Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label nasi arab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi arab. Papar semua catatan

Rabu, 19 April 2017

Rempah Nasi Arab Al Bayt Kembali Lagi, Jom Dapatkannya Untuk Berbuka Puasa!


Assalamualaikum,

Stok rempah nasi arab Al-Bayt sudah ada. Sesuai sangatlah kan nak guna bila bulan puasa ni :)
Pada yang berminat boleh Whats App di 012-970 6828 ya. Buat masa sekarang stok mandy ayam, mandy kambing dan kabsah ayam aje yang ada.

Cepat beli sebelum kehabisan stok. Serunding juga sudah masuk 5kg tapi sehari aje habis. Insya Allah sekarang dibuka pre order. Whats App ke 012-970 6828 ya untuk apa-apa pertanyaan. Kalau nak jadi ejen jualan pun boleh. Produk laku keras sempena puasa :)


Sedapnya serunding tabur atas nasi. Makin berselera kau makan. Kah kah kah


Serunding daging tempatan tau, original dari Kampung Laut, Tumpat. Yang penting 100% buatan orang tempatan, takde mat saleh mahupun mat bangla yang mengacaunya ;)


Apa kata pelanggan? Alhamdulillah sedap, mula-mula beli 1.5kg kemudian nak tambah lagi 3kg. Rezeki :)

Insya Allah lebih banyak testimoni dari pelanggan akan menyusul.

Bye!

Isnin, 24 Oktober 2016

JJCM : Nasi Arab Al-Rawsha Shah Alam

Assalamualaikum,

Lama sangat tak buat siri jalan-jalan cari makan, maklumlah sejak dah beranak ramai ni kalau dapat pergi makan kat luar tu memang susah sangat nak keluarkan henset dan ambil gambar, melainkan kalau pergi ramai-ramai (ada orang yang pegangkan Arman boleh lah). Takpe, Mekla update mana yang sempat aje, yang lain tu simpan dalam memori jadikan histori ajelah! Cewah :)

Malam Sabtu yang lepas, kami sebenarnya merancang untuk makan di restoran makan barat (kalau tak silap namanya Peporo ke apa) tapi masa sampai tu penuh dengan manusia. Apabila baca review memang murah dan sedap, agaknya sebab itulah ramai orang. Malam tu sebenarnya kami berjanji dengan abang en suami untuk makan sekali, mula-mula mereka telah ke satu kedai nasi arab berhampiran (kalau tak silap namanya Ali Baba ke apa) Aduh maafkan Mekla atas ingatan yang tak berapa nak bagus dan sebenarnya malas nak karang panjang-panjang. Ikutkan memanglah banyak benda nak tulis kan tapi masa itu emas.

Dipendekkan cerita kami keluar dari restoran Ali Baba tu sebab nak pergi ke Restoran Al-Rawsha ni. Waktu malam memang kelihatan seperti istana lah! Sampai-sampai tu kawasan restoran sudah dipenuhi kereta, risau juga tidak ada tempat tapi alhamdulillah servisnya boleh tahan cepat walaupun ramai pelanggan. Serius ramai! Maklumlah malam cuti kan, semua orang pun nak datang bawa keluarga makan ;)


Hiasan dalaman restoran ini memang cantik bak istana di padang pasir. Ewah! Kebanyakan pekerja mereka orang Arab. Layan gambar aje, tak banyak pun sempat diambil memandangkan masing-masing kelaparan dah.


Ni kat depan pintu masuk, pintu restoran ni besar (macam istana) siap ada patung penjaga lagi. Alahai abaikan gambar bergegar tu. Masuk je ada tangga ke bahagian atas (mungkin dewan sebab nampak macam ada majlis perkahwinan kat atas tu)


Bergambar sebelum balik. Kami memang pelik, awal-awal semua macam segan nak ambil gambar. Maklumlah bukan fotogenik semuanya tapi kita ambil juga simpan sebagai kenangan :) Anak-anak memang susah nak tengok kamera (atau sebenarnya henset)


Suasana di dalam memang penuh. Kami pergi 2 keluarga aje, kalau semua adik beradik en suami datang, mungkin boleh sewa dewan kat atas tu (gurau aje lah) tapi mungkin penuhlah bahagian bawah tu. Tempohari kami pernah makan di Restoran nasi arab di Hadramawt Palace Wangsa Maju, semua datang dan penuh 2 meja panjang. Nanti Mekla review restoran tu juga ya.

Dalam gambar adalah biras Mekla iaitu Kak Mar dan tudung merah tu anak bongsunya si Iffah. Minat sungguh pada budak-budak, kalau ada Iffah memang bestlah sebab dia akan ambil baby tu dan jaga macam anak sendiri :P Seingat Mekla susah nak cari budak-budak yang gemarkan baby. Hermm, ada hint nak suruh umi dia hadiahkan baby baru tu. Choi!


Kejadian kelakar di restoran ini adalah Arman tarik kuah kari (ke dalca entahlah) dan tumpah atas mama dia dan dia sendiri. Dahlah koboi je pakai macam tu. Tapi takpe, anak-anak Mekla memang rilekslah kan. Ke mana-mana tiada etika pemakaian dah :P


Awal-awal memang Iffah yang jagakan Arman. Alahai bestnya kalau Husna ni macam Iffah. He he he Tapi alhamdulillah Husna pun kadang-kadang rajin juga melayan adik dia cuma jangan bagi Arman nangis aje, kalau dah start menangis tu memang tak boleh dah nak "entertain" melainkan bagi kepada mamanya aje.


 En suami yang order makanan malam tu. Kami ambil mandy kambing sebanyak 2kg. Sebenarnya ada aje set-set untuk seorang makan tapi macam rugi kalau ambil set, baik order secara berkilo-kilo. 1kg untuk 5 orang makan. Memang ada banyak lebih dan puas hati dengan makanan di sini. Nak kata sedap tu, rasanya mandy kambing di Restoran Saba lagi sedap :) (lebih moist)


Tapi yang paling puas hati adalah daging kambingnya. Tengoklah memang penuh. Mungkin kami pergi dewasa pun tak ramai, anak-anak je yang makan jadi banyak lebih daging kambing. Tapi, anak-anak kami makan bertambah juga. Budak-budak ni memang "hantu" nasi arab, maklumlah mama diorang kan jual rempah nasi arab Al-Bayt. Kalau mahu beli Whats App 012-970 6828 tau (sempat lagi iklan)

Bagi yang mahu mencuba ini alamat restoran tersebut :

AL-RAWSHA RESTAURANT
2 JLN PLATINUM G7/G SEC 7
40000 SHAH ALAM SELANGOR

Facebook : Al-Rawsha Restaurant

Harga bagi aku "standard" nasi arab. Kalau satu famili mungkin habis dalam RM100+ termasuk minuman. Kalau tak nak bil melambung cuba untuk kurangkan order minuman. He he he Kami haritu minum teh arab (Adani dan teh biasa) aje, nasib baik anak-anak pun jenis suka minum.


Iklan sekejap : Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan tilam jenama hotel 5 bintang, Mekla ada jual tau. Paling best ada tawaran percuma comforter lagi (seperti dalam gambar). Tawaran sehingga hujung bulan ini aje, kalau berminat cepat-cepat WA Mekla di 012-970 6828.

Oklah, hingga bertemu lagi. Semoga Mekla rajin uupdate blog lagi. Doa-doakanlah :)

Selasa, 1 Mac 2016

JJCM : Nasi Arab Yaman Al - Nafoura

Assalamualaikum,

Ini kisah petang Ahad yang lepas, selepas seharian menjadi "penunggu rumah" gara-gara kontraktor kabinet dapur rumah yang datang buat kerja pada hari cuti, alhamdulillah en suami merealisasikan impian mak buyong untuk makan nasi arab Yaman tapi bukan di negara Yaman lah tapi hanya di Wangsa Maju sahaja :)

Sebenarnya ini kali kedua kami makan nasi arab ni. Pertama kali bila Abang Zul & Kak Rah bawa bungkus makan di rumah kami beberapa minggu yang lepas. Terasa kesedapan sehingga Mekla bagitahu en suami kalau tak bersalin lagi nak ulang makan lagi nasi arab ni. Mungkin selera mak buyong yang semakin menjadi-jadi sekarang ni menyebabkan semua rasa sedap :) Hai patutlah muka bertambah gebu, mana taknya setiapkali balik check up di klinik mesti stress sebab berat badan naik berkilo-kilo :P

Oklah, kita fokus pada nasi arab Yaman ini. Restoran ini bernamma Al-Nafoura dan terletak di Wangsa Maju. Ini alamatnya :

AL-NAFOURA SDN BHD
NO.9 (GROUND FLOOR) JALAN MAJU RIA 2
BLOK B, PLAZA WANGSA MAJU,
WANGSA MAJU SECTION 10

TEL : 016-608 1114

Aku tengok restoran ini diusahakan oleh beberapa orang mamat Arab (tak tahulah asal dari mana) sebab restoran ni tak besar pun. Macamana kami tahu? Sudah tentulah melalui Abang Zul & Kak Rah yang tinggal berdekatan dengan restoran ini. Malam tu keluarga mereka pun makan nasi arab bersama kami juga :)

Oleh kerana restoran ini masih baru, tak ramai yang datang tapi aku perhatikan rata-rata pelanggan adalah dari kalangan orang cina. Bukan senang nak tarik bangsa lain makan nasi arab kan? Mesti ada keistimewaannya yang tersendiri ni. Selalunya kalau ke restoran nasi arab, kami akan cuba menu Mandy kambing dan Kabshah tapi restoran ini ada sediakan menu lain iaitu Madghout Kambing.


