Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label kelas asas blog & fanpage. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelas asas blog & fanpage. Papar semua catatan

Selasa, 14 Mac 2017

Resepi Nasi Goreng Pedas Dan Senang Dimasak


Sekarang kalau ambil gambar makanan gatal nak letak bunga sebagai props :P

Assalamualaikum,

Pernah tak uols makan nasi goreng yang biasa-biasa sahaja (tiada udang tiada isi ayam tiada sayur) tapi rasanya ya ampun sedap sangat. Tafsiran sedap bagi Mekla adalah cukup rasa iaitu pedas dan tidak terlalu masin. Kalau orang tak suka pedas, mungkin lain pula tafsiran nasi goreng sedap bagi mereka kan?

En suami selalu aje bawa balik bungkusan nasi goreng dari surau. Apabila makan nasi tu rasa alahai sedapnya sampai tak cukup satu bungkus :P Maka, apabila ada kesempatan Mekla terus bereksperimen dengan menu nasi goreng ;) Kalau nak tahu rahsia nasi goreng pedas yang sedap sudah tentulah pada bumbunya (rempah tumbuk). Jom tengok resepi gaya Mekla :

Bahan-bahan :

- 5 ulas bawang merah (kalau nak lebihkan pun boleh) *
- 3 ulas bawang putih *
- 5 - 10 biji cili padi hijau & merah *
- 3 - 5 biji cili kering *
- segenggam ikan bilis (kalau boleh beli yang sudah dibersihkan) *
- telur 1 biji
- nasi putih (Mekla masak dalam 2 cawan)
- garam & sedikit cukup rasa
- goreng siap-siap ikan bilis sebagai hiasan. Petua nak goreng ikan bilis adalah pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ikan bilis dan kacau-kacau selalu. Apabila bunyi meletop-letop semakin kurang tu cepat-cepat angkat ke dalam penapis besi.

Cara-cara buat :

- Apalagi gunakan kuasa tumbukan wanita dan tumbuk semua bahan bertanda * di dalam lesung baru warisan pusaka. Kalau nak guna blender pun boleh juga cuma tak best sangat kesan-kesan cili pada takde sangat (nanti tak terletak kat celah gigi) :P
- Panaskan minyak dan tumis bumbu tersebut hingga naik bau. Kalau tak keluar bau, sila letak lubang hidung dekat sikit supaya minyak merecik terkena muka.
- Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali sambil kacau-kacau lagak tukang masak di kedai makan.


Agak-agak dah macam dalam gambar di atas, masukkan 2 sudu garam dan sedikit serbuk cukup rasa. Lepas itu masukkan nasi putih dan kacau-kacau jangan sampai hangit ;) Lepas itu masukkan anak bilis tadi ke dalam nasi. Perghhh Mekla makan bertambah-tambah. Pedas dan sedap!

Mudah kan buat nasi goreng. Selamat mencuba!

Iklan dulu :


Alhamdulillah selesainya kelas asas blogshop secara offline di Shah Alam pada 12hb Mac 2017 yang lepas. Bagi mereka (peluang terbuka kepada surirumah) boleh daftar slot bulan April pula. Whats App Mekla untuk pertanyaan lanjut ya di 012-970 6828.

Terima kasih ;)



Selasa, 12 Mei 2015

Tips Memikat Suami

*Segmen Tajaan*

Assalamualaikum,

Lamanya tak menulis di sini. Sejak balik kampung awal bulan Mei yang lepas memang sibuk (sibuk ke malas) dengan aktiviti. Insya Allah, nak masuk trek balik dah ni nanti kesian uols takde stori nak baca kan? Hari ni nak kongsikan tips memikat suami versi kak La, eh silap sebenarnya nak promosikan produk pakaian dalam nn_lingerie (sila follow di Instagram). Kenapa? Kerana di sini ada banyak pilihan pakaian dalam khas untuk wanita yang sudah berkahwin dan tidak punya bentuk badan persis model pakaian dalam Victoria Secret (VS) tu.. Ehem ehem ahkak lah tu T____T"

Nak pergi beli di kedai pula tak ada masa (eh bukan tak ada masa tapi ala-ala malu-malu ghimau gitu). Maklumlah mesti malu dengan amoi yang jaga kaunter bila nak tanya tang saiz bukan? Haaa kalau beli dengan nn_lingerie ni tak payah nak malu-malu sebab tokei dia pun awak tak kenal dan tak nampak batang hidungnya, ye tak? Tapi aku kenal lah tokei nn_lingerie ni sebab dia adalah salah seorang pelajar kelas asas blog fanpage & beriklan di Instagram. Cun melecun tuannya dan yang penting USAHAWAN MUSLIMAH yang berjaya okkai. Jadi, tak salah jika kita membeli dengan "orang kita" ye tak? YANG PENTING kualiti memang dijaga dan dipilih khas untuk semua isteri-isteri yang mahu tampil menawan di hadapan suami.

