Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 3 Mac 2015

Resepi Kurma Ayam Menggunakan Periuk Noxxa

Assalamualaikum,

Lambat bersiaran hari ini. Semalam aku puasa, hari ini tak puasa tapi lemaunya mengalahkan hari berpuasa. Betullah kan apa yang dikata, sebenarnya apabila kita berpuasa badan kita akan jadi lebih produktif berbanding tak puasa. Nak buat macamana, kalau tak puasa kerjanya makan sahaja.

Semalam teringin nak makan nasi beriani, jadi masuk dapur korek-korek segala rempah terjumpa lah rempah beriani Faiza peket kecil. Beras basmathi yang en suami beli di Dubai TAHUN LEPAS pun masih ada lagi. Aku kapitalkan huruf tu sebab nak tunjuk betapa "rajinnya" aku memasak. Kalau tak kerana puasa, mana nak buat menu macam ni.

Tapi terima kasih juga kepada periuk Noxxa yang banyak memudahkan kerja memasak aku. Semalam buat kurma ayam pun guna periuk Noxxa dan masak nasi pun guna periuk Noxxa. Cepat dowh! 7 minit sahaja guna mod tekanan tinggi.

Bahan-bahan untuk kurma ayam :

- bawang besar & halia untuk menumis
- 1 mangkuk kecil rempah kurma Adabi dibancuh bersama air
- 1 mangkuk kecil santan
- 1 biji bawang holland dibelah 4
- 1 biji kentang (semalam kehabisan jadi tak masukkan)
- ayam (aku buat tak banyak pun, kalau seekor ayam rasanya kena tambah lagi santan dan rempah kurma tu)

Cara-cara :

- Tekan mod stir fry dan tumis bawang dan halia
- Masukkan rempah kurma dan kacau-kacau
- Masukkan ayam dan santan
- Masukkan juga bawang besar
- Tekan mod tekanan tinggi selama 7 minit.
- Siap untuk dihidangkan (kalau keras lagi tabah lagi selama 2/3 minit)

Mudah bukan? Selamat mencuba. Aku tahu akan ramai orang yang menggunakan periuk Noxxa jadi sekiranya mahu gunakan resepi atau gambar masakan ini, sila letak sumber link blog aku ya. Jangan main copy paste nak mudahkan kerja kita pastu nak jual barang cakap ini gambar kita yang buat. Salah cara tu. Sekian :)
-

1 ulasan:

shidasanmil berkata...

salam singgah...
mmg sng periuk ni..sy baru pakai pun teruja..huhu

Mudah ni..thanks share resepi..

Salam kenal sis..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^