Ini Mandy ayam (bagi mereka yang tak makan kambing) dan kabsah kambing. Nasinya memang sedap dan cukup perisa. Isi daging juga lembut. Hai masak guna Noxxa ke bang? :P

Nasi mandy ayam RM20 (separuh untuk 1 - 2 orang makan)
Nasi kabsa kambing RM35 (besar untuk 1 - 3 orang makan)


Kalau nak datang sini sila sediakan duit tunai sahaja ya :)


Inilah Madghout Kambing yang berharga RM60 (dapat 2 pinggan untuk 3-4 orang makan). Kalau nak makan kena tunggu selama 20 minit. Bagi aku nasinya agak pedas dan terasa macam nasi goreng pun ada (pedapat tekak Melayu lah). Kalau nak rasa boleh, cuma bukan kesukaan kami. Mandy kambing juga yang tersedap buat setakat ini :)


Terima kasih Kak Rah sebab selalu jadi tukang ambil gambar. Ini gambar sewaktu melantak. Memang tak toleh kiri kananlah kalau makanan dah sampai tu :)


Gambar selepas. Memang licin :) Kalau bab makan memang bagi lah dekat kami. Insya Allah tiada pembaziran yang berlaku. Kalau tak habis pun boleh bungkus dan panaskan makan di rumah pula.


Tak sah kalau tak minum Teh Arab RM10 satu tea pot. Ada rasa daun pudina dan sedap diminum panas-panas


Azzam memang suka makan nasi arab. Eh bukan setakat Azzam, Haziq, Husna, Ashraf dan Aaliyah juga makan nasi arab. Anak-anak aku semua makan :)


Pilihan menu nasi, ada juga roti dan pelbagai menu lain. Pendek kata boleh datang lagi jika teringin nak cuba menu lain. Harga pun berpatutan jika dibandingkan dengan harga restoran lain yang sama waktu dengannya (Hadramawt Palace rasanya lagi mahal). Kalau Saba' pun lebih kurang juga


Ashraf waktu ni demam panas, makan pun tak menyungguh mana. Kesian dia sebab muntah. AKu rasa perut masuk angin sebab haritu dia tak makan dari awal pagi lagi. Oh ya, jangan lupa cuba Adani Spice Tea RM12 satu teapot. Ala-ala teh tarik arab lah ni


Aaliyah yang tertidur sebaik sahaja sampai di sini. Tapi lepas tu sedar dan makan juga. Memang kami semua penggemar nasi arab lah :) Bagi mereka yang mahu mencuba boleh tengok alamat di atas ya. Harga, lokasi dan persekitaran juga selesa di mana kalau makan di dalam restoran masih berhawa dingin, kalau nak makan di luar pun boleh. Setakat ni tak perlu buat tempahan lagi tapi mana tahu lepas ni kena buat kan? Jadi sebelum naik harga tu, boleh pergi cuba dulu :)

Sehingga bertemu lagi. Bagi mereka yang mahu mengiklankan kedai makan atau servis penghantaran makan, boleh hubungi aku di zailamohamad@yahoo.com atau Whats App ke 012-970 6828. Insya Allah dengan sedikit bayaran (murah je) aku akan iklankan di dalam blog ini tanpa ada tempoh pengiklanan. Trafik blog ini memang seribu pengunjung setiap hari dan ini boleh membantu memperkenalkan bisnes korang kepada pembaca blog ini atau mendapat tempat di carian Google.

Sehingga bertemu lagi. Bye!

Rabu, 8 Julai 2015

Cara-Cara Nak Masak Mandy Ayam Menggunakan Rempah Nasi Arab Al-Bayt

Assalamualaikum,

Masih lagi bercerita tentang makanan. Minta maaf banyak-banyak, inilah modal aku untuk update blog buat masa ini. Sekarang ini dah rasa macam tak ada benda nak cerita. Nak cerita pasal anak-anak pun takde apa yang menarik sangat. Kehidupan aku macam biasa aje, takde dah kunjungan ke shopping mall setiap minggu. Tapi memang sentiasa keluar samaada keluar mengambil stok jualan ataupun pergi sertai bazar jualan. Malas nak bersesak-sesak dah tapi tengoklah, baju raya budak-budak tak setel lagi. En suami cakap nak pergi hari bekerja sebab dia dah minta cuti. Yeay, lamanya tak keluar shopping untuk diri sendiri :P

Tapi raya ni persediaan macam biasa juga, ala kadar. Yang penting WAJIB balik kampung tuuuuu. Haaa siapa kata nak jimat tak payah balik kampung? Mahu ada yang menangis keluar air mata darah nanti kalau tak dapat balik kampung jumpa mak ayah!

Eh kan terpanjang sudah pendahuluan tu :P

Oklah hari ini aku nak kongsikan cara-cara nak masak nasi arab menggunakan rempah Al-Bayt. Mudah aje sebab itu dalam bulan puasa ni dah banyak kali juga kami makan nasi arab. Kenapa mudah? Sebab dalam tu dah ada beras dan rempah. Hanya beli bahan basah seperti ayam dan sediakan bahan-bahan lain yang diperlukan sahaja (boleh rujuk belakang kotak).


Mula-mula ayam tu diperap dengan rempah mandy, garam, bawang putih, 2 sudu tomato puri dan sedikit minyak zaitun. Perap lagi lama lagi bagus!

Ayam yang diperap ni aku masak dengan menggunakan periuk Noxxa, hanya HP 10 minit kemudian selepas itu buangkan lebihan minyak ayam dan tukar mod stir fry untuk kasi efek macam kena bakar sikit-sikit. Minyak lebihan tadi jangan buang sebab boleh masukkan semasa tanak nasinya pula.


