Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan

Khamis, 1 Oktober 2015
Hadiah Harijadi
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, tahun ini genap 3 tahun aku memasuki era 3 series ;) Maksudnya sudah 33 tahun daahlaaaaa. Sekejap aje masa berlalu, dulu rasa macam masih muda lagi tapi sekarang ini ramai dah yang panggil aku "makcik". Uhuk uhuk sesuai sangat dengan keadaan diri yang selekeh ni *tutup muka*
Terima kasih buat kawan-kawan, adik beradik mahupun kenalan alam maya di facebook, blog atau instagram yang mengucapkan ucapan. Terharu juga apabila diri diingati:) Terima kasih pada facebook kerana menyediakan perkhidmatan notifikasi harijadi, sebab itu ramai yang ingat birthday aku. Ha ha ha :P
Apabila usia makin menginjak ni, tiada apa yang dapat membahagiakan diri aku melainkan diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas di muka bumi ini. Dah memang menjadi tradisi kami tak pernah sambut harijadi dan memang setiap tahun pun tiada hadiah mahupun kek harijadi untuk sambut majlis aku ni. Kalau ada pun dulu-dulu waktu bekerja, sekarang ni buat kek sendiri lah guna Noxxa (tapi tak sedap macam kek Secret Recipe ler). Tahun ini kebetulan dapat hadiah sebuah kereta Axia daripada en suami. Sebenarnya bukan hadiah pun, malah pakej sebagai supir anak-anak juga. Agak lama juga aku menanti kedatangan kereta ini tapi nak dijadikan cerita, kereta ini datang selepas harijadi aku pada 18hb September yang lepas. Apalagi terus "claim" sebagai hadiah padahalllllllllllll!!
Apa-apa pun syukur selalu. Semoga dengan kehadiran kereta baru ini dapat melancarkan urusan bisnes aku yang tak seberapa ni. Hari ini dah mulakan tugas menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah. Senang juga apabila ada kereta ni, nak ke mana-mana selesaikan tugasan pun mudah. Macam hari ini aku berjaya ke pejabat pos untuk membaharui lesen memandu ;) Esok pula nak selesaikan urusan bisnes sikit. Nampak gaya makin sibuklah Mekla ya *koyal*
Doakan semoga aku diberikan usia yang diberkati ya. Sambung lain kali pula, tata :)
Selasa, 18 Mac 2014
Sambutan Majlis Harijadi Ashraf Hariz
Assalamualaikum,
Kembali bersiaran lagi selepas berhujung minggu. Alhamdulillah Sabtu yang lepas kami berpeluang sambut harijadi Ashraf Hariz yang ketiga (atau ikut tahun ke 4 lah kan). Syukur sangat-sangat sebab berpeluang menyambutnya secara kecil-kecilan bersama ahli keluarga belah en suami juga. Petang Sabtu tu walaupun jadual yang agak penuh, keluar dari awal pagi lagi untuk membeli tempahan barangan harijadi, pergi ke Putrajaya untuk menghadiri majlis perkahwinan staf satu pejabat dengan en suami kemudian patah balik ke Shah Alam untuk ambil kek harijadi Ashraf.