Cepat follow laju-laju nn_lingerie di Instagram. Klik sini --- nn_lingerie. Antara pilihan baju-baju tidur yang seksi lagi menarik ada di bawah, tapi aku tak letak banyak sebab nak uols tengok sendiri di dalam Instagram nn_lingerie ni yaaa
 Nak warna apa? ada tali takde tali? ada renda takde renda? semua ada, bagitahu saiz dan buat pembayaran, terus sampai ke pintu rumah tanpa perlu susah-susah keluar rumah. Pada suami yang nak notti-notti dengan bini boleh je beli dan buat kejutan gitu hantar ke rumah / tempat kerja isteri, kompem malam tu terus dapat "hadiah" baik punya :P



Cantik bukan? Ada yang labuh ada yang singkat ada yang tali halus ada yang tali besar, banyak eh pilihannya. Nak kena beli aje dan tentukan saiz. Jangan malu-malu untuk PM / WA Pn Ima di 012-299 8997 yaa, bagitahu aje baca melalui blog Cikgu Zaila kompom dapat layanan bagus punya (dengan syarat uols pon mestilah lemah lembut juga ya). Sesuai dibeli untuk digayakan depan suami, atau suami beli untuk dihadiahkan buat isteri atau nak bagi hadiah buat pengantin baru pun apa salahnya kan? Nanti uols dapat pahala juga jika hubungan mereka bertambah erat :)

Sebenarnya aku ada buat group rahsia di dalam facebook iaitu Tips Memikat Suami (khas untuk wanita sahaja) untuk berkongsikan tips dan cara-cara untuk pikat suami sendiri. Jangan pikat suami orang lain sudah, jadi kat dalam tu adalah tips-tips yang diberikan sebgaai peringatan untuk isteri-isteri baik yang surirumah mahupun yang sedang bekerja. Maklumlah kita ni sejak dah kawin dan beranak, masing-masing sibuk layan anak sampai laki sendiri terabai kan? Malu lah nak mengaku tu :P

Aku pun sama juga, biasalah kita manusia memang banyak kelemahan yang kadang-kadang tak perasan sampai satu masa terjadi pada diri sendiri (selama ni tengok orang je) jadi apa salahnya kita berpesan-pesan ke arah kebaikan dan berkongsi ilmu masing-masing. Boleh klik sini untuk sertainya : GROUP RAHSIA TIPS MEMIKAT SUAMI. HANYA WANITA SAHAJA yaaaaa. Lelaki sila nasihatkan siteri supaya join group ini kalau tak mahu menyesal :P

Oklah, sekian sahaja segmen tajaan untuk hari ini. Sebenarnya ada banyak lagi nak tulis tapi insya Allah menyusul kemudian. Bagi mereka yang mahu produk / servis di iklankan di blog ini boleh hubungi aku melalui :

Emel : zailamohamad@gmail.com
Facebook : Zaila Mohamad
WA : 012-970 6828

Terima kasih :)

Rabu, 4 Mac 2015

Kelas Asas Blog & Fanpage Serta Beriklan di Instagram

*Sticky Note sampai 06/02/2015*

Assalamualaikum,

Bismillah,

Sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas asas blog & fanpage serta beriklan di Instagram boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / WA : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Kelas ini selama 4 jam, lokasi di Shah Alam (Padang Jawa). Seramai 2 orang tenaga pengajar akan membantu kalian untuk membina sebuah blog, fanpage & seterusnya beriklan melalui Instagram. Boleh hubungi aku untuk pertanyaan lanjut ya untuk pertanyaan harga yuran atau apa-apa.

Terima kasih :)

Selasa, 25 November 2014

Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes) Offline


Assalamualaikum,

Cuti sekolah sudah bermula, seperti biasa awal-awal cuti sekolah ni aku banyak duduk rumah sahaja. Maklumlah en suami agak sibuk dengan tugasan kerja jadi tak dapatlah nak cuti-cuti Malaysia. Tapi insya Allah nanti nak balik kampung untuk perkahwinan adik bongsu en suami.

Oklah, nak war-warkan di sini sesi coaching online bersama aku untuk kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) dan bagaimana beriklan di laman Mudah.my & Instagram. Sepertimana yang aku lakukan sekarang, menggunakan platform percuma untuk berniaga online. Jika ada yang berminat kelas borong di Plaza GM Klang pun boleh juga. Insya Allah, aku akan kongsikan bagaimana untuk berniaga borong melalui blog & fanpage tanpa menggunakan modal yang banyak seperti yang aku telah lakukan sepanjang berniaga online ini. Untuk sesi hari Sabtu, ada cabutan bertuah barangan Tupperware & demo masakan oleh pengusaha Tupperware juga. Kalau mahu terus menjual Tupperware pun boleh! Tapi jangan risau, tak semestinya kena jadi ahli Tupperware ya :)

Jika berminat boleh PM / WA di 012-970 6828 untuk tempahan.

TQ

Khamis, 17 April 2014

Nak Raya Ni Gunakan Blog Sebagai Sumber Pendapatan

Assalamualaikum,

Tak habis-habis bercerita tentang blog ya. Maklumlah blog kan tempat aku mencari sumber pendapatan:P

Alhamdulillah, walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya dah lepas buat bayar bil broadband RM98 sebulan. Semuanya hasil dari berblog dan usaha yang tak putus. Kalau tak usaha rasanya lambat sikitlah nak dapat hasil kan?

Sebenarnya masih banyak yang aku sendiri pun kena dan sedang pelajari. Dunia internet ni rupa-rupanya seperti lautan yang luas. Sekarang ini aku ibarat nelayan di tepian pantai je, sesekali aje bila memancing dapat ikan. Jika mahu ikan yang banyak kenalah berguru ilmu lain pula. Mungkin macamana nak guna kapal laut dalam untuk tangkap ikan ke. Pendek kata harus sentiasa menimba ilmu.

Insya Allah, semoga diri ini terus istikomah. Alang-alang dah buat blog ni, mohler kita teruskan sampai ke penghujungnya (yang mana aku sendiri pun tak tahu di mana). Moga Allah permudahkan segala urusanku. Aamin.


