Wah sibuknya Mek La sejak dua menjak ni. Sejak dah join bisnes bertingkat-tingkat ni rasa tangan macam sotong. Alhamdulillah, ini bermakna rezeki makin mencurah-curah kan sampaikan nak update blog pun dah tak sempat. Lagipun, dah 2 hari puasa tu yang macam lemau sedikit nak menghadap "notebook" tapi demi pembaca (cewah!) ku gagahkan juga. Sebenarnya ada banyak nak cerita dan salah satunya adalah yang ini.
Alhamdulillah dah seminggu lebih aku join bengkel "I Can Teach MY Child" di bawah kelolaan Pn Ashikin Hashim iaitu pengetua (tapi sekarangs edang mengambil cuti tanpa gaji) Genius Aulad dan juga penulis buku "Ibu Bijak Anak Bahagia" (boleh cari buku ini di MPH / Popular). Kami kenal pun melalui Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dan sebenarnya Pn. Ashikin juga telah banyak menyumbangkan penulisanya di dalam laman Siraplimau.com. Sebenarnya aku ni memang tak ada masa nak menjadi seorang ibu yang "rajin" untuk mencari bahan-bahan untuk mengajar anak. Jika anak seorang dua mungkin boleh lagi tapi jika sudah 5 orang anak dan ada buat bisnes lagi, cara terbaik adalah mencari orang yang boleh mengajar atau memberikan sedikit dari kepakarannya kepada diriku yang malas ini. Hehe
Alhamdulillah, walaupun agak lambat mendaftar tetapi berjaya juga menyertai batch ke 3 I Can Teach My Child. Medium pembelajaran kami adalah melalui Whats App / Telegram. Setiap hari Pn Ashikin akan memberikan nota dan ada juga perbincangan dengan ahli group yang lain. Bab ni memang aku tak sempat sangat tapi nota tu aku akan pastikan aku salin dan simpan dalam memo di dalam telefon. Senang nak rujuk bila nak baca nanti :)
Yang penting budak Ashraf & Azzam yang comel ni memang kena belajar. Kalau tak, nanti big bos akan marahkan mama dia :)
Setakat ini aktiviti lebih kepada bercerita dan membaca (mama baca anak-anak ikut). Kadang-kadang aku akan melukis supaya Ashraf tak bosan. Faham-faham jelah anak lelaki, sekejap aje belajar lepas tu sibuk nak tengok TV dan main.
Tu tangan Azzam Haneef. Kalau conteng buku memang pandai!
Sebenarnya mama tiru aje dari buku-buku yang budak-budak ni baca. Nanti aku kongsikan buku-buku mereka ya. Bak kata Puan Ashikin, mengajar anak-anak kecil ni perlukan kesabaran dan jangan lupa untuk berikan kasih sayang dengan kaya sentuhan pada mereka. Buat ibubapa di luar sana, cuba fikir berapa kali kita sentuh anak-anak kita dalam sehari? Ini sebagai peringatan kepada diri aku juga ya. Walaupun Allah dan beri masa 24 jam untuk mereka, kadang-kadang aku sibuk juga dengan dunia aku sendiri. Sibuk dengan bisnes sibuk mengejar duit dan kadang-kadang sampai mereka tersisih. Tapi sebenarnya aku lakukan bisnes pun untuk mereka juga cuma azam aku tahun ini mahu seimbangakan juga antara keluarga dan bisnes (bukan bisnesbesar pun).
Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati untuk sertai bengkel ini. Group ini selama 6 bulan dan memang akan dikenakan bayaran. Untuk pertanyaan harga boleh tanya Puan Ashikin sendiri ya (sila tambah kenalan di facebook Ashikin Hashim). Banyak manfaat yang boleh kita ceduk dari Puan Ashikin memandangkan kepakaran beliau memang dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah iklan tidak berbayar ya. Sekadar perkongsian supaya lebih ramai ibubapa yang mengambil berat tentang perkembangan anak-anak mereka :)
Bagi yang mahu meletakkan iklan di blog ini, boleh hubungi aku di zailamohamad@gmail.com atau WA ke 012-970 6828. Sehingga bertemu lagi. Bye!
1 ulasan:
mcm bagus je...insyallah nk join juga
housewifearts.blogspot.com
Catat Ulasan