Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 5 Julai 2014

Mudahnya Memasak Nasi Arab Al-Bayt

Assalamualaikum,

Pertama sekali maaflah terpaksa juga tayang gambar hasil masakan nasi arab yang tak seberapa dari tuan blog ini. Gambar ini sebenarnya sudah lama terperap di dalam draf, masa ni tengah sibuk ganti puasa beberapa minggu sebelum masuk bulan puasa lagi. Masa ni dah janji dengan anak-anak untuk masak nasi arab dan kebetulan bahan ada tersedia (walaupun sebenarnya tak cukup bahan tapi disebabkan tekak dah teringin sangat nak makan maka buatlah juga)


Inilah gambar hasil setelah di masak. Yang ini aku masak nasi kabsah ayam. Di dalam sekotak telah disediakan rempah dan cara-cara untuk perap ayam, lepas tu pula beras pun sudah disediakan. Tinggal nak rendam beras selama 20 minit. Kali ini aku terlebih air, nampak macam lembik sedikit nasinya.


Di kotak juga disediakan cara-cara untuk menyediakan salad arab yang memang senang sangat untuk disediakan dan juga sos harrah. Aku buat ni masa bahan tak cukup jadi makan aje apa yang ada :)


Rempah dan cara-cara untuk memerap ayam pun disediakan sekali. Ayam boleh diperap atau dibakar mengikut pilihan masing-masing.


Ini pula aku ambil gambar dari belakang kotak nasi arab Maqlubah. Ramai yang tertanya-tanya apa beza cara masaka antara kabsah, mandy dan maqlubah?

Mandy dan kabsah cara msakan hampir sama, yang berbeza mungkin adalah rempah yang diberikan. Lepas tu ayam pula dibakar (setengah orang pilih untuk goreng). Maqlubah ini pula ayam dimasak sekali bersama nasi. Yang ni kena hati-hati sedikit dalam memasukkan air kerana bimbang nasi akan terlembik jika terlebih air. Jadi, jangan ikut bulat-bulat sukatan di kotak ya. Kena pandai-pandai agak :)

Alhamdulillah tempahan nasi arab di bulan puasa memang meningkat. Bagi yang ingin merasakan kesedapan masakan nasi arab di rumah (Al-Bayt) boleh dapatkan di sini (BORANG TEMPAHAN).

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^