Yang isi ayam tu aku ambil sedikit carik-carikkan buat isi ke dalam tortilla ni. Dah jadi tortilla wraps, masukkan timun, tomato, isi ayam, mayonis dan sos cili. Alhamdulillah, anak-anak suka :) Bila masak ayam dengan Noxxa memang lembut je isi ayam tu, kalau guna ayam pencen hanya HP lebih masa sedikit (dalam 20 minit lebih)


Menu berbuka kami yang sangat ringkas. Sup ayam tu memang dah buat siap-siap sebab sup ni memang makanan wajib ada di rumah memandangkan budak-budak tak puasa senang makan ni aje, pastu nasi masak dengan Noxxa aku guna mod LP (low pressure) pula sebab orang kata beras nanti akan lebih panjang dan ternyata memang betul. Senang kan masak nasi arab :)

Pada sesiapa yang nak order untuk hari raya nanti boleh PM / WA aku ke 012-970 6828 sekarang. Untuk bulan puasa ni kalau nak COD sahaja diterima iaitu di Econsave Bukit Kemuning / sekitar Jalan Kebun, kalau nak pos rasanya sudah tak sempat dah. Masih sempat lagi order untuk raya nanti, kalau tetamu nak datang rumah hanya masak juadah ini sahaja pun dah cukup. Mudah dan sedap :)

Bye!

Khamis, 2 Julai 2015

Tips Jimat Cermat Hari Raya

Assalamualaikum,

Sekejap sahaja sudah memasuki separuh bulan puasa. Hari ini sudah 15 hari puasa, macamana KPI puasa kita? Adakah semakin bertambah amalannya atau semakin sedikit? Aku nak kata makin banyak tu takde lah tapi makin lama makin malas pula, ni mesti terlebih tidur siang hari ni. Opsss

Tapi niat di hati nak teruskan beramal, kena kuatkan semangat sikitlah. Tambah-tambah bulan puasa ni dengan berniaganya dengan jaga anak-anaknya. Kadang-kadang mencabar keimanan juga :( Macam-macam karenah nak kena layan, baik yang sudah besar mahupun yang kecil. Mencabar betul!

Semalam aku ada terbaca di dalam facebook Tuan Shamsuddin Kadir yang memberikan tips berjimat khasnya untuk kakitangan kerajaan yang sedang menunggu 45 hari sebelum gaji. Mak aih lama juga tu ya, kalau yang jenis ada bisnes bolehlah ada pendapatan sampingan tapi kalau yang harapkan gaji semata? Memanglah kena "ikat" perut sedikit. Aku kongsikan di sini antara tips yang diberikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir.

1. Bayar hutang wajib, sebaik sahaja mendapat gaji untuk bulan Julai,
2. Beli keperluan rumah (termasuk beras, sos cili, lada, kicap,
3. Jangan bawa ATM yang ada duit gaji balik kampung
4. Bawa balik duit bonus RM 500 itu sahaja.
5. Kurangkan bagi duit raya, kerana malu nanti apa orang kata, jika tidak bagi kepada anaknya, dia bagi duit raya kepada anak kita.
6. Tidak perlu beli emas palsu untuk hari raya ini,
7. Tidak perlulah beli tudung beratus-ratus, kerana orang bukan nampak tudung kita, orang nampak otak kita, sama ada otak itu hidup ataupun beku.
8. Balik kampung bukan untuk menunjuk baju baru satu keluarga.
9. Zakat fitrah jangan lupa ya.

Selain itu aku nak tambah lagi :

10. Beli baju-baju raya anak semasa jualan gudang sebab harga jauh lebih murah tapi nak kena rancang masa lah iaitu pergi awal-awal pagi dan kalau boleh jangan bawa anak-anak tapi ambil ukuran siap-siap.
11. Abaikan jenama kerana waktu raya tak ada orang akan belek dan tengok anak-anak kita pakai jenama apa dan kita tak akan merasa satu kepuasan pun jika anak-anak kita pakai pakaian berjenama jika kita sendiri pakai biasa-biasa sahaja (Faham tak?).
12. Bab duit raya tu sebenarnya adalah tradisi, aku rasa macam nak ubah sedikit iaitu bagi duit kepada ibu bapa dan saudara mara terdekat. Walau tak banyak tapi mereka akan rasa lebih dihargai. Sebagai contoh untuk kanak-kanak bagi duit raya antara RM2 - RM5 tapi untuk mak saudara apa kata bagi RM10 - RM30 seorang. Bergantung kepada budget masing-masing.
13. Beli siap perkakas dapur atau barang yang ingin dibawa pulang ke kampung. Bukan apa, nak raya selalunya memang akan penuh mana-mana tempat pun jadi jika kita beli awal-awal bolehlah berehat-rehat di rumah sahaja :) Kalau di kampung harga di kedai juga akan melambung sekali ganda kerana biasalah waktu cuti ramai anak-anak yang pulang beraya, masa ini lah peniaga nak kaut keuntungan (tapi tak semua juga). Yang penting barang-barang runcit seperti susu anak, lampin, makanan kering seperti bihun, makaroni, air kotak atau kordial beli siap-siap.
14. Kalau nak lagi bagi bagus belia siap-siap juadah hidangan hari raya nanti. Apa lagi kalau bukan nasi arab. He he Mehler order dengan aku. Ada 4 perisa iaitu Mandy ayam, mandy kambing, maqlubah ayam dan kabsah ayam. Semua pun sedap :)


Oklah itu sahaja sesi tips jimat cermat bersama aku. Oh ada satu lagi, pada yang berminat sangat nak beli GC Tea tapi takut membazir kalau beli satu kotak, kini dah ada pek percubaan iaitu RM30 (tak termasuk kos pos). Cepat PM / Wa laju-laju ke 012-970 6828 untuk pembelian.


