Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Jumaat, 21 Mac 2014
Resepi Mudah Sayur Goreng Versi Mek Ila
Assalamualaikum,
Ini adalah entri yang telah dijadualkan (scheduled entry), mungkin saat ini aku sedang dalam perjalanan pulang ke kampung ataupun masih sedang berkemas-kemas. Kali ini aku balik dulu dengan menumpang kereta adik ipar aku. Insya Allah hari Rabu nanti en suami bakal pulang ke kampung juga. Jadi, kalau ternampak En. Hamdan keluar bersama wanita lain (yang kurus atau tidak mengandung) di sekitar Shah Alam tu, silalah buat laporan kepada aku ya :P
Oklah, jom lihat satu lagi resepi mudah sayur goreng versi aku. Jangan nak kutuk-kutuk cakap sayur goreng pun nak letak resepi ya! Percaya atau tak ada lagi manusia yang tak reti nak goreng sayur yang sedap macam aku buat ni :P Hihihi Jangan marah yaaaaa
Bahan-bahan :
- 3 ulas bawang putih
- 2 genggam ikan bilis yang telah dibuang isi perutnya (ke tulang eh?)
- 1 biji cili merah dipotong nipis (kalau nak pedas gantikan dengan cili padi)
- 1/2 kobis china (yang hijau) dipotong dan dibersihkan
- 2-3 batang sayur sawi dipotong-potong
- 1 batang lobak merah dipotong nipis membulat
- 1 biji kentang dikupas kulit dan dipotong dadu kecil-kecil (supaya mudah masak)
- 10 biji bebola sayur dibelah dua
- 1 sudu sos tiram (jika mahu)
- garam & gula secukup rasa
Cara-caranya :
- Tumbuk bawang putih bersama ikan bilis, kalau tak mahu tumbuk pun tak apa boleh tumis macam tu aje (tapi pastikan bawang putih tu dimayang dulu)
- Tumiskan bersama sedikit minyak, kemudian masukkan cili merah dan bebola sayur
- Apabila ikan bilis sudah keperangan, masukkan sayuran seperti kobis, lobak merah, sayur sawi dan ubi kentang
- Perisakan dengan sos tiram, garam & gula
- Tambahkan sedikit air supaya berkuah sedikit
- Siap untuk dihidangkan
Memang mudah kan? Anak-anak pun suka untuk memakannya, aku buat berkuah sedikit supaya boleh suapkan untuk Azzam sekali, tak payah dah nak buat bubur nasi sebab Azzam makan nasi yang dimasak lembik sedikit dari biasa (tapi selalunya nasi ni mudah basi jadi kena pandai simpankannya).
Oklah, hingga bertemu kembali. Nantikan resepi-resepi mudah dari aku ya:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
2 ulasan:
Sedapnya resepi ni...nak cuba la...terima kasih sudi berkongsi resepi...
walaupn simple bkn smua org tahu buat sayur goreng mcm ni kan. Tq share resepi
Catat Ulasan