Alhamdulillah rezeki hari ini rentetan entri beberapa hari yang lepas mengenai nasi arab. Terima kasih ya pada yang sudi membeli :)


Tahniah juga buat pelajar-pelajar aku yang terus mara dan maju dalam bisnes masing-masing. Aku hanya tunjukkan perkara yang asas sahaja selebihnya atas kalian lah mahu terus mara atau tersadai di tepian pantai sajork. Eceh! Berfalsafah pulak :)

Oklah, nak rehat jap..Sesiapa yang mahu belajar dipersilakan tapi aku memang cakap awal-awal, memang kenakan bayaran. Kalau tak camno aku nak bayar bil broadband dan bil api ni haaa? Jadi, janganlah cakap semua nak kena bayar ke? Hatta nak masuk jamban pun sekarang berbayar dik. Jangan berharap pada bantuan orang lagi, usaha dan terus usaha. Kita generasi Y ke Z ke dah tak macam generasi X dulu. HAHAHA Ok berhenti mengarut! Jom rehatkan minda jap.

Bye!

Isnin, 14 April 2014

Kini Mudahnya Beriklan Di Dalam Mudah.my


Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lepas aku kongsikan kegembiraan aku apabila salah seorang pelajar kelas asas blog, fanpage dan beriklan di Mudah.my menyatakan kegemberiaan beliau apabila iklan pertama produk mereka telah disiarkan oleh pihak laman Mudah.my beberapa jam selepas memasukkannya ke dalam internet. Alhamdulillah, suami kepada pelajar aku juga meninggalkan komen yang pembantu-pembantu mereka tidak mendapat rehat dek kerana sambutan yang menggalakkan. Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Laman Mudah.my sekarang ini memang tidak seperti dahulu lagi. Memang sekejap sahaja iklan akan disiarkan. Kalau dulu, tersalah letak perkataan sikit pun iklan sudah tidak terima. Memang memberikan tekananlah! Tapi sekarang hanya mengambil masa beberapa jam sahaja iklan kita sudah disiarkan ke laman Mudah tidak kira waktu. Jadi, adalah sangat merugikan jika kita tidak gunakan peluang yang ada untuk beriklan secara percuma memandangkan laman Mudah.my sangat terkenal bagi penduduk Malaysia ini.

Tapi sudah tentulah persaingan sudah tinggi juga di laman Mudah.my sendiri. Terdapat berpuluh-puluh ribu atau mungkin boleh cecah ratus ribu iklan yang dikeluarkan dalam sehari. Jadi, kebarangkalian untuk iklan kita dilihat adalah sangat rendah (melainkan kita beriklan di negeri yang tidak ramai penduduknya). Oleh sebab itu, Mudah.my telah memperkenalkan sistem premium dimana kita perlu membeli jumlah kredit untuk digunakan untuk mengekalkan iklan kita di atas dan supaya mudah untuk dilihat oleh pelanggan. Kredit bermula dari RM50 - RM1000.00 mengikut kemampuan kita. Bayaran boleh dilakukan secara paypal, kad kredit, maybank2u dan juga melalui cek. Bergantung kepada tuan punya iklanlah kan, selalunya iklan akan disiarkan secara percuma selama sebulan tapi mungkin dalam masa beberapa hari sahaja iklan kita akan berada di muka hadapan laman Mudah.my.

Bagi mereka yang mahu menggunakan 3 saluran untuk memasarkan produk iaitu blog, fanpage dan beriklan di Mudah.my, bolehlah mendaftar kelas bersama-sama dengan aku. Insya Allah, aku akan ajar langkah dem langkah untuk memasukkan iklan dan membuat promosi menggunakan 3 saluran yang masih lagi percuma tanpa perlu mengeluarkan modal apa pun. Tapi modal nak belajar kena keluarkan lah derrrrr. Ini maklumat tentang yuran :


Daftar di sini : Borang Tempahan

Laluan iklan :


Inilah mak andam yang digunakan semasa majlis perkahwinan adik ipar aku tempoh hari. Pakej yang ditawarkan memang berbaloi-baloi dan masih lagi murah jika dibandingkan dengan mak andam yang lain. Jika berminat boleh hubungi tuan punya (nak panggil mak andam pun macam dah tak releven) perancang perkahwinan ini : Pn Normaslini di talian 013-3730916 (tempahan sekitar Kelantan sahaja).

Bye!


Khamis, 10 April 2014

Peluang Belajar Bina Blog Untuk Borong Telekung

Assalamualaikum,

Blog aku ni dah jadi macam blog perniagaan pula dah kan? Jarang sangat dah nak update cerita tentang anak-anak. Hi hi hi Takpelah, inilah mencari makan dengan sumber berblogging namanya! Ramai yang tak ambil peluang untuk menggunakan blog sebaga satu sumber mencari pendapatan.

Oklah, menjelang hari raya memang ramai rakyat Malaysia yang akan membelanjakan duit untuk membeli keperluan baru untuk solat. Sebagai peniaga, sudah tentulah bulan Ramadhan nanti akan memperbanyakkan lagi stok telekung solat kan? Jadi, sekarang ini Akademi Bekerja Dari Rumah sedang mencari dalam 30 orang mereka yang betul-betul berminat untuk belajar berniaga dengan menggunakan blog sebagai medium untuk menjual borong.

Ini iklannya :

PELUANG BISNES BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah, kita berada pada bulan-bulan terakhir menghampiri Ramadhan yang penuh berkat. Berdasarkan pengalaman dan pertanyaan demi pertanyaan melalui blog ini, sekarang ramai peniaga-peniaga mula tercari-
cari produk "hot" sepanjang Ramadhan.
Telekung solat salah satunya. Maka dengan besar hati kami mencari mereka yang fokus dan berkomitmen untuk merebut peluang ini.