Musim raya ni kena jaga kesihatan juga, amalkan meminum GC Tea setiap hari suaya dapat detoks balik apa yang telah kita makan. Kalau boleh, jaga pemakanan dan tambah dengan bersenam baru akan menghasilkan kesan yang mantop!

Oklah, itu sahaja tips yang dapat aku kongsikan hari ini. Sebenarnya ada banyak lagi tapi tak terfikir lagi buat masa ini. Semoga kita sentiasa merancang dan menggunakan duit kita dengan sebaiknya. Duit raya anak-anak jangan lupa simpan elok-elok, jangan diajar anak-anak habiskan duit dengan membeli benda-benda yang tak berfaedah pula. Haa boleh buat tips lain ni, nanti kan ya :P

Hingga bertemu lagi dan selamat berbuka (nanti petangler). Bye!

Jumaat, 15 Mei 2015

Mudahnya Masak Nasi Arab Maqlubah Menggunakan Noxxa

Assalamualaikum,

Semalam aku puasa dan malas nak masak tapi terpaksa masak sebab nanti nak berbuka dengan apa kan? Tengok dalam peti ais adalah ayam beberapa ketul dan ada sayuran yang sudah macam rupa ala-ala nak mati kekeringan di dalam peti ais. Jadi terus dapat idea untuk masak nasi arab al bayt sebab senanglah kan semua beras dah ada dalam tu. Haziq bila nampak aje mama keluarkan kotak nasi arab terus melompat sebab memang anak-anak aku penggemar nasi arab :)

Kali ini masak nasi arab maqluba pula sebabnya tak pernah lagi rasa. Selalunya buat mandy ayam, kabsah ayam dan mandy kambing sahaja. Resepi maqluba agak berbeza dengan mandy dan kabsah kerana dalam nasi ni perlu di masukkan sayuran seperti lobak merah, terung, ubi kentang dan tomato. Haaa sesuai sangatlah jika mahu habiskan stok sayuran dalam peti tu. Jadi, tanpa melengahkan masa, aku terus keluarkan bahan-bahan. Mula-mula perapkan ayam dahulu dengan rempah perapan dan rendamkan beras basmathi yang telah disediakan dalam kotak tersebut.

Memang mudah sangat untuk memasaknya. Hanya ikut sahaja arahan di kotak. Dengan menggunakan bantuan periuk Noxxa lagilah mudah. Masak nasi arab hanya 8 minit sahaja tau dan yang pasti beras basmathi tu akan jadi panjang-panjang sebijik macam yang restoran nasi arab punya :)


Sesiapa yang nak beli nasi arab al bayt ni boleh PM / WA aku di 012-970 6828 ya. Ada 3 pilihan iaitu mandy ayam, mandy kambing & maqlubah ayam (seperti gambar di atas)


Nasi yang dah siap masak. Aku masukkan juga beberapa helai bunga saffron bagi menambahkan warna merah pada nasi tu.


Alhamdulillah selesai, semalam bertambah-tambah makan. Anak-anak pun suka. Memang berbaloi-baloilah beli nasi arab al bayt ni. Nak puasa mesti ramai yang mencari kan? Apa lagi, meh beli dengan aku ya. Hubungi :

Emel : zailamohamad@yahoo.com
WA : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Nak jadi ejen pon boleh juga. Cepat-cepat, jangan terlambat. Lagi satu nak beli Noxxa pun boleh juga. Hehehe :)

Bye!

Jumaat, 27 Mac 2015

Mudahnya Masak Nasi Arab Menggunakan Periuk Noxxa

Assalamualaikum,

Semalam berbuka puasa sempat masak mandy kambing menggunakan rempah nasi arab Al-Bayt. Gara-gara terliur dengan masakan kawan, semalam gagahkan juga untuk masak nasi arab versi mudah gaya aku. Nasib baik dalam peti sejuk beku ada stok daging kambing lebihan kenduri adik ipar. Ingat tak tempoh hari kami sekeluarga diserang cirit birit yang teruk? Masa itu adik ipar aku buat kenduri naik rumah baru, jadi ada disediakan menu kambing golek. Tak dapatlah nak makan banyak masa majlis tersebut tapi ada lebihan aku bawa balik simpan dalam peti. Hehe

Jadi, jom kita gunakan apa yang ada sahaja. Nak masak mandy kambing tak payah gunakan tomato puri macam nak masak mandy ayam. Hanya gunakan air rebusan kambing sahaja tapi aku terus rebus ketulan kambing dan masukkan rempah sup sekali (untuk dijadikan kuah nasi arab). Rebus guna periuk Noxxa pada tekanan tinggi selama 10 minit untuk melembutkan daging kambing.

