarkan balik makanan yang dah masuk dalam mulut jika dia sedar ada bawang. T_____T"
Ikan goreng atau ayam goreng pon dia suka tapi paling suka adalah bahagian kulit. Memang sebijik sama dengan mama dia:)

Menu kesukaan Husna (6 tahun) : Husna ni jenis tak kuat makan tapi kuat minum air manis. Setiap hari kena sediakan air Milo atau sirap untuk dia. Kalau makan pula, dia suka makan roti dengan Nutella. Kalau dah makan roti, memang jarang sangat nak makan nasi kecuali kalau aku suapkan. Husna ni suka makanan pedas, jadi kalau aku sediakan nasi lemak, sambal ikan atau ayam, dia memang suka lah. Selain itu, Husna juga sukakan budu. Memang geng mama untuk teman mama makan budu. Kalau ada ikan singgang cicah budu pun dia layan juga:) Husna tak suka telur (sama macam mama) dan sayur dia memang makan sebab aku cakap kalau nak kulit cantik kena makan banyak sayur:) Husna juga suka makan kari. Kalau boleh kari, takde lauk pun takpe janji nasi mesti banjir dengan kuah kari. Haiiiii, menurun siapalah budak ni?

Menu kesukaan Ashraf (4 tahun) : Awang donde sorang ni memang memilih bab makan. Kalau warna makanan merah sedikit mesti dia tak nak sebab dia cakap pedas! Jadi kenalah sediakan menu yang berkuah seperti sup, singgang atau sayur campur untuk dia. Selalunya jika ada mee goreng atau kue teoy dia akan laju makan dengan syarat jangan buat pedas-pedas. Sekali dia rasa pedas, memang dia akan tolak terus. Untuk tarik perhatian dia makan, selalunya aku akan masukkan bebola ikan dalam sup sayur. Lagi satu Ashraf suka makan pasta; makaroni goreng ke, spaghetti bolognese ke, carbonara ke memang kesukaan dia. Oh! dan juga pizza. Pendek kata kalau masakan barat, anak-anak aku takde masalah untuk menghabiskannya. Jangan bagi yang pelik-pelik sudahlah kan:P

Menu kesukaan Azzam (setahun) : Azzam ni jenis makan semua apa yang disuap. Badan kering aje tapi kuat makan. Sungguh hairan kan? Sejak dia 6 bulan lagi memang aku dah ajar makan bubur nasi, tapi sekarang ni aku dah jarang buat bubur nasi tapi masak nasi lembik-lembik dan suap dengan kuah sup. Menu masakan kesukaan dia lebih kurang sama juga dengan Ashraf iaitu yang berkuah dan tidak pedas. Setiap hari kena pastikan ada sup untuk dihidangkan bagi kanak-kanak ribena ni. Tak kiralah sup sayur ke, singgang ikan ke, sup ayam ke, mesti kena sediakan. Kalau malas pun selalunya hari yang aku masak sup, aku akan simpan lebihan siap-siap di dalam peti sejuk beku. Jadi pada hari yang tak masak sup, hanya keluarkan sup yang telah disejuk bekukan itu sahaja. Jadi, memang akan sentiasa ada menu berkuah untuk mereka.


Menu sup daging : selalunya jika tengahari makan dengan nasi, pada waktu malam pula aku akan celur kue teow atau mee untuk dimasukkan ke dalam kuah sup tersebut. Nanti akan bertukarlah kepada "kue teow sup daging" :)


Sup sayur pula kegemaran semua. Nanti aku kongsikan resepinya ya. Bukan senang nak bagi anak-anak makan sayur tapi kalau kena caranya memang mereka akan makan :)

Oklah, itu sahaja yang ingin dikongsikan. Hari ini aku masak ikan selar singgang. Memang banyak jugalah Ashraf dan Azzam makan. Husna ajak makan dengan budu. Haziq pula nak makan burger aje. Mama layankan ajelah permintaan anak-anak sementara mereka mahu makan. Ada setengah ibubapa sampaikan pening-pening nak atur jadual makanan anak kerana anak jenis tak mahu makan nasi. Alhamdulillah, anak-anak kami semuanya "bedal" :)

Laluan iklan :


Sedang merancang untuk mengadakan majlis harijadi anak-anak? Mungkin boleh like fanpage ini : Barangan Parti Harijadi untuk mengetahui apa yang menarik di sana.

Bagi sesiapa yang ingin beriklan di blog ini atau di rankaian blog Akademi Bekerja Di rumah, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Bye!

4 comments:

Tihara said...

Nampak sedap sup tu sebab saya suka celery :)

Syusya Yokoyuki said...

bukan setakat anak akak,sy pun suka makan sup tp kena ada smbl kicap..harap akak sudi follow blog saya ye..br je bljr buat bsns online..terima kasih akak..
http://bizonlinemasb17.blogspot.com/

~MommyAqilMedina~ said...

Tips yang bergunaa..aida pon pening nak sedaikan menu anak-anak..anak-anak baru dua dah tak tau nak masak macamana..kalau anak dah ramai nanti,mau clueless dah rasanya..hehe

Ummi MRA said...

menariknya.. i follow.. anak saya pun tak suka masakan yang ada kaler merah sikit. Pedas katanya. Padahal tak pun.. hihi.
9 Tips Untuk Anak Kurus Dan Enggan Makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015