Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 1 Oktober 2014

Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus


Assalamualaikum,

Lamanya tidak menepek (meletakkan) resepi di sini. Bukan bermakna aku tidak suka masak tapi sekarang ini lebih suka memasak resepi yang mudah-mudah gittewww (sesekali guna perkataan muda mudi). Baru-baru ini en suami ada belikan ikan sardin (kalau di Kelantan dipanggil ikan selayang) Oh! pada yang tak tahu ikan sardin selalunya digunakan di dalam kuah laksa lemak mahupun laksa penang. Kalau di rumah mak di kampung, apa-apa jenis ikan hanya direbus sahaja bersama garam dan asam keping. Mak makan dengan budu & ulam. Wallah! Bertambah-tambah anaknya makan. Eh!

Berbalik kepada cerita, ikan sardin itu aku rebus sahaja bersama garam, air dan asam keping. Tapi pastikan ikan tersebut segar, kalau tak sudah tentulah tidak enak dan berbau busuk. Bila ikan dah masak, ambil dan asingkan atara isi dan tulangnya. Yang bahagian isi ikan itu lah yang dipanggil ikan rebus :)

Bahan-bahan sama sahaja seperti nasi goreng tapi versi aku ni versi ibu malas :P

Antara bahan-bahannya :

- isi ikan rebus
- 4 biji bawang merah (yang sederhana) & 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
- 2 biji telur
- sayur sawi dipotong halus
- nasi lebihan malam tadi
- minyak untuk menumis
- garam

Cara-caranya :

- Tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau
- Masukkan isi ikan rebus tersebut dan goreng sehingga kekuningan (kalau aku suka hangit sikit-sikit)
- Masa ni masukkan terus garam sebagai perasa
- Pecahkan telur dan kacau-kacau untuk leraikan telur
- Masukkan nasi dan kemudian masukkan sayur
- Goreng sehingga sayur layu sedikit

Mudah bukan? Anak-anak pun suka sebab ada isi ikan. Kalau nak tambah fish ball atau fish cake pun boleh. Kalau yang sukakan pedas bolehlah tumbuk cili padi sekali dengan bawang tapi anak-anak aku ni jenis tak boleh makan pedas, jadi mama dia terpaksalah masak ikut selera anak. Ada juga yang tambahkan budu ke dalam nasi goreng ini. Yang penting masakan ini berkhasiat kaya dengan sumber protein, karbohidrat dan serat dari sayuran :)

Selamat mencuba!

4 ulasan:

Monalita Mansor berkata...

oh...memang sesuai jugak utk emak yang malas mcm titew...(nak pakai gak)

mayangbakingmadness berkata...

sama la mak akak kalau ada ikan di rebus ngan asam dan garam dan makan ngan air asam... mmmg bertambah nasi ..

Tie HT berkata...

wow sedapnya zaila
thanks sahring recipe nya :)

Unknown berkata...

sedaknyo moklaa.
lama tak rebus ike

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^