Kelas membina blog & fanpage borong khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!

Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

==========================================================

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

- Ilmu membina blog & fanpage niaga
- Blog yang menepati minat pembeli
- Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
- Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.




Tapi hanya pada yang betul-betul berminat sahaja tau! Hanya 30 kekosongan sahaja. Tarikh akhir daftar pada 30hb April 2014. Untuk pertanyaan, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/Whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Selamat berniaga!

Khamis, 13 Mac 2014

Belajar Kelas Asas Buat Blog, Fanpage & Beriklan Di Mudah.my

Assalamualaikum,

Ramai yang sudah mengenali laman Mudah.my ini bukan? Pasti ada di antara pembaca blog ini yang menggunakan khidmat Mudah.my untuk memasarkan produk atau mencari produk yang dikehendaki kan?
Boleh baca pengalaman aku yang juga pernah menggunakan khidmat laman Mudah.my untuk menambah pendapatan sampingan suatu masa dahulu dengan menjual barangan terpakai.

Hari ini saya akan kongsikan pula antara salah satu cabang pemasaran produk yang saya gunakan selain dari blog dan fanpage adalah dengan beriklan di Mudah.my. Saya bermula pada tahun 2009 lagi di mana saya memang seorang yang suka membaca blog kawan-kawan dan melayari internet. Dari situ, saya mengetahui bahawa terdapatnya sebuah laman sesawang yang membolehkan kita menjual atau mengiklankan produk samaada yang masih baru ataupun yang sudah terpakai di situ.

Perasaan ingin mencuba membuatkan saya memuat turun gambar beg tangan saya dan menjualnya pada harga yang lebih murah dari harga beli. Kalau tak silap, beg tangan berjenama Elle yang saya beli pada harga RM150.00 dan saya letakkan harga jual iaitu dalam RM60.00 sahaja. Masa itu lebih kepada mahu melihat akan reaksi samaada ada tak mereka yang berminat untuk membelinya. Di ruangan yang disediakan, saya mengisikan segala maklumat termasuklah nombor telefon saya dan segala terma & syarat urusan pembelian.

Masa itu saya masih belum mempunyai internet banking pun! Tetapi saya menggunakan nombor akaun teman sepejabat dan berjanji akan menggunakan akaun itu hanya sekali sahaja. Alhamdulillah, dalam masa sehari aje ada beberapa orang yang menghubungi saya untuk mendapatkan beg tangan tersebut. Maka, terjadilah satu urusan jual beli. Setelah wang dimasukkan ke dalam akaun kawan saya, saya pun menghantar beg tangan tersebut kepada tuan barunya:)

Begitu mudah bukan? Patutlah nama laman itu juga disebut sebagai Mudah.my!


Baca selanjutnya di sini : Tips Surirumah Jana Pendapatan Sampingan Dengan Menjual Barang Terpakai Di Mudah.my


Aku juga menerima banyak pertanyaan baik melalui email, sms malah ada juga yang menelefon untuk bertanyakan tentang bagaimana mahu mengiklankan produk di dalam laman Mudah.my.

Jadi, di sini aku ingin memberitahu pada semua yang berminat bahawa kelas asas blog, fanpage & beriklan di Mudah.my telah diadakan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Tenaga pengajarnya tak lain tak bukan adalah aku sendiri. Antara yang akan diajar di dalam kela sini adalah :

- Bagaimana membina sebuah blog niaga
- Bagaimana membina sebuah fanpage
- Bagaimana membina sebuah kedai alam maya di Proniaga Mudah.my
- Bagaimana membuat pautan antara ketiganya

Selain itu, anda juga akan mendapat 2 buah ebook hasil penulisan Pn Masayu Ahmad sebagai rujukan untuk memulakan bisnes.


Bagi yang berminat, bolehlah menghubungi aku untuk pendaftaran :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Jumaat, 21 Februari 2014

Diari Suri Bekerja Di rumah : Kini Surirumah Juga Boleh Jana Pendapatan Sendiri


Imej : Google
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah,  tahun ini sudah masuk tahun kedua saya berhenti kerja dan menyambung perniagaan online yang telah saya usahakan sejak dari tahun 2009 lagi. Dulu saya pernah terdengar bisik-bisik dari kawan-kawan yang mengatakan tidak mahu berhenti kerja kerana risau akan tiada sumber kewangan sendiri untuk membeli barangan peribadi seperti gincu, henbeg idaman hati dan sebagainya. Alhamdulillah, saya ingin war-warkan di sini yang semua itu boleh kita dapat sekiranya kita tahu caranya.

Sejak berhenti kerja, tak dinafikan saya lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan. Setiap wang yang masuk dikira dan akaun bank juga dikosongkan setiap hari. Bekerja sendiri melatih diri menjadi sangat disiplin dan meletakkan sasaran setiap minggu. Namun tidak selalunya saya bernasib baik dengan mendapat jualan yang meletop setiap bulan tapi yang pastinya sejak bekerja sendiri, semua bil internet yang berjumlah RM98 setiap bulan saya yang bayar, selain hutang sendiri iaitu hutang  PTPTN. Kalau dulu semua en suami yang bayarkan, tetapi sekarang sudah boleh melunaskan hutang-hutangdengan "gaji" saya sendiri hasil dari usaha bekerja dari rumah.

