Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 6 April 2015

Seronok Belajar Make Up Bersama Yang Pakar

Assalamualaikum,

Lewat petang bersiaran, maklumlah surirumah juga ada "Monday Blues" ya. Semalam hampir seharian keluar menimba ilmu, satu pengalaman yang baru setelah 3 tahun aku berada di rumah tidak keluar bersosial. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk bertemu dengan insan-insan hebat yang mempunyai minat yang sama dengan aku. Terima kasih kepada Kak Gee kerana mengajak aku mengikuti kelas make-up ini. Ilmu yang dibayar hanya pada harga RM30 rupa-rupanya sungguh bernilai lebih dari nilai wang ringgit sahaja. Alhamdulillah, berpeluang belajar bersama-sama dengan kawan-kawan dan mereka yang pakar.

Oleh kerana kelas diadakan berhampiran dengan rumah aku (hanya 10 minit sahaja), aku beranikan diri mengeluarkan modal RM30 membayar untuk kehadiran di kelas ini. Niat di hati mahu menimba ilmu dan belajar cara-cara make up dengan betul walaupun hakikatnya kelas ini untuk pengguna barangan make up Artistry dari Amway. Terima kasih en suami yang senantiasa memberikan sokongan, pagi itu dia yang hantarkan aku ke kelas yang terletak di Kota Kemuning. Dalam hati berdebar-debar juga kerana ini pertama kali aku meninggalkan Aaliyah di dalam jagaan en suami dan Aini. Kebetulan isteri kepada abang en suami (biras aku lah kan) juga turut serta, maka anak bongsu Kak Mar juga diletakkan sekali dalam jagaan Aini.

Kelas bermula dalam pukul 10 pagi dan diajar oleh Puan Rukayah iaitu berpengalaman menjadi jurumekap artis dalam siri Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan pengguna setia Artistry sejak 30 tahun yang lalu. Beliau ada menceritakan secara ringkas bagaimana dia menggunakan produk tersebut dan setia bersama produk ini sehingga sekarang. Kini, Pn. Rukayah sudah memiliki Akademi Make Up sendiri di Melaka (ke Nilai eh? Lupa pula) dan Amway telah memberikannya kontrak untuk memberikan latihan kepada para pengguna produk make up Artistry ini.


Bayangkan aku pergi dengan melenggang kangkung kerana memang aku masih tidak tahu apa-apa mengenai produk ini. Alhamdulillah, selepas kelas banyak sangat maklumat yang diketahui dan ternyata kelas ini memang berbaloi untuk disertai!


Ini lah trainer iaitu Puan Rukayah. Jika melihatkan rupa paras Kak Yah (panggilan mesra) nampak macam dalam 40 an tapi rupa-rupanya sudah mencecah 50 an. Mak aih, gebunya tangan dan muka dia *meleleh ailio*


Ternyata kelas ini tidak membosankan. Kak Yah banyak mengajar teori tentang kulit, apa keperluan kulit, bagaimana kulit rosak, apa kaitan make up dengan kulit, apa make up yang sesuai mengikut kerjaya kita dan macam-macam lagi. Setiap topik diberikan penerangan secara terperinci dan rasional kenapa produk tersebut dipilih.


Close up sket muka Kak Yah. Haaa glemer youuuu merelip lip lap lip lap tudungnya. Ternyata pemakaian dan make up sesuai dengan personalitinya :)


Dalam kelas ini kami diajar juga memilih foundation mengikut kulit (samaada berminyak atau kering), diajar bagaimana memakai eye brow (pewarna mata) dengan cara yang betul dan banyak lagi tips make up yang selama ini aku telah salah guna tekniknya. HAHA Gambar di atas adalah anak Kak Yah yang dijadikan model untuk sesi pembelajaran. Jimat kos ya guna anak sendiri :P


Ok aku kongsikan sedikit mengenai jenis-jenis make up; ada untuk pandang jarak dekat & pandang jarak jauh. Selalunya bagi pandangan jarak dekat make upnya lebih nipis dan bercorak feminin. Terbahagi kepada 4 iaitu ladylike, nude, socialite dan klasik. Manakala make up untuk pandangan jarak jauh pula lebih glamour, tebal dan kebanyakannya untuk majlis tertentu. Ianya terbahagi kepada personal, shimmer (waktu malam), fantasy, trendy dan stage. Faham-faham jelah, kalau pengantin memang make up agak tebal agar memastikan orang yang berada dari jauh lagi dapat pastikan yang itu adalah pengantin bukannya tetamu biasa. Hehe

Kelas yang kami sertai ini adalah kelas untuk make up nipis iaitu pandang jarak dekat sahaja dan solekan lebih kepada untuk situasi harian seperti bekerja atau berada di rumah untuk suami ;)


Kami mengenakan make up jenis ladylike (nipis) sebab itu lah tak nampak dari pandangan jauh. HAHA Oh! Tahu tak pemilihan pewarna kening, pipi dan gincu juga dipilih melalui konsep make up, warna tudung atau pakaian si pemakai. Warna-warna pula terdiri dari cool, warm & natural. Wah! Banyak tau benda yang nak kongsikan tapi malas nak tulis. Pendek kata, kalau ada kelas advance yang dianjurkan di sini nanti aku pasti akan sertainya. Kelas advance ni belajar kepada teknik make up jarak jauh pula di mana akan diajar mengenai teknik shading atau face lifting. Fuuuhhhh, pasni boleh jadi make up retislah nyah oi :P *berangan ajo*

Gambar di atas tu sebelah kanan aku adalah Kak Mar (biras aku), jangan main-main dah ada menantu tu ya. Awet muda lah sangat biras-biras aku ni. Nak tahu rahsianya? Sila PM / WA ke 012-970 6828 untuk pertanyaan. HAHA :)


Akhir sekali sesi bergambar untuk mereka yang menyertai kelas ini. Semuanya wanita muslimah sahaja ya jadi memang bebas kalau nak buka tudung untuk belajar. Dalam gambar di atas jangan tak tahu ada terdiri dari ustazah, doktor gigi, guru, pensyarah, surirumah (aku lah tew) dan ada juga mak datin ya. Semuanya berkongsikan satu matlamat sahaja iaitu ingin menimba ilmu daripada yang pakar. Alhamdulillah, lepas ini bolehlah aku sertai lagi kelas-kelas di sini memandangkan ianya dekat sahaja dengan rumah aku. Dah minta izin siap-siap dah dengan en suami supaya beri peluang kepada isterinya bersosial dan menambah ilmu dan pendapatan juga :)

Insya Allah nanti aku akan kongsikan lagi kelas seterusnya. Bagus sangat untuk tambah ilmu dan secara tak langsung membuka mata hati kepada kebaikan produk Amway ini. Aku sekarang tergerak hati selepas menggunakan periuk Noxxa. Memang mudah sangat-sangatlah hidup ini apabila menggunakannya :)

Oklah, terima kasih kerana membacanya. Nanti aku akan kongsikan lagi kebaikan produk dan cara-cara untuk memulakan make up ya. Tungguuuuuuuuuu. Itupun kalau rajin. keh keh :)

2 ulasan:

Cikgu Jamaruziana berkata...

Jangan lupa juga, produk Artistry sudah diuji oleh dermatologist dan pakar mata. Sangat halus, tidak akan menyumbatkan liang roma. Peace :-)

OKje berkata...

Menariknya.....okje pun suka jugak bab mekap ni, suka tengok org bermekap ler, nak mekap sendiri tak pandai.....
Mmg syok sesekali dpt terlepas kandangkan Zai hihi

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^