Fuuuh, petang tu berkejar pula ke Kuala Selangor untuk satu lagi perjumpaan adik-beradik belah en suami untuk membincangkan majlis kenduri perkahwinan adik ipar aku pada cuti sekolah hujung bulan ni. Kemudian yang bongsu pula nak bertunang pada bulan 6. Memang bertuahlah mak mertua sekali dapat 2 orang menantu lelaki pada tahun ini :)
Kali ini aku saja je buat tema Ben 10 memandangkan ada set alat tulis Ben 10 yang lebihan jualan di rumah. Jadi bolehlah bagi dekat anak-anak buah sorang satu set. Kek harijadi pula ditaja oleh salahs eorang pelajar aku yang mengambil tempahan membuat kek di Shah Alam. Ini maklumatnya :
Nama : Are-t Homemade Cookies
Alamat Blog : Atie Homemade Cookies
Alamat fanpage : www.facebook.com/arethomemadecookies
Boleh singgah jenguk apa yang menarik. Kek yang aku tempah ni butter cake with strawberry layer. Hamboi kemain namanya! Sedap juga sebab rasa strawberi yang masam-masam. Bolehlah usha fanpage nya ok :)
Majlis bermula selepas Maghrib. Ramai juga yang datang; ada Kak Ni sekeluarga datang jauh dari Karak, abang Yi dari Puchong, Kak Yah dari Jalan Duta, Jamal sekeluarga dari Puchong dan adik-adik ipar aku. Tuan rumah pula sediakan banyak makanan. Menu kami malam tu adalah laksa Klate lah, lepas tu ada pot-luck juga, Kak Yah bawa pulut kuning dan rendang ayam, aku bawa buah-buah je =P
Acara dimulakan dengan bacaan doa dari abang ipar aku yang merupakan seorang ustaz. Terima kasih buat semua pakcik-pakcik makcik-makcik yang mengaminkan doa. Semoga Ashraf dan anak-anak yang lain membesar menjadi anak-anak yang soleh kebanggaan kami dunia akhirat.
Malam itu juga sambutan harijadi sepupu Ashraf yang lahir seminggu sebelum Ashraf. Sebab itulah ada 2 biji kek :)
Ashraf sibuk tengok kek sepupunya tu. Hihihi Masa majlis ni berlangsung hujan turun di buli Kuala Selangor. Alhamdulillah, Allah dengar rayuan hamba-hambanya. Malah, dua tiga hari ni cuaca memang sekejap panas dan sekejap mendung. Yang penting, jerebu sudah makin beransur hilang. Alhamdulillah.
Ashraf Hariz sengih je bila mama nak ambil gambar. Perangai hero dia makin menjadi-jadi sekarang ni tapi yang paling best melayan dia bercakaplah. Kalau nak habiskan satu perenggan ayat tu boleh dua tiga kali dok ulang perkataan yang sama. Pastu suka sangat salahkan orang lain walaupun tahu itu salah dia. Contohnya kalau dia tumpahkan air, dia tak akan mengaku tapi dia boleh cakap "Ajam yang buat" Padahal adiknya masih tidur dalam bilik lagi masa tu. Memang kelakarlah nak melayan mulut dia ni tapi saat macam ni sekejap sahaja sebab lepas ni Ashraf akan makin membesar bagai juara!
Oklah, bagi yang mahu mengadakan majlis sambutan harijadi anak, mungkin boleh like fanpage : Barangan Parti Harijadi di mana ada pelbagai jenis barangan set alat tulis yang sesuai dijadikan hadiah dalam goody bag majlis nnati. Ini adalah contoh set alat tulis yang aku jual :
Untuk tempahan hubungi aku melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/ What app / Viber : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
Bye!

Abang dan kakak Husna yang paling teruja sebenarnya untuk tiup lilin tu

Jumaat, 20 September 2013
Sambut Hari Tua Sang Suri Di Secret Recipe
Assalamualaikum,
Rabu yang lepas (18/09/2013) sudah genap 13 tahun eh! (sila terbalikkan nombornya) aku dilahirkan di dunia ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah Alhamdulillah terima kasih Allah di atas nikmat usia yang diberikan. Malam sebelum itu merasa seharian demam kerana bengkak susu, penangan makan durian terlampau banyak. Rasakan!, semakin usia bertambah semakin banyaklah pula sakitnya. Jadi kenalah sentiasa bersyukur dan menghargai setiap nikmat kesihatan yang Allah berikan. Azam baru sempena bulan kelahiran mahu lebih berdisiplin dalam makan & minum; mahu teruskan amalan pemakanan sunnah dan juga mahu makan vitamin tambahan.