Bagi surirumah yang masih teragak-agak untuk bermula, adalah sangat merugikan bagi kalian sekiranya melepaskan peluang yang ada di depan mata. Alasan apa lagi yang mahu diberikan lagi?Andai ini adalah alasan sebelum anda bermula, maka bacalah jawapan yang saya berikan di bawah. Saya juga sudah melalui fasa-fasa bekerja makan gaji, bekerja sendiri dan sudah pastilah bekerja sendiri lebih dekat di hati saya:)

1) Alasan : Saya malu dan tidak tahu berniaga

Jawapan : Saya dulu pon semasa bermula memang pemalu dan tidak boleh berdepan dengan orang langsung. Tapi saya bermula dengan blog dimana saya menjual kepada mereka yang berminat dengan produk jualan saya. Yang bestnya saya tidak perlu berhadapan dengan pelanggan pun, hanya berhubung melalui telefon dan juga email sahaja. Setelah beberapa kali melakukan jualan secara online, saya bergerak selangkah lagi dengan menyertai jualan-jualan di bazar-bazar. Saya gunakan blog juga sebagai medium untuk mengwar-warkan bazar yang saya sertai dengan menawarkan promosi-promosi sekiranya pelanggan berkunjung ke gerai jualan saya.

2) Alasan Suami tidak memberikan sokongan

Jawapan : Bagaimana suami kita mahu memberikan sokongan andainya kita tidak bersungguh-sungguh membuktikan kepadanya yang kita betul-betul serius dalam perniagaan yang kita ceburi. Pengalaman saya yang lepas, saya banyak menghabiskan masa membangunkan blog jualan saya dan sehingga perniagaan saya mendapat sambutan. Selepas itu, suami memang menjadi orang kuat yang membantu saya dalam berniaga seperti meminjamkan modal, menjadi pemandu dan memberikan sokongan yang tak putus-putus kepada saya.

3) Alasan : Saya tiada modal untuk bermula

Jawapan : Modal bukanlah alasan lagi kerana sekarang apa yang terbaik adalah mulakan dengan apa yang ada dahulu. Sekiranya tidak mempunyai modal yang besar untuk membeli stok, boleh bermula sebagai ejen dropship dimana anda hanya perlu menjual produk orang lain dan menikmati keuntungan dari komisen bagi setiap barangan yang terjual. Setiap duit yang dapat boleh dikumpul untuk dijadikan modal. Sekiranya komisen setiap jualan hanya RM5, maka gandakanlah wangnya dengan menjual sekurang-kurangnya 5 produk tersebut. Jadi sehari sudah dapat RM25 untung bersih!

4) Alasan : Saya tiada internet di rumah

Jawapan : Zaman IT dihujung jari ini memang sangat-sangat tidak boleh diterima sekiranya ada yang memberikan  alasan sebegini. Kecuali orang miskin yang memang nak beli beras pun tak mampu itu iyalah, kita terima alasannya. Tapi jika anda mampu untuk membeli sebuah telefon smartphone walaupun ianya hanyalah klon dari China, maka anda memang layak untuk berniaga melalui facebook. Terus terang saya katakan telefon saya sekarang hanyalah Samsung S2 yang skrinnya pecah dua. Alhamdulillah masih beroperasi dengan elok dan telefon saya hanya gunakan prabayar sahaja setiap bulan dimana saya membeli data internet secara prabayar mengikut penggunaan data. Kalau facebook kita boleh buka dan skrol tanpa jemu, gunakan peluang yang ada untuk belajar menggunakan kemudahan yang ada. Facebook, Whatsapp, viber, Instagram dan Telegram antara aplikasi yang sangat-sangat membantu dalam berhubung.

5) Alasan : Saya tiada masa untuk berniaga kerna sibuk jaga anak

Jawapan : Setiap orang diberikan jumlah masa yang sama oleh Allah iaitu 24 jam sehari. Jadi, atas kepandaian dan kebijaksanaan sendiri untuk menggunakannya. Rata-rata saya melihat orang yang berjaya dalam bidang yang diceburinya adalah kerana mereka tidak membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Mungkin masa untuk menonton sinetron atau tidur bersamaanak-anak boleh digantikan dengan mencari ilmu dan belajar untuk menguruskan perniagaan atau kewangan dengan lebih baik. Untuk berjaya, tak dinafikan disiplin memang sangat-sangat penting. Saya juga kadang-kadang kecundang terutamanya apabila badan penat menguruskan keluarga dan anak-anak. Tetapi sebagai seorang peniaga (walaupun bukanlah yang punyai bisnes besar skala juta-juta) kita kena cepat-cepat bangkit agar tidak hanyut dibuai perasaan.

6) Alasan : Saya tiada kenderaan untuk keluar menghantar barang

Jawapan : Sekiranya kita menjadi ejen dropship, kita tidak perlu pun untuk bersusah-susah menghantarkan barangan yang dijual kerana kita hanya bertindak sebagai ejen untuk promosi dan menjadi pengantara kepada pelanggan sahaja. Saya juga walaupun menjual produk sendiri sudah jarang ke pejabat pos untuk mengepos barangan. Ini kerana saya menggunakan khidmat Gdex dimana lori Gdex akan datang ke rumah untuk mengambil barang yang kita akan hantar. Proses penghantaran juga cepat berbanding dengan Poslaju. Tak dinafikan bayaran agak mahal tetapi saya telah menetapkan terma dan syarat awal-awal lagi sebelum pelanggan bersedia untuk membeli barangan tersebut.