Apabila dah siap kuahnya, untuk masak nasi kena rendam beras yang diberi selama 20 minit atau lebih. Kemudian tumiskan bahan-bahan rempah ratus yang diberikan sekali di dalam beras macam dalam gambar ini :


Apabila dah siap tumis, masa ni ikutlah arahan di kotak yang mengatakan kena masukkan bawang banyak mana dan tumis hingga kekuningan, lepas itu masukkan beras dan air sebanyak 600ml (aku main agak-agak aje). Oh ya, guna air rebusan daging kambing ya. Lepas itu masukkan garam, pewarna kuning dan aku masukkan helaian saffran juga. Tutup periuk Noxxa dan mod tekanan tinggi selama 8 minit. Alhamdulillah, kali ni puas hati sangat-sangat sebab beras nasi arab ni elok je panjang-panjang tak seperti selalu jika dimasak menggunakan periuk biasa (guna dapur gas). Kalau gunakan periuk elektrik biasa pun akan menjadi juga cuma masa tu lambat sedikit berbanding dengan menggunakan periuk Noxxa ya :)


Sekotak dapat sepinggan besar seperti dalam gambar di atas. Banyak bagi aku tapi cukuplah untuk kami sekeluarga. Semalam ada lebih sedikit aje memandangkan Aini tak makan kambing (satu kerugian yang nyata)


Semalam makan macam tu sahaja tak buat sos pedas pun sebab tak cukup bahan. Tapi anak-anak makan bertambah juga. Alhamdulillah, jimatlah RM50 lebih kan? Kalau masak sendiri modalnya hanya RM15 sahaja sekotak :))

Mahu rasa? Mahu buat? Mahu masak? Boleh dapatkan di sini : Tempahan Pes Nasi Arab atau WA ke 012-970 6828.

Bye!

Musim Nasi Arab Sudah Kembali

Assalamualaikum,

Wah! Tahun ini aku masih belum bercerita lagi tentang nasi arab kan? Rasanya seingat aku pun dah lama tak makan nasi arab hasil masakan sendiri. Bukan apa, stok nasi arab Al-Bayt pun sudah kehabisan jadinya asyik lupa sahaja untuk re-stok.

Sekarang stok baru pes nasi arab Al-Bayt sudah kembali. Bolehlah dapatkannya untuk dimasak untuk keluarga. Apa kata pelanggan yang pernah beli rempah nasi arab Al-Bayt ini :



Gambar mandy ayam yang dimasak oleh Pn Ashikin Hashim. Tengok gambar terus terliur terus buka sekotak mandy kambing untuk dimasak sebagai juadah berbuka puasa. Nanti aku kongsikan bagaimana mudahnya memasak nasi arab ni ya!

Bagi sesiapa yang ingin mencuba pes nasi arab Al-Bayt ni ada 4 jenis iaitu mandy ayam, mandy kambing, kabsah ayam & maqlubah ayam. Setiap kotak dapat mengandungi rempah tumis dan juga beras basmathi untuk 4-5 orang makan. Jangan risau, arahan untuk menyediakannya sudah tertulis di kotak dan bahan-bahan pun tak banyak untuk disediakan.

Jika berminat, boleh beli melalui aku sekarang! Nak jadi ejen dropship pun boleh nak beli borong pon boleh ya. Hubungi aku melalui :

Emel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Gedung Makanan Sunnah Online Anda

Isnin, 2 Mac 2015

JJCM : D'Olive Nasi Arab

Assalamualaikum,

Kisah semalam jalan-jalan cari makan selepas solat maghrib di Masjid Negeri Shah Alam. Kebetulan mahu pergi ke bandaraya Anggerik, jadi singgah solat dahulu di masjid negeri. Anak-anak memang suka masuk masjid ni sebab ianya luas dan apa lagi boleh berlari-lari ler dalam masjid. Usai solat, macam biasa lah mencari sesuatu (bak kata Ashraf) untuk dimakan.

Kalau di bandar Shah Alam tu kami tak biasa (tak tahu) nak makan di mana jadi terpaksalah patah balik ke kawasan rumah. Mula-mula ingat nak makan di kedai Siam (sebenarnya kedai ini ada nama tapi aku dan e suami panggil kedai Siam sebab rata-rata pekerja dan tokei kedai berbangsa Siam & makanan mereka jual memang sedap!) tapi Masya Allah, ramainya manusia. Restoran Uncle Bob pun dipenuhi manusia juga. Jadi aku cakap dekat en suami agaknya sudah gaji ya sebab rata-rata yang ada di situ semua keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.

Sebelah restoran Uncle Bob ada sebuah restoran nasi arab. Memang tak ada orang tapi nampaklah kelibat satu famili memasuki restoran ini. Kami pun teringin juga mencuba nasi arab jadi mohler kita masuk sini :)

Tak banyak menu makanan yang tersedia dan sudah tentulah antara tarikan di sini adalah menu nasi arabnya. Boleh rujuk gambar di bawah ini ya; kami diberi hidangan teh arab secara percuma setiap orang satu cawan kecil. Best juga rasanya seperti rasa teh yang dimasak bersama bunga cengkih (agaknya lah!)


