Tuesday, March 10, 2015

Ragam Anak-Anak Permata Hati

Assalamualaikum,

Lamanya tak masukkan gambar anak-anak dalam blog ni. Sejak dah ada anak ramai ni bukan makin ligat nak bercerita tentang anak, tapi makin malaslah pula! Nak salahkan siapa tu? Sayangnya kan? Sudahlah mereka ni setiap hari membesar dengan cepat, tup-tup tengok dah meningkat remaja sudah. Dah tak boleh nak peluk cium macam mereka masih bayi lagi.

Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk aku sentiasa bersama dengan anak-anak setiap hari. Kadang-kadang selalu juga marahkan mereka di atas kepelbagaian perangai tu. Ada setengah ibu-ibu yang bekerja mengatakan beruntungnya kami surirumah yang tak bekerja ni, yelah hari-hari celik mata dapat peluk cium anak-anak. Tapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang perangai anak-anak ni boleh buat aku hilang sabar juga. Tapi setiapkali rasa nak marah, aku akan cuba bertenang dan fikirkan bahawa ini ujian Allah nak bagi pada surirumah macam kami ni. Yelah, tiada tekanan kerja tapi ada tekanan perasaan di rumah :P Lagipun sekarang dah ada Aini untuk membantu jadi memang kena bersyukur sangat-sangat sekurang-kurangnya dah tak penat macam dulu lagi.

Aaliyah sudah pun 8 bulan, sekarang dah cepat "merayap" atas lantai. Pelik betul anak-anak aku memang tak pandai merangkak. Takpe lah, janji membesar dengan sihat :)



Walaupun dah ada kakak Aini untuk jaga dia tapi naluri bayi mesti nak dengan mama dia juga. Jadi, Aini hanya akan pegang Aaliyah sewaktu aku "bekerja" sahaja dan selebihnya memang Aaliyah suka berada dengan aku. Tak kiralah walau hanya diletakkan di atas tilam dan aku akan berada di meja buat kerja. Nanti Aaliyah akan main dan "merayap" masuk bawah kerusi kerja aku ni. Jenuhlah nak ambil dia dan letakkan balik ke tempat asal. Selalunya Ashraf akan buat bantal sebagai tembok halangan. He he he Tapi hanya bertahan sekejap sahaja.


Bila Haziq dan Husna ke sekolah, tinggal Ashraf (ketua geng sepah rumah), Azzam (si pemanja) dan Aaliyah. Kesian sekarang ni Aaliyah selalu kena buli dengan abang-abang. Tunggu besar sikit lagi, siaplah Aaliyah pula buli mereka. Teringat haritu masa berkumpul di rumah abang ipar di Kuala Selangor, kakak kepada en suami bergurau dengan Ashraf yang mengatakan dia nak ambil Aaliyah bawa balik. Tahu Ashraf jawab apa? "Mana boleh, kalau nak baby pergilah hospital beli macam mama dengan papa buat" Ha ha ha Nak tergelak pun ada dengan jawapan Ashraf. Hadoi, pergi hospital bukan beli adik tapi papa yang kopak kena bayar bil hospital adalah!


Ini budak 2 orang kadang baik main shama shama tapi kadang bergaduh sampai tarik-tarik rambut. Memang pening dengan hubungan mereka tapi yang pasti mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Cuba bila bangun tidur seorang takde, mesti akan jenuh mencari seluruh rumah.


Ashraf memang seorang mulut bechok (banyak cakap) kalau bercakap benda yang berfaedah takpe, ini sukalah "mengarut" tapi kami suka aje layan kecuali bila dah terlampau banyak bercakap rasa nak suruh dia duduk diam juga. Aku selalu cakap kat dia yang dia ni terlebih susu sebab itu dia aktif, yelah mana taknya sehari tu berbotol-botol juga susu dia minum :) Mulut boleh tahan laser juga, ada sekali tu dia cakap "mama gemuk" bila ditanya balik kenapa cakap macam tu "yelah, mama kan kuat makan". Oh anak! sungguh berterus terang ya. Sebelum tidur, aku suka layan dia bercakap dan ada jugalah sesekali selitkan nasihat macam "nanti bila mama dah tua Ashraf kena jaga mama tau" "Ashraf kena basuh ber@k mama sebab masa kecil mama asyik basuh ber@k Ashraf je". Kadang-kadang dia jawab "ok" "bolehlaaa" dan kadang-kadang "eh mana boleh, nanti tangan Ashraf kena tah! mama" Oh anak, macam-macamlah perangai kamu ya


Azzam pula baru nak belajar bercakap. Kalau bercakap sampai senget-senget mulut tu. Dia selalu cakap "jam nnak mama" (Azzam anak mama) "shaf nnak papa" (Ashraf anak papa) "Yah nnak mok" (Aaliyah anak mok (mak en suami) Entah datang idea dari mana lah cakap Aaliyah anak mok tu. Nasib baik dia tak cakap anak Aini, kalau tak mahu mama melompat tahan marah!



Makin lama tenung makin nampak macam hero hindustan pula anak mama ni ya *siapa lagi nak puji jika bukan mama dia* Ni mama nak bagi nasihat sket, harap Haziq dapat bacakan untuk adik-adik semua :

Oklah, permata hati mama semua, moga membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berjaya dunia akhirat. Mama walaupun garang tahap "singa lapar" tapi dalam hati mama mesti mahukan anak-anak mama menjadi orang yang berjaya. Kena ingat, walau di mana kita berada kena jaga solat, jangan tunggu mama buat amukan dulu baru nak solat, kena jadikan papa sebagai "role model" tengok papa, penat kerja tapi masih ada masa untuk pergi solat jemaah di surau. Kenapa? Kerana untuk jadi orang yang baik kena buat macam tu, baru ALLAH sayang kita bila ALLAH sayang rezeki pun senang masuk. Sebab itu mama suruh anak-anak mama (terutamanya yang dah besar, kalau Ashraf Azzam tu takpe lah masih kecil) solat, baru ilmu senang nak masuk, bila ilmu mudah masuk sekali baca dah faham. Moga Haziq & Husna terang hati dapat belajar dan sedut ilmu dengan mudah. Dapat jawab soalan periksa nanti dengan senang. Faham tak Haziq? Jangan asyik tengok kartun sahaja :P

Harap-harap Haziq baca coretan aku ni sebab dia kan pembaca blog ini (sebenarnya lebih kepada nak tengok gambar dia je) HAHA

Oklah bye!

1 comment:

Riwana said...

hahahahah..klakarnye ank2 hang zaila..hihi..but mesti cute..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015