Thursday, October 9, 2014

Resepi Pasta Mudah & Bagaimana Membuat Frittata Mudah

Assalamualaikum,

Penatnya tulis entri tapi tiba-tiba hilang. Ni yang malas nak berblog ni :P

Musim raya haji ni mesti ramai yang dah muak makan daging kan? Aku pon dah beberapa hari berehat dari makan daging sebab kasihankan gusi. Maklumlah usia dah lanjut, makan makanan berkenyal dan keras terus rasa sakit-sakit gigi dan gusi. Hehe

Jadinya semalam sempat buat pasta untuk anak-anak. Nasib baiklah anak-anak suka makan, senang kerja mama dia. Kali ni buat pasta yang berkrim penuh lemak. HAHA Saja mama dia nak tambah leemaks di badan. Memang senang aje nak siapkan pasta ni. Bolehlah cuba kalau dah bosan makan nasi.

Bahan-bahan :

- 1 biji bawang besar holland dipotong dadu
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 5 batang sosej ayam atau isi ayam dipotong kecil
- 1 tin sos pasta alfredo jenama Preggo
- separuh tin cendawan butang (dihiris halus)
- 1 cawan susu penuh krim (atau susu segar)
- sedikit parutan keju
- pasta yang direbus

Cara-cara nak buat :

- Rebus air sehingga mendidih dan masukkan pasta. Masak seperti arahan yang tertera di peket. Kalau gunakan fettucini kena masak lama sedikit memandangkan ianya besar berbanding spagheti biasa
- Panaskan minyak, tumis bawang, serbuk lada hitam dan isi ayam. Masukkan sedikit garam sebagai perisa
- Masukkan sos pasta
- Masukkan susu dan parutan keju
- Masukkan pasta yang telah dimasak. Kepekatan kuah bergantunglah kalau suka pekat banyakkan keju kalau suka cair lebihkan susu.


Sesekali bolehlah makan, jangan amalkan selalu melainkan anda mahu menjadi seperti tongdram :P


versi pekat


Beberapa hari yang lepas aku nak buat telur dadar untuk sarapan tapi sekali gas habis. Jadinya terpaksalah gunakan oven untuk memasak telur. Inilah yang dinamakan frittata.


Bahan-bahan :

- 3 biji telur
- separuh bawang besar dipotong dadu
- separuh tomato dipotong dadu (buangkan biji)
- separuh capcicum dipotong dadu
- beberapa biji cendawan butang dipotong dadu
- garam dan gula
- susu segar dan parutan keju

Cara-cara :

- pukul semua bahan dan masukkan di dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 200 degree selama 10-15 minit bergantung kepada keadaan telur. Bila dah masak, hidangkan bersama sosej dan buah-buahan. Teringat kenangan sarapan pagi di hotel gittewwww.

Selamat mencuba :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015