Harga tidak mahal sangat jadi bolehlah bawa keluarga makan besar di sini sesekali ya. Antara menu yang kami order malam tadi adalah ayam masak briyani, D'olive lamb mandy, mee udang D'Olive dan roti arab.


Ini mee udang D'Olive. Rasanya biasa-biasa aje di tekak aku. Mungkin boleh perbaiki dengan menambah lagi kehadiran binatang laut yang lain seperti sotong atau kerang. Ada ketulan daging bakso dalam ni, rasa macam tak sesuai nak gandingkan bersama dengan mee udang. Eh! ke memang selalunya dihidang macam ni?


Ini adalah D'Olive lamb mandy. Aku suka nasinya. Memang sedap (pendek kata pencinta nasi arab seperti keluarga kami memang akan suka makan nasi arab walau di mana-mana pun). Aku cakap kat en suami kalau ada kursus nak belajar nasi arab pun aku sanggup masuk sebab cita-cita nak buka kedai nasi arab / kedai makan juga satu hari nanti (doa-doakanlah ya)


yang ini roti arab dimakan bersama omelet (daging yang dimasak dengan telur), sedaplah juga tapi rasanya aku boleh cuba buat sendiri resepi ni di rumah guna pita wraps :)

Apabila nak bayar, sekali dapat tahu yang pemilik kedai ini satu kejiranan dengan kami. Wah! lagi bagus apabila pemilik juga memberitahu yang mereka ini berasal mengambil tempahan. Jadi, aku kongsikan di sini kad perniagaan D'Olive / Amirul Catering. Eh nama dah macam nama anak sulung aku dah :)



Bagi sesiapa yang mahu mencuba nasi arab D'Olive boleh ke restoran mereka di Jalan Kebun, Shah Alam atau hubungi sahaja pemilik mereka untuk urusan tempahan catering. Sekarang ini sejak bangunan kedai-kedai baru dah naik dis ekitar rumah aku ni, banyak pula restoran-restoran baru buka. Bolehlah sesekali mencubanya kan? Bagi kami yang beranak ramai ni bukan selalu boleh makan besar. Maklumlah anak ramai ni poket pun banyak tiris juga. He he he Jadi bila en suami baru dapat gaji apalagi kita "pau" lah dulu :P

Semalam pun kerajaan dah umumkan kenaikan harga minyak. Herm, bagi aku sebenarnya dah lali dengan berita naik turun ni, yang pasti kos sara hidup memang akan meningkat setiap tahun. Jadi, nak tak nak kena pandai berjimat atau cuba cari pendapatan sampingan selain makan gaji. Cuba buangkan keegoan sedikit yang mengatakan "aku tak reti berniaga". Sebenarnya bukan tak reti tapi lebih kepada malas nak susah-susahkan diri memikirkan masalah. Nah! cuba baca dulu ebook sulung aku iaitu "Surirumah Juga Boleh Berbisnes" dan ketahui cara-cara mudah untuk berniaga yang telah aku praktikkan selama hampir 6 tahun. Berminat? Boleh dapatkannya di sini :

Isi borang di sini : BORANG TEMPAHAN




Selasa, 30 September 2014

Jom Order Nasi Arab Untuk Juadah Hari Raya Haji

Assalamualaikum,

Hari raya haji dah dekat. Jom order pes nasi arab segera Al-Bayt untuk dihidangkan pada tetamu. Tengok gambar di bawah pun sudah meleleh air liur:) Nasib baik tak puasa!


Gambar kiriman dari pelanggan yang juga pembaca blog. Terima kasih kerana sudi membeli dengan ambo ya.


Yang ini pula gambar dari facebook biras aku iaitu Kak Rah yang berada di Vietnam. Waah antarabangsa gitu :) Bukan apa, pes dalam sekotak nasi arab ni mengandungi beras dan juga rempah. Jadi senang nak bawa jika kita mahu mengembara ke mana-mana. Tapi sudah tentulah ada juga bahan lain yang kena beli sendiri contohnya ayam / kambing, tomato puree, tomato, timun, lemon, daun ketumbar dan juga cili. Tapi tak banyak kan? Nak buat pun senang.

Bagi yang mahu mencuba, boleh PM/ Whats App aku di 012-970 6828

Terima kasih. Nanti nak cerita pasal nasi arab juga tapi macam biasalah tokei ada penyakit M jadi kita makan di luar sahaja :)

Isnin, 11 Ogos 2014

Nasi Arab Saba' (Lagi dan lagi dan lagi)

Assalamualaikum,

Selamat bekerja bagi yang bekerja. Seawal pagi lagi WAHM sudah kena menyiapkan tugasan. Nak-nak bila ada anak kecil, lagi lah terkejar-kejar nak buat semua benda. Sebelum itu kita rehat dulu update blog:)

