Sejak anak-anak semakin bertambah ni dan Haziq & Husna pun dah besar pandai meminta-minta nak makan itu nak makan ini, takpun asyik cakap "mama, laparlah". Nak tak nak, aku kena "rajin" masuk ke dapur. Kebetulan semalam masih ada banyak lagi roti Gardenia dan sebelum ianya rosak bolehlah kita buat roti bakar berintikan sos daging. Resepinya aku tengok dalam facebook tapi sudah tentulah diolah mengikut suka hati bahan yang ada di rumah aku :P
Bahan-bahan :
- daging kisar (masa ni aku gunakan daging ayam)
- 1 tin kecil tomato puree
- 1 biji bawang besar holland di potong dadu
- sedikit sos cili
- sedikit campuran herba (ada rosemary, oregano yang aku beli siap dalam botol)
- garam & gula sebagai perisa
- minyak zaitun (tapi aku guna minyak biasa aje sebab stok minyak zaitun dah habis daa)
- kepingan roti gardenia
- 3 biji telur
- susu segar atau full cream milk
- kepingan keju
- keju parut
Cara-caranya :
- Tumiskan bawang sehingga layu, masukkan daging kisar dan kemudian masukkan tomato puree
- Taburkan garam, gula, sos cili, campuran herba dan sedikit air jika mahu ianya berkuah sedikit
- Dalam loyang susun roti gardenia dahulu
- Kemudian letakkan daging dan letakkan kepingan keju dahulu kemudian ulang balik proses dengan meletakkan kepingan roti, sos daging & keju
- Dalam mangkuk berlainan pukul 3 biji telur dan susu segar kemudian tuangkan dalam loyang pembakar (pastikan iainya sama paras dengan susunan roti kita)
- Kemudian taburkan keju parut (kalau boleh keju mozarella tapi en suami terbeli keju parmesan pula).
- Bakar di dalam oven pada suhu 200 darjah api atas bawah selama 20 minit atau terpulang pada keadaan roti. Kena selalu periksa lah kan takut terhangit pula
penyediaan sos daging
rupanya sebelum dimasukkan ke dalam oven pembakar
rupa setelah masak, agak hangits sedikit. Hehe tapi anak-anak memang suka lah!
Ini salah satu lagi cara aku menikmati roti. Sapukan mentega pada roti bakar sekejap di atas kuali "non stick" dan pecahkan telur di atasnya. Taburkan sedikit garam & lada hitam. Wallah!
Untuk anak-anak pula letakkan sahaja Nutella, hehe Memang laju diorang makan? Apa? Nutella mahal? Kalau takde Nutellah boleh letakkan mentega kacang juga. Sedap! Jangan lupa untuk mencubanya.
Sebelum berundur, terima kasih pada yang sellau menghantar email, meninggalkan komen dan bertanyakan tentang bagaimana untuk mengikut jejak langkah aku bekerja dari rumah. Untuk pengetahuan, aku telah pun ada domain sendiri iaitu laman www.zailamohamad.com (singgah untuk ikuti blog dan baca blog ini) di mana di sana aku akan coretkan dan berkongsi tentang pengalaman dan tips sendiri untuk bermula bekerja dari rumah. Blog ini pula lebih kepada santai-santai dan cerita tentang kisah kami sekeluarga.
Terima kasih :)
1 ulasan:
AsSalam Pn. Zaila,
Salam ziarah..
Tengok sos daging tu meleleh air liuq.. Kebetulan lama x buat spaghetti bolognes.. Esok harus cari bahan utk spaghetti.. Hehehehe
Catat Ulasan