Terima kasih juga buat yang mengingati dan memberikan ucapan harijadi buat aku. Terharu rasa hati, di facebook, whats app, sms, email. Terima kasih tak terhingga di atas ingatan. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki dan juga umur yang panjang juga buat kalian semua. Ikatan silaturrahim ini semuanya terjalin kerana Allah atas kehendakNya, semoga semakin bertaut erat walaupun kita sudah berbeza pegangan :) (Pegangan tu bukan maksudnya agama ya cuma mungkin ada kawan-kawan yang bekerja sedangkan aku tidak bekerja, ada kawan yang tidak berniaga sedangkan aku suka berniaga)
Ucapan paling berharga sudah pasti dari en suami dan keluarga. Macam biasalah, mesti minta kek dengan en suami. Bila sebut sahaja kek, sudah pasti terbayang kek Secret Recipe yang memang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Jadinya malam itu en suami bawa kami makan di Secret Recipe Giant Kemuning Utama. Harijadi mak tapi anak-anak yang terlebih suka!
Abang sulung Haziq sudah tercabut giginya pada hari Selasa yang lepas. Masa tu tengah goncang-goncangkan gigi terus tercabut. Alhamdulillah tak keluar darah yang banyak pun. Sekarang Haziq dah macam gangster!
Si nakal Ashaff pun nak makan tet (kek). Ya Allah memanglah budak Ashraf ni antara penyumbang darah mama naik. Setiap hari suka sangat buat adik baby. Mulut pun bukan main "lebat" bercakap, suka sangat mengadu domba dekat papa kalau abang dan kakaknya tak mahu bermain dengannya.
Pan Grill Dory With Lobster Sauce (RM18.50). Sayur tu memang tak segar, sampaikan warna pun dah berubah
Spaghetti meatball kesukaan Haziq (RM16.50) agak banyak juga sampai boleh makan kongsi dengan Husna dan Ashraf
Fried Rice Satay (RM15.50) pilihan en suami (patutlah makin lama seluar makin mengecil ya bang?)
Alhamdulillah kenyang juga walau makan dalam keadaan biasa (kelam kabut melayan anak-anak). Terima kasih en suami kerana melayankan anak tekak mengada seorang isteri.
Terima kasih pada semua yang memberi ucapan dan ingatan buat diri. Sayang semua. Doakan moga diri ini makin bertambah baik selaras dengan bertambahnya usia. Mohon Allah sentiasa tunjukkan jalan yang benar dan lurus dalam perjuangan hidup ini.
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html
Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah
Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Kek baldu merah (RM10.00/sepotong)
Rasa kek red velvet di sini rasanya macam kurang "kick" berbanding yang red velvet yang aku tempah melalui adik kawan aku dulu. Boleh rujuk iklan ini :
Abang sulung Haziq sudah tercabut giginya pada hari Selasa yang lepas. Masa tu tengah goncang-goncangkan gigi terus tercabut. Alhamdulillah tak keluar darah yang banyak pun. Sekarang Haziq dah macam gangster!
Si manis Husna memang suka makan kek:)
Si nakal Ashaff pun nak makan tet (kek). Ya Allah memanglah budak Ashraf ni antara penyumbang darah mama naik. Setiap hari suka sangat buat adik baby. Mulut pun bukan main "lebat" bercakap, suka sangat mengadu domba dekat papa kalau abang dan kakaknya tak mahu bermain dengannya.
Yang ni pula bibik eh! majikan ketiga aku selepas Allah & Rasulullah :)
Nak ceritalah sikit tentang Secret Recipe sekarang ini, rasanya dah lama aku dan keluarga tak keluar makan di sini. Kalau ada pun hanya singgah beli kek sahaja. Hari tu, memandangkan semua masih belum makan lagi, kami makan malam di situ. Apa yang boleh ditulis di sini, aku agak kecewa lah sedikit dengan "presentation" makanan dan layanan di sini. Pekerja ada dua tiga orang berdiri kat bahagian kaunter tapi nak tunggu hantar makanan agak lama juga. Sudahlah diminta pinggan kosong tunggu lama baru dapat, sampaikan aku yang pergi ambil sendiri. Isy isy isy rasa macam tak patut dan tak padan dengan harga yang dikenakan.
