So macam biasalah, yours truly ni kalau ke sana time SALE, jadik rambang mata melihat tag diskaun yang ada!! Bak kata en suami kepada anak-anak;- "mama mung ni suko beli" Hahahaa..Memanglah yang oi..Macamana pun kena beli juga sebab saiz badan isteri mu ini dah makin melebar, baju-baju lama sudah tak muat dah;D *bukannya nak ikhtiar kasi kurus*
Sempat jugalah merembat 2 helai seluar kerja. Tapi kan, kalau nak shopping di Jusco time SALE ni kena berhati-hati sedikit bagi mereka yang terbolah (tergesa-gesa) sebab kalau main ambil je mahu tersalah pilih yang normal price.
Tipsnya, kena tilik betul-betul di price tag tu. Kalau ada sticker bulat berwarna, haaaa yang tu memang ada SALE, setiap warna mewakili diskaun yang berlainan. Kalau tak silap Zaila warna hijau 10%, purple 50% & banyak warna lagi cuma tak ingat je *sila pergi ke Jusco sendiri ya*. Kalau tak ada sticker tu, silalah tanya SA yang ada kat situ. Jangan main ambil je, karang bila time membayar tetiba dapat tahu yang item tu takde diskaun, naye karang..Nak-nak bila kita ni bawa duit cukup-cukup makan aje..Mahu ada yang pinjam duit orang sebelah karang *haha gurau aje*
ni price tag yang wajib ada bagi setiap barangan kat Jusco
Tapi kan, selalunya barangan yang ada diskaun ni semuanya yang dah out season & takde saiz. Nak tak nak, kena beli juga yang normal price sebab berkenan punya pasal..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan