Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 21 April 2015

Resepi Kuih Dorayaki Versi Mek La

Assalamualaikum,

Banyak hari juga tak sempat nak update blog, maklumlah minggu lepas internet slow sangat sampai membantutkan mood nak update resepi ini. Sebenarnya dah lama dah buat tapi macam biasalah aku kan suka tayang gambar hasil masakan di dalam facebook. Ramai pula yang minta resepi. Sebenarnya ini adalah resepi yang dikongsi dari teman maya kak Rahayu ABDR, sila Whats App lagi nak minta resepi.

Aku kongsikan di sini ya :

- 100gm tepung kek atau tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 60gm gula halus
- 2 sudu madu
- 2 biji telur
- 1/2 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu kecil esen vanilla

*Resepi ini aku gandakan kuantitinya kerana macam biasalah anak aku kan ramai jadi kena buat banyak. Esen vanilla aku tak bubuh sebab takde dan aku ada tambahkan sedikit susu sebab nak bagi cair sedikit.

Cara-cara :

Panaskan kuali "non stick" kemudian letaklah adunan tu dengan sudu, jangan buat besar sangat. Tunggu sampai naik dan balikkan.

Untuk isi kat dalam tu aku gunakan coklat masakan dipanaskan bersama susu pekat (secukup rasa) dan panaskan guna teknik "double boiler" ke apa namanya yang coklat dalam mangkuk dan mangkuk pula di dalam air panas. Maklumlah aku ni bukan reti sangat membuat kek jadi semua main belasah sahaja. Hehehe




Hasilnya memang anak-anak sukalah kan. Buat petang-petang memang kenyang sampai ke malam jugalah ya. Sebenarnya lebih menyamai "pancake" sahaja cuma bentuknya yang kecil dah macam dorayaki pula. Patutlah Doraemon suka sebab memang sedap. Kalau tak percaya silalah cuba buat. Kali kedua aku buat letak aje "peanut butter jem" kat dalam tu, letak masa panas-panas meleleh keluar. Waaahhh sedap ai tell you :)

Oklah, nnatikan resepi lain pula. Ada banyak nak cerita ni tapi sambung nantilah ya. Bye!

2 ulasan:

ummul azkee berkata...

hm..boleh cuba juga ni...mesti anak2 pun suka..

Azian Elias berkata...

Salam kenal..

pancake lah ye.. mmg sedap tu.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^