Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 31 Oktober 2012

Rawang Burger Bakar (RBB) Kini Di Kota Kemuning Pula!

Assalamualaikum,

Korang pernah makan burger bakar tak? Aku pernahlah sekali makan masa bulan puasa yang lepas..Masa tu beli sebiji kongsi ramai-ramai..Ermmm, sedap juga..tapi tak tahulah kot-kot masa tu semuanya kebulur (walaupun selepas membedal nasi arab D'Arab Cafe) tapi tu bukan dari Rawang Burger Bakar (RBB) pon so tadi bila dapat tahu yang RBB sudah buka cawangan di Kota Kemuning, haruslah mak buyong suka kan:P

Pada penduduk Shah Alam terutamanya di Kota Kemuning, bolehlah like facebook fanpage Rawang Burger Bakar (RBB) Kota Kemuning sekarang juga! Kalau tak silap, lokasi adalah berdekatan dengan Restoran Mama Kandar & dibuka setiap hari kecuali hari SELASA. Waktu operasi adalah bermula dari 5 petang hingga 2 pagi..Perghhhh!! Kena booking dulu kalau tak nak beratur panjang ni:P LOL


gambar ihsan dari fanpage RBB Kota Kemuning


ini pula menu beserta dengan harga untuk setiap burger..Perghhhhhh..meleleh ailio bila tengok burger KLCC tewwwww..Ada berani nak makan??

Macam biasalah aku ni kalau nama je ada restoran / kedai baru dibuka di Kota Kemuning ni, konpem #mengidams nak cuba..Macam yang aku cerita dalam entry JJCM~Restoran Mohd Chan Kota Kemuning tempohari..Masa tu baru seminggu restoran ni dibuka, orang punyalah ramai..Kalau tak call dulu booking meja jangan beranganlah nak makan di situ..So aku menjangkakan RBB Kota Kemuning ni pon akan mendapat sambutan hangat juga di sini:)

Errr..ada sesiapa nak belanja mak buyong makan tak??

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

7 ulasan:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

kite dua kali pernah ke RBB cwngan seksyen 23 yg dkt2 carefour tuh..yg cawangan tu tk ramai org pon..hehehehe

Eliss berkata...

tak pernah makan jugak burger bakar ni. burger yazid pun x cuba2 ..kurang western anakku yang ini :p

Tie HT berkata...

as salam

tak penah terai lagi beger bakar :)

Madam Bling Bling berkata...

haaa, nak tryla burger ni, mak buyung cam kiter memang nerverending food hunting.. :D

Hada Masayu berkata...

zai sdp ke kt situ?kt KD xsdp sgt

Zaila Mohamad berkata...

Lily,

rasanya kat RBB Kota Kemuning ni pon tak ramai orang..tapi tak pernah g cuba lagi sebab malam2 memang tak keluar rumah..prefer makam kat rumah sajork

Eliss,

hahaha..anak aku hak ni jenis makan semua tapi takderlah mengidam yang feliks2 lagi setakat ni

Tihara,

kena cuba tu..orang kata sedap..tak tahulah pula betul ke tak..selera masing2 kan

Madam Bling-Bling,

a'a..selagi boleh telan..layankan haje

Hada,

aku xtry lg tp rasanya mestilah sama kot mana2 pon kan..tapi atas anak tekak memasing jugak

cha berkata...

RBB ni tak best haha. Dh pernah try Kaw Kaw burger dgn notbadlaagrill burger? much better dr RBB ni. dhla kecik sos guna sos biasa. tu jelah kali pertama and terakhir dtg huhu

cuba baca entry saya kat sini

http://whitewallsofhermind.blogspot.com/2012/10/rawang-burger-bakar.html

http://whitewallsofhermind.blogspot.com/2012/06/new-menu-at-norbadlaa-grill-grill.html

http://whitewallsofhermind.blogspot.com/2012/03/notbadlaagrill-burger-much-better-than.html

http://whitewallsofhermind.blogspot.com/2012/02/burger-bakar-kaw-kaw.html

heee salam kenal :D

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^