Aku kalau mengandung memanglah suka makan :) Eh kalau tak mengandung pun memang jenis suka makan juga kan? Keh keh keh
Jadinya, pantang terlintas gambar makanan yang kawan-kawan hantar di facebook mahupun Instagram akan buat aku terliur. Nak tak nak kenalah rajinkan diri membuatnya. Tengoklah juga kan resepi apa, kalau mudah dan bahan ada memang aku akan sediakan. Tapi kalau macam pelik-pelik tu, nak kena orderlah!
Ini gambar hasil masakan aku yang tak seberapa, boleh lah setakat untuk makan kami anak-beranak ni;
kuey teow goreng
Nak resepi ke? Tak payahlah kan..Antara menu paling senang dan cepat untuk disediakan!
Pulut dan rendang ayam. Ini kes tak puas hati bila en suami bawa balik bungkusan dari surau; ada lahs ejemput pulut dan seplastik rendang ayam tapi tak kena dek selera ibu mengandung. Jadinya, malam tadi gigih buat sendiri walaupun blender takde aku tumbuk pakai lesung batu segala ramuan untuk rendang tu :)
Pulut pula kasi can lah nak berwarna pink sebab pewarna kuning dah habis..hi hi hi
Husna dan Ashraf suka je, anak-anak ni asalkan masakan ibu, semua diorang suka kan?
Ini pula Congo Bars yang aku tempah dari kenalan dari facebook. Kalau jenis kuih-kuih ke pemanis-pemanis ke memang aku tak reti nak buat sendiri. Maklumlah ambo oghe kapung. Memang sedap sangat Congo bars ni, sekali rasa mesti nak lagi:)
Bagi yang mahu menempah boleh hubungi Hidayah di nombor ini : 017-998 5751 atau facebooknya WnH Hidayah. Harga sebekas adalah RM10 sahaja!
Ok hingga bertemu lagi. Bye!
2 ulasan:
Aku terliur gak sebenarnya pulut tu tapi tgk kepada warna pink tu terbantut sket haha...padahal sama je kan color je lain. Kita dah terbiasa dgn warna kuning
Wahh akak preggy lagii..samalah kita..hahahah..semoga semuanya dipermudahkan..sorry sangat dah lama tak singgah sini...hhuhuhu
Catat Ulasan