7) Alasan : Saya cepat sentap jika pelanggan marah

Jawapan : Sebagai manusia biasa memang tak dinafikan kita akan ,mudah berasa cepat sentap, terasa, kecik hati apabila menghadapi masalah dengan pelanggan atau perniagaan kita. Sebab itulah pentingnya ada kumpulan sokongan yang boleh membantu dalam memberikan nasihat dan kata-kata semangat. Seperti saya sendiri, kumpulan Akademi Bekerja Di Rumah memang banyak mebantu dalam memberikan semangat dan sokongan yang saya perlukan. Oleh sebab itu, sangat penting kita mencari sifu yang betul dalam perniagaan. Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan lagi seperti mengikut (follow) fanpage sifu perniagaan dan motivasi yang terkenal seperti Dr. Azizan, Irfan khairi, Coach Bahar dan banyak lagilah! Jangan buang masa melayan fanpage-fanpage artis dan laman-laman politik yang di dalamnya sendiri terdapat banyak aura negatif.

8) Alasan : Saya tiada idea nak jual apa sebab semua saya rasa mahu buat

Jawapan : Bagi saya tidak ada masalah untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa iaitu dengan menjual pelbagai barangan untuk menambah pendapatan kita. Saya sendiri suka mencuba dan menjual apa yang saya suka. Tidak mengapa asalkan sekurang-kurangnya kita bermula juga. Ada orang suka merancang apa yang mahu dijual tapi sampai sudah tidak terjual-jual. Dari hasil jualan kita, kita boleh tengok nanti mana jualan yang mendapat sambutan paling tinggi dan bolehlah kita fokus menjual produk tersebut sahaja.

Baca alasan seterusnya di sini : Surirumah Juga Boleh Jana Pendapatan Sendiri

Alhamdulillah, terima kasih pada mereka yang sudi berurusan jual beli dengan aku. Sepanjang berada di rumah, masih tidak putus-putus rezeki yang datang dari Allah. Bagi mereka yang masih ragu-ragu, mulakan dari sekarang. Jangan ambil keputusan untuk berhenti kerja lagi sebaliknya usaha dulu dari apa yang ada.


Bagi sesiapa yang mencari barangan untuk "goodies pack" parti harijadi mengikut tema, mungkinboleh hubungi aku untuk mendapatkan sebut harga. Alhamdulillah, ada pelanggan dari Cyberjaya yang telah menempah 100 keping set alat tulis tema Mickey, Cars & Angry Bird. Barangan telahpun selamat dihantar menggunakan Gdex.


barangan sunnah pon masih lagi berjalan seperti biasa, terutamanya produk sunnah iaitu pakej berpantang dan kehamilan.


Nak buat promosi sket : Mickey Mouse Stationery Set (RM3/pc) PM untuk harga borong

Alhamdulillah, nikmat Allah apa lagi yang kamu dustakan? Semuanya sudah nampak di hadapan mata bagi siapa yang berusaha mereka yang dapat hasilnya.

Untuk mendaftar kelas asas blog & fanpage, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats app/sms/telegram : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Selamat berhujung minggu semua!

Khamis, 2 Januari 2014

Selamat Datang 2014

Assalamualaikum,

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat datang tahun baru 2014 untuk semua pembaca blog ini. Alhamdulillah tahun 2013 memang banyak meninggalkan kenangan manis buat diri aku.

Antara pencapaian terbaik diri sendiri pada tahun 2013 :

- berjaya menjadi ibu kepada 4 orang anak pada bulan Januari 2013. Satu nikmat yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Syukur Alhamdulillah Allah berikan peluang untuk membesarkan anak sendiri.

- berjaya menjadi guru online di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sekaligus mempunyai pendapatan sendiri walaupun hanya berada di rumah. Terima kasih di atas kepercayaan pengasas ABDR iaitu Pn Masayu Ahmad yang memberikan kepercayaan untuk mengambil aku sebagai salah seorang dari 13 guru online bekerja di ABDR

Aku sendiri tidak pernah menjangka untuk mempunyai pendapatan tetap memandangkan aku bukannya makan gaji. Tapi benarlah kata orang, jika kita ikhlas bekerja dengan Majikan kita YANG SATU, Insya Allah akan dipermudahkan segalanya. Pendapatan tetap ini pula bergantung kepada usaha aku juga. Ada masa lumayan, ada masa perlu bersyukur dengan rezeki yang Majikan bagi :)

Tahun ini aku berazam untuk bekerja lebih kuat lagi memandangkan semuanya telah dipermudahkan bagi aku. Syukur sebab tidak perlu keluar rumah berpanas terik bekerja membanting tulang, semuanya di dalam rumah sahaja. Hari ini juga bermulanya kelas yang aku sertai di dalam talian. Semua ini untuk memperbaiki diri supaya lebih bersedia dan boleh menjana kewangan dengan lebih lagi.

Aku juga berazam untuk lebih bijak dalam mengatur kewangan diri dan keluarga. Insya Allah mahu kurangkan merungut dengan segala kekurangan yang ada dan mahu kekal positif dalam menjalankan amanah Allah.

Sebagai seorang ibu, aku mensasarkan untuk bangun pagi dan menyediakan sarapan untuk anak-anak (hari ini masih kecundang tapi takpe, cuba lagi esok), Aku memilih untuk mengajar sendiri Husna di rumah, Ashraf juga. Sekurang-kurangnya boleh jimatkan sedikit duit perbelanjaan. Doakan aku berjaya ya!

Bagi mereka yang ingin mengikut jejak langkah aku dengan bekerja di rumah, nasihat aku mulakan dari sekarang. Jom daftarkan diri dengan menyertai kelas asas blog & fanpage atau mana-mana kelas di dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Insya Allah anda tidak akan keseorangan lagi :)

Untuk keterangan lanjut mengenai Akademi Bekerja Di Rumah, boleh layari blog ini :

http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

atau blog rasmi aku di sini :

http://zailamohamad.blogspot.com/

Sehingga bertemu lagi :)

Jumaat, 8 November 2013

Belajar Kelas Asas Blog & Fanpage Secara Offline


Assalamualaikum,

Menjawab pertanyaan saudara Izni Hafiz yang komen dalam entri sebelum ini (idea-dekorasi-ruang-sempit) blogger kepada blog http://apakehei.blogspot.com/

Soalan : Macamana performance bekerja dari rumah, boleh kongsi tak?

