Thursday, October 1, 2015

Hadiah Harijadi


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tahun ini genap 3 tahun aku memasuki era 3 series ;) Maksudnya sudah 33 tahun daahlaaaaa. Sekejap aje masa berlalu, dulu rasa macam masih muda lagi tapi sekarang ini ramai dah yang panggil aku "makcik". Uhuk uhuk sesuai sangat dengan keadaan diri yang selekeh ni *tutup muka*

Terima kasih buat kawan-kawan, adik beradik mahupun kenalan alam maya di facebook, blog atau instagram yang mengucapkan ucapan. Terharu juga apabila diri diingati:) Terima kasih pada facebook kerana menyediakan perkhidmatan notifikasi harijadi, sebab itu ramai yang ingat birthday aku. Ha ha ha :P

Apabila usia makin menginjak ni, tiada apa yang dapat membahagiakan diri aku melainkan diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas di muka bumi ini. Dah memang menjadi tradisi kami tak pernah sambut harijadi dan memang setiap tahun pun tiada hadiah mahupun kek harijadi untuk sambut majlis aku ni. Kalau ada pun dulu-dulu waktu bekerja, sekarang ni buat kek sendiri lah guna Noxxa (tapi tak sedap macam kek Secret Recipe ler). Tahun ini kebetulan dapat hadiah sebuah kereta Axia daripada en suami. Sebenarnya bukan hadiah pun, malah pakej sebagai supir anak-anak juga. Agak lama juga aku menanti kedatangan kereta ini tapi nak dijadikan cerita, kereta ini datang selepas harijadi aku pada 18hb September yang lepas. Apalagi terus "claim" sebagai hadiah padahalllllllllllll!!

Apa-apa pun syukur selalu. Semoga dengan kehadiran kereta baru ini dapat melancarkan urusan bisnes aku yang tak seberapa ni. Hari ini dah mulakan tugas menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah. Senang juga apabila ada kereta ni, nak ke mana-mana selesaikan tugasan pun mudah. Macam hari ini aku berjaya ke pejabat pos untuk membaharui lesen memandu ;) Esok pula nak selesaikan urusan bisnes sikit. Nampak gaya makin sibuklah Mekla ya *koyal*

Doakan semoga aku diberikan usia yang diberkati ya. Sambung lain kali pula, tata :)

2 comments:

nadiah hanum said...

Hb zaila...semoga segala impian akan menjadi kenyataan.

lia ummiirfan said...

Selamat Hari Lahir Zaila! Cantik hadiah harijadimu.. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015