Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 20 Mac 2014

Pengalaman Mengandung Memang Tiada Nilainya

Assalamualaikum,

Hari ini baru sahaja balik dari klinik untuk pemeriksaan bulanan mengandung anak yang ke 5. Macam biasalah, aku hanya ke klinik swasta berdekatan rumah sahaja kerana sudah biasa dengan Dr. Nora ni sejak mengandungkan Ashraf lagi (anak ke 3). Insya Allah, jika diizinkan Allah dan suami, kami masih mahu menggunakan khidmat gynae Dr Siti Mariam di Hospital SALAM, Shah Alam untuk menyambut kelahiran yang ke 5 ini. Semoga dipermudahkan segalanya. Aaminkan doa aku ya :)

Mengandung kali ini memang tidak ada mabuk atau muntah-muntah. Sama aje macam yang lepas-lepas cuma aku jadi cepat marah dan mudah naik angin sket. Awal-awal mengandung toksah cerita lah sifat malas menjadi sampai berganda-ganda tapi walaupun dilanda kemalasan tapi masih lagi memasak dan melakukan kerja rumah seperti biasa. Cuma fenomena rumah bersepah itu sudah tidak dapat dibendung lagi. Ditambah pula bila en suami yang "outstation", memang tidak teruruslah sket rumah ni.

Alhamdulillah sekarang sudah balik kepada perangai asal cuma aku diuji dengan batuk-batuk pula. Semenjak negara dilanda jerebu yang teruk, walaupun hanya berada di dalam rumah tetapi aku masih juga terkena tempiasnya. Batuk-batuk semasa mengandung memang menyeksakan! Bayangkan sampai terkencng-kencing kerana tidak dapat menahan otot pelvik lagi (err pelvik ke pelvis ah??). Semalam adalah yang paling teruk, sampaikan rasa mahu berkampung di dalam tandas aje. huhu

Biasalah kan, setiapkali mengandung cabaran dan pengalamannya adalah berbeza-beza. Seingat aku, masa mengandungkan Ashraf juga aku selalu batuk-batuk sehinggakan pada minggu terakhir kehamilan Dr Siti beritahu yang air ketuban ada sedikit sahaja hingga mendorong Ashraf dibersalinkan secara induce. Jadi, kehamilan kali ini pun membuatkan aku tertanya-tanya juga akan nasib baby nombor 5 ini. Adakah akan lahir secara normal ataupun diinduce juga. Apa-apa pun, kawan-kawan doakanlah semoga selepas ini aku akan sihat seperti biasa ya.

Apabila mengandung di usia yang sudah ehem ehem, maksud aku bukanlah masih muda remaja cuma usia aku kini sudahpun 32 tahun dan kali ke 5 pula, sememangnya tak dinafikan cepat mengah dan penat. Kadang-kadang pukul 9 malam dah masuk tidur (tapi tak tidur-tidur juga gara-gara anak-anak masih segar-bugar). Yang pasti ada masa aku bersemangat gila dan ada masa aku lemah. Tapi selalunya lebih banyak kuatkan semangat demi anak-anaklah terutamanya apabila en suami tiada di rumah. Nak tak nak kenalah harungi semuanya seorang diri. Tapi Alhamdulillah, anak-anak pun sangat membantu dan memahami keadaan aku. Contohnya Haziq & Husna memang dah boleh harap kalau nak minta tolong tengokkan adik-adiknya. Cuma sesekali kenalah bagi mereka penghargaan dengan memasakkan menu kesukaan mereka (apa lagi kalau bukan nasi lemak!) dan pesan makanan seperti Pizza Hut atau KFC Delivery :)

Hermmm, mengandung kali ni jarang sangat sakit kaki atau mengalami kekejangan kaki masa tidur. Nak kata aku cukup kalsium, jarang pula minum susu tapi aku ada amalkan makan pil vitamin tambahan Shaklee seperti Ostematrix, Vita-lea & Vitamin B Complex. Tapi bukan konsisten sangat sebab aku ni memang jenis pelupa orangnya. Selain itu, aku amalkan juga makan kurma, minum madu & jus delima, jus kurma dan semalam sejak batuk-batuk aku amalkan minum cuka epal bersama madu. Alhamdulillah tahan juga batuk-batuk tu. Tapi takdelah aku ambil setiap hari ya, sebab aku ni jenis bermusim juga tahap kerajinan mak buyong ni.

Tadi masa check up berat naik 2kg dari bulan lepas. Biasalah tu bagi aku yang mengandung ni, tahap kenaikan berat badan memang tak dapat dibendung lagi. Hehehehe Lepas melahirkan nanti mari kita lihat berapa kg berat yang boleh dikikis buang. Jangan jadi lemak tepu yang melekat di tubuh sudahler :P

Aku rasa nanti nak tulis ebook Pengalaman Kehamilan Yang Terindah Buatku. Cewah! Kalau bab berangan memang nombor satu, tapi Insya Allah akan diusahakan kerana memandangkan aku pun sudah melalui 5 kali pengalaman mengandung yang sememangnya tiada nilai yang boleh dihargakan. Jika dipanjangkan usia, aku rasa mahu mengandung lagi (selalunya masa tengah sakit nak beranak tu bagitahu dekat doktor tak nak dah bersalin tapi tup tup setahun lepas tu bersalin pula) keh keh keh Inilah wanita kan, memang Allah jadikan untuk sentiasa bersedia untuk mengandung dan melahirkan zuriat (sudah tentulah yang HALAL hasil dari hubungan suami isteri ya). Kalau yang masih belum kahwin tu, cepat-cepatlah cari pasangan yang BAIK dan berkahwin untuk mendapatkan zuriat.

Panjang pula bebelan mak buyong ya, sesekali nak luahkan perasaan yang terpendam ni. Maklumlah nak bercakap dengan en suami dia selalu balik lewat malam. Setiap hari pun sibuk dengan kerja. Hujung minggu kena jadi driver terhormat untuk mem besar pula :P

Sehingga bertemu kembali. Bye!

4 ulasan:

mummY daniSha berkata...

ahkaakkkkkk!!baru tau akak preggy lg...alhamdullilah...murah rezki akak...take care ye

onnie berkata...

Alhamdulillah... tahniah2.. bila due?

tifaanvar berkata...

tahniah Ila. Smga Allah prmudahkn segalanya

dandan diri berkata...

Salam perkenalan...

Wahhh baru 32thn dah 5 kali peknen. Mmg salute sgt kat sis.. I tgh sarat no 3 ni dh rasa nak give up dah sbb yg 2 org lasak bukan main..camna nak handle 5..Hohoho

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^