Sudah tentulah boleh!!

Alhamdulillah tahun ini sudah masuk 2 tahun aku bekerja dari rumah, cepat sungguh masa berlalu dan sedikit pun tidak pernah terdetik dalam hati yang aku menyesal dengan keputusan yang diambil ini. Mengimbas kembali kenangan semasa aku meletakkan jawatan, ianya bukan didorongi oleh en suami mahupun siapa-siapa, tetapi perasaan itu datang sendiri dari dalam hati. Rasa sudah tidak larat untuk bangun pagi-pagi bersiap-siap untuk pergi kerja (walaupun hanya bekerja satu pejabat dan kedudukan pejabat pun tidak jauh dari rumah) tapi masa tu aku rasa sudah tidak larat untuk berkejar setiap pagi untuk mengejar van sekolah Haziq. Agaknya masa tu keadaan aku yang sedang mengandungkan Azzam yang membuatkan aku cepat penat. Nak kata tekanan kerja di pejabat adalah sama sekali tidak benar kerana kerja aku memang santai sahaja, cukup bulan gaji masuk:)

Tapi satu ketenangan yang tidak dapat dirasai seperti sekarang ini. Bekerja di dalam bidang yang aku suka dan tidak pernah rasa jemu membuatnya. Awal-awal berhenti kerja pernah juga terdetik mana nak cari duit lebih kerana kalau nak harapkan gaji en suami seorang memang tidak cukup, tambahan pula tahun ini Haziq sudah bersekolah, Husna juga masuk tadika dan pertambahan ahli keluarga. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan insan hebat Pn. Masayu Ahmad yang juga penulis buku "Jana RM Dari Rumah". Sememangnya kami memang sudah lama saling mengenali iaitu di alam maya lagi (sehingga sekarang pun masih bertemu di alam maya) dan beliau banyak memberikan aku inspirasi untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.

Alhamdulillah, walaupun tidak makan gaji tetapi setiap bulan aku menerima gaji iaitu dari Yang Esa. Percayalah sekiranya kita menempatkan diri kita di tempat yang sepatutnya dan juga sentiasa ingat pada NYA, rezeki memang tidak putus malah lebih dari biasa. Tapi haruslah datang bersama dengan usaha yang berterusan juga ya, kalau sekadar duduk rumah jaga anak-anak tanpa melakukan sesuatu, duit tidak akan datang berkepuk-kepuk juga ya:P

Jadi kesimpulannya, iya aku bahagia berada di rumah bersama anak-anak. Walaupun setiap hari penat dan letih menguruskan mereka tapi dipenghujungnya aku gembira kerana anak-anak berada di hadapan mata, makan dari air tanganku dan setiap masa aku boleh gomol (atau marah) sesuka hati. HAHAHA

Tentang pendapatan itu, hanya kita yang boleh tentukan sasaran berapa yang kita mahu kemudian berdoalah kepada Allah, setkan minda supaya sentiasa positif dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, Insya Allah rezeki memang tidak pernah putus. Ada orang ingat walaupun surirumah tidak boleh mencari duit sendiri, tidak boleh keluar rumah, ini semua adalah pandangan orang-orang dahulu kala kerana zaman ini semuanya telah berubah, dengan hanya berbekalkan internet dan komputer ada surirumah yang boleh menjana pendapatan sehingga puluhan ribu sebulan (malah lebih), iya, memang teruja bila mendengarnya. Bukannya kata-kata rekaan aku semata-mata tetapi ada di kalangan kawan-kawan yang sudah capainya. Tetapi semua itu harus datang dari usaha dan doa yang berterusan.

Ada sesetangah yang memberitahu aku bertuah kerana en suami bergaji "besar" sedangkan hakikat sebenar kehidupan di kota dengan gaji en suami yang banyak itu, kami masih dikategorikan di dalam kumpulan miskin tegar atau dalam kata lain cukup-cukup makan sahaja. Sebab itulah aku berusaha untuk berniaga kerana dengan duit inilah (takdelah banyak mana) kami dapat buat duit minyak balik kampung jenguk orang tua, beri duit pada orang tua di kampung, membeli barangan rumah, membawa anak-anak bercuti. Biarlah tak segempak seperti orang lain tetapi cukuplah untuk menggembirakan kami sekeluarga. Tipulah kalau cakap kita boleh bersyukur dengan duit gaji setiap bulan, silap haribulan boleh bergaduh laki bini juga jika duit tidak mencukupi, jadi aku memang seorang yang "degil" sebab tak mahu menyusahkan en suami tetapi mahu membantu en suami, biar sikit tapi sekurang-kurangnya ada sumbangan kepada beliau.

Eh! panjang pula komen aku ya, dah alang-alang orang tanya, jadi inilah jawapan aku sejujurnya. Jangan ada pihak yang terasa ya sebab ini adalah pengalaman aku sendiri, dalam hidup ini kita sentiasa ada dua pilihan iaitu untuk memilih yang baik dan yang buruk, mahu kekal positif atau mahu kekal bersangka buruk/negatif. Sebelum kita boleh membantu orang lain seharusnya bantu dulu diri sendiri ya:)

Oklah, berkenaan dengan tajuk entri, iya atas permintaan yang tinggi terhadap kelas asas blog & fanpage, aku kini mahu mengorak langkah dengan membuat kelas secara offline pula. Alhamdulillah Ahad lepas sudah berjaya mengajar seorang teman Universiti aku untuk memulakan perniagaan online. Bagi yang berminat boleh sms/whats app aku di 012-3228651 dan sudah tentulah tempat itu aku yang tentukan kerana aku ni kadang-kadang hujung minggu sentiasa keluar, jadi boleh set mana-mana untuk jumpa dan berbincang. Jangan risau kerana walaupun tidak dapat menyiapkan sepenuhnya nanti aku akan masukkan juga ke dalam group kelas online aku dan kalian boleh mengikuti nota dan tips yang diberikan setipa masa juga.

