Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 11 Mac 2015

Mudahnya Buat Wedges Dengan Noxxa Pressure Cooker


Assalamualaikum,

Petang-petang macam ni jom masuk ke dapur sediakan minum petang untuk anak-anak. Buntu nak masak apa? Sila cuba buat wedges paling mudah abad ini atau dalam kata lain wedges paling pemalas bagi seorang ibu :P

Yang penting dimasak penuh kasih sayang gittew dan kosnya murah.

Bahan-bahan :

- 5 biji ubi kentang jenis Russet US dibelah seperti wedges KFC tu

- garam & serbuk kari
- serbuk keju Cheeza's (boleh dapatkannya di sini : (GEDUNG BARANGAN SUNNAH ONLINE)








Cara-cara :

- Gaulkan kentang dengan garam dan serbuk kari
- Panaskan beberapa titis minyak di dalam periuk Noxxa (guna mod fry)
- Masukkan kentang dan tutup selama beberapa minit (balik-balikkan)
- Siap untuk dihidangkan bersama sos keju Cheeza's

Yang penting anak-anak suka dan jimat. Boleh makan sebanyak mana yang suka tanpa perlu berebut lagi :)

Berminat untuk dapatkan periuk tekanan Noxxa? Boleh beli melalui aku kerana kita mempunyai geng kutu dan group Whats App sebagai tempat berkongsi resepi. Bye!

1 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Ada buat jugak haritu. Tapi pakai kuali biasa. Noxxa masih dalam kotak ☺

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^