Bagi mereka yang ikuti blog aku ini, sudah tentu tahu yang kami sekeluarga memang penggemar nasi arab. Pantang ada peluang mesti mahu. Kebetulan hujung minggu yang lepas ada majlis berkumpul bersama adik beradik en suami di Kajang, jadi sebelum balik ke Shah Alam kami singgah dahulu makan nasi arab di Saba', Cyberjaya. Kali ini orang tak ramai sangat, agaknya sebab musim rumah terbuka jadi ramai yang masih kekenyangan makan ketupat dan rendang :P

Anak-anak aku memang tak ada masalah untuk makan nasi arab. Agaknya kami ni ada baka arab kot HAHAHA Sila jangan muntah hijau ya :P


Menu kesukaan sudah tentulah mandy kambing. Rugi pada sesiapa yang tak makan kambing. Nasi mandy kambing di Saba' ni isi kambingnya lembut dan tidak berbau. Nasi nya juga lembab dan tidak keras. Betul kata kawan aku dulu, kalau makan nasi sahaja pun dah sedap! Sebab itu aku selalu ke Saba' sebab nak cungkil rahsia nasi nya yang sedap itu. He he he


Roti dia pun sedap juga cuma kena makan cepat-cepat masa panas lagi, kalau dah sejuk gerentu keras. Roti ni besar, boleh makan satu keluarga. Kami makan dengan hidangan hati goreng.

Dalam gambar muka Azzam si peghoyok (suka nangis). Manja betul dia sejak balik dari kampung. Kalau kat rumah sekarang ni susah sangat nak tengok dia main elok-elok, sepanjang masa menangis aje T___T'


Inilah masakan beef & liver yang dimakan bersama dengan roti tu. Sedap juga! Eh aku ni kalau makan di kedai semua sedap, nak-nak makan nasi arab. Hehehe


Sebelum keluar rumah kami ber "wefie" dulu. Sebelum ni dok tengok orang tulis wefie ape bendalah tu, rupa-rupanya kalau seorang kita panggil "selfie" kalau dah ramai tukar "self" kepada "we" lah kan?

Macam-macamlah perkataan sekarang ni. Kadang-kadang rasa macam diri dah tua pun ada. Kalau baca status anak-anak buah memang sepatah haram pun aku tak faham, banyak sangat bahasa singkatan yang mereka gunakan. Kalau macam tu, agak-agak nanti dalam peperiksaan Bahasa Malaysia boleh dapat A tak?

Sekarang ni muka aku tak pakai apa-apa dah sebab Miracle Essence SKII yang en suami belikan dulu pun hilang kena curi masa kejadian pecah rumah di kampung dulu. Memang sedih lah kan sebab bukannya murah benda tu, sebotol aje dekat RM400 lebih. Tapi nak buat macamana, kena banyak bersabar dan redha. Mana tahu lepas ini boleh beli lagi. Aamin

Oklah, nak masak jap. Azam selepas raya nak rajin update blog jadi jangan peliklah kalau aku mula bercerita tentang kami sekeluarga. Sejak hilang handset, memang terkesan sangat-sangat sebab habis hilang semua gambar anak-anak aku. Yang back up ada dalam akaun Instagram, facebook dan blog aje lah. Rasa macam habis hilang semua kenangan kami. Sudahlah aku ni makin lama rasa daya ingatan ni makin lemah. Hu hu hu

So mari jadikan blog sebagai tempat menanam ingatan sementara :)

Selasa, 5 Ogos 2014

Menu Pilihan Hari Raya Adalah Nasi Arab

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sudah melepasi seminggu Syawal dah, masih ingatkah kalian akan menu pada hari raya yang lepas? Kalau di kampung aku sudah tentu lah menu wajib ada di setiap rumah adalah ketupat palas, tapai dan kuih raya. Pagi raya rumah mak mertua aku ada menu nasi tomato. Rumah mak aku pula ada bihun goreng dan nasi arab yang kakak ipar aku sediakan.

Ramai yang memilih untuk menyediakan nasi arab tahun ini. Mana taknya, dengan rempah nasi arab Al-Bayt cukup-cukup senang untuk sediakannya kerana di dalam setiap kotak tersebut sudah ada rempah dan beras. Jadi, tak payah nak pening kepala memikirkan apa yang perlu disediakan lagi. Di bahagian belakang kotak juga sudah ditulis siap-siap resepi dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk menyediakan nasi arab ini.


Gambar ini aku ambil dalam bulan puasa yang lepas. Menu mandy kambing bersama sup kambing & saffron. Alhamdulillah en suami dan anak-anak cukup sukakannya :)


Gambar dari dalam periuk lagi. Beras yang diberikan di dalam setiap kotak memang jenis yang panjang-panjang. Sekotak nasi arab ini boleh dimakan antara 4-5 orang. Kalau kami ni cukuplah untuk sekeluarga (malah ada lebihan lagi)


Inilah rupa isi dalam sekotak nasi arab, siap ada beras dan rempah masakan. Jangan risau, resepi dan cara-cara untuk memasak hidangan sampingan pun ada juga disediakan.

Bagi yang berminat untuk dapatkan pek nasi arab ini, bolehlah wasap aku di 012-9706828. Sesuai sangat untuk dihidangkan buat tetamu yang bertandang ke rumah nanti. Bagi mereka yang ingin menjadi pengedar, boleh PM aku untuk pertanyaan harga. TQ :))

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^