Minggu ini Insya Allah aku ada sekitar Shah Alam, minggu depan pula aku akan bermalam di Hotel Palm Garden Putrajaya untuk menghadiri majlis ihtifal sekolah Husna, jadi boleh set masa untuk jumpa di lobi hotel untuk belajar kelas asas blog & fanpage :)

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Khamis, 10 Oktober 2013

Jom Beli Telekung Solat Aneka Warna Dari Lycralicious



Assalamualaikum,

Sempena hari raya Aidoladha ni, jom dapatkan telekung solat aneka warna dari Koleksi Lycralicious, ada 3 jenis koleksi yang ada iaitu :

1) Telekung Lycralicious Premium Plain
2) Telekung Lycralicious Premium Lace
3) Telekung Lycralicious Premium Emboss

Kenapa harus dapatkannya? Kerana :

1) didatangkan pelbagai warna
2) kain lycra bermutu tinggi, tidak jarang tidak panas
3) ada untuk saiz dewasa & kanak-kanak jadi boleh matching-matching gitu

Sekiranya berminat, di bawah ini maklumat yang lebih lanjut :

Nama Perniagaan : Cinta Sempurna

Jenis Perniagaan : Bisnes Kelengkapan solat

Lokasi Perniagaan : Ipoh, Perak

Alamat Blog : http://lycralicious.blogspot.com/

Alamat Fanpage : https://www.facebook.com/TelekungLycralicious

Alamat Instagram : http://instagram.com/lycralicious_cintasempurna/

Alamat Twitter : https://twitter.com/lycralicious

Alamat Kedai : Tiada kerana perniagaan secara dalam talian sahaja.

No. Telefon : 019-537 8080

Untuk beriklan di blog SOHO Directory boleh PM aku sekarang. Ada 5 pakej bermula dari harga RM50 ke RM300 selama setahun. Iklan akan disiarkan di lebih 120 blog yang menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Insya Allah trafik blog yang tinggi akan memudahkan carian di semua enjin carian seperti google mahupun yahoo dan bing. Bagi peserta kelas asas blog & fanpage, anda berpeluang untuk beriklan secara percuma selama setahun.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Rabu, 9 Oktober 2013

Penangan Selepas Beriklan Di SOHO Directory

Assalamualaikum,

Hari ini nak kongsikan testimoni akak Rafeah lagi. Iya, akak Rafeah protege kelas asas blog dan fanpage aku yang merupakan juga seorang peniaga pasar malam di kawasan taman perumahannya. Alhamdulillah semakin murah rezeki kak Rafeah sejak menjalankan perniagaan secara offline dan online ini. Pagi tadi aku terbaca status facebook yang diletakkan di akaunnya dan kemudian kak Rafeah PM aku. Seperti di bawah :




Alhamdulillah, inilah ukhwah yang terjalin antara aku dan kak Rafeah. Kami memang tidak pernah bersua muka tetapi Allah yang menemukan kami. Aku doakan semoga bisnes kak Rafeah bertambah maju dan selepas ini boleh membuka sebuah lot kedai pula. Amin dan Insya Allah.

Inilah iklan yang diletakkan di blog SOHO Directory :

http://sohodirectory.blogspot.com/2013/09/kelengkapan-solat4u.html

Untuk beriklan di blog SOHO Directory boleh PM aku sekarang. Ada 5 pakej bermula dari harga RM50 ke RM300 selama setahun. Iklan akan disiarkan di lebih 120 blog yang menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Insya Allah trafik blog yang tinggi akan memudahkan carian di semua enjin carian seperti google mahupun yahoo dan bing. Bagi peserta kelas asas blog & fanpage, anda berpeluang untuk beriklan secara percuma selama setahun.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Selasa, 8 Oktober 2013

Jubah Cotton Manik Vietnam Murah-Murah, Dapatkan Sekarang Untuk Raya Aidiladha Nanti

*Entri melekat selama 24 jam*

Jom dapatkan jubah cotton bermanik yang sangat-sangat selesa dipakai untuk hari raya Aidiladha nanti



JCMV-001
Status : ada


JCMV-002
Status : ada


JCMV-003
Status : ada


JCMV-004
Status : ada


JCMV-005
Status : ada


JCMV-006
Status : ada


JCMV-007
Status : ada


JCMV-008
Status : ada


JCMV-009
Status : ada


JCMV-010
Status : ada


JCMV-011
Status : ada


JCMV-012
Status : ada


JCMV-013
Status : ada


JCMV-014
Status : ada


JCMV-015
Status : ada


JCMV-016
Status : ada


JCMV-017
Status : ada


JCMV-018
Status : ada


JCMV-019
Status : ada


JCMV-020
Status : ada


JCMV-021
Status : ada


JCMV-022
Status : ada


JCMV-023
Status : ada


JCMV-024
Status : ada


JCMV-024
Status : ada

Harga : RM97 (termasuk pos)

Untuk pembelian/pertanyaan sila

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Ejen dropship diperlukan segera!!!

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^