Hari itu juga kami makan bertemankan lalat. Memang rasa cukup terganggu di situ. Bayangkan satu tangan nak makan satu tangan nak halau lalat. Harap-harap lepas ini Secret Recipe akan lebih menjaga tahap kebersihan premis mereka kerana mana-mana Restoran Secret Recipe yang aku pernah pergi pun kesemuanya ada lalat *garu kepala* Agaknya lalat suka berada di tempat yang manis-manis (kot) Hanya andaian semata-mata. Ke sebab tak ramai manusia yang masuk jadinya ada haiwan yang bernama lalat pula yang masuk? Sekadar gurauan ya!
Pan Grill Dory With Lobster Sauce (RM18.50). Sayur tu memang tak segar, sampaikan warna pun dah berubah
Spaghetti meatball kesukaan Haziq (RM16.50) agak banyak juga sampai boleh makan kongsi dengan Husna dan Ashraf
Fried Rice Satay (RM15.50) pilihan en suami (patutlah makin lama seluar makin mengecil ya bang?)
Alhamdulillah kenyang juga walau makan dalam keadaan biasa (kelam kabut melayan anak-anak). Terima kasih en suami kerana melayankan anak tekak mengada seorang isteri.
Terima kasih pada semua yang memberi ucapan dan ingatan buat diri. Sayang semua. Doakan moga diri ini makin bertambah baik selaras dengan bertambahnya usia. Mohon Allah sentiasa tunjukkan jalan yang benar dan lurus dalam perjuangan hidup ini.
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html
Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah
Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad
Sabtu, 16 Mac 2013
Happy 2nd Birthday Ashraf Hariz!!
Assalamualaikum,
Hari ni 16/3, genaplah umur Ashraf Hariz 2 tahun..Alhamdulillah, Ashraf memang membesar bagaikan juara..perghh memang panjang akal anak mama yang ni; dialah si pengkoyak wall paper mama, dia lah sipengutis cat dekat tangga, dia lah sipenconteng dinding, dia lah sipencetus huru-hara dalam rumah ni T___T"
Tapi tak kisahlah, janji Ashraf membesar dengan sihat & jadilah anak yang soleh & kebanggaan keluarga satu hari nanti. Mama sentiasa doakan kamu duhai anak:)
Well since papa pon tak balik lagi, hari ni kita sambut birthday dengan layan Domino's Pizza jelah ya, nanti papa balik kita paw makan sedap-sedap ok:))

We love you Ashraf Hariz..muah muah!!
Khamis, 1 November 2012
Tips Merancang Majlis Harijadi Anak Anda
Assalamualaikum,
Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips sebelum merancang sebuah majlis harijadi. Aku rasa hampir semua ibubapa zaman sekarang akan sambut majlis harijadi anak mereka; tak kiralah buat besar-besaran atau kecil-kecilan, yang pasti budak-budak zaman sekarang memang bertuah! Seawal setahun dah dapat rasa kek, kalau aku dulu..apa itu kek? lepat pisang? ke pisang lenyek? hehe
Ok sebelum mengadakan majlis, perkara-perkara yang harus difikirkan adalah :
1) Budget : Berapa yang sanggup dihabiskan untuk menganjurkan sebuah majlis bergantung kepada tahap kewangan ibubapa. Pada yang berkemampuan sudah pasti akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menempah party planner supaya majlis berjalan dengan lancar. Tapi pada yang kurang berkemampuan, bolehlah dibuat sekadar yang mampu. Selalunya budget bergantung di antara RM300 hingga mencecah ribuan ringgit.
2) Tema Majlis : Tetapkan tema seperti watak kartun kegemaran anak, warna kegemaran, binatang atau apa sahaja tema yang menarik. Pentingnya ada tema supaya dapat menyediakan aktiviti, makanan, goodies, kek mengikut tema yang telah dipilih:) Contohnya haritu aku memilih tema Angry Bird untuk sambutan harijadi Ashraf Hariz yang pertama. Boleh baca entri ini (Happy Birthday Ashraf Hariz)
3) Tempat Majlis : Selalunya ibubapa memilih untuk dilakukan di kediaman masing-masing tapi pada yang berkemampuan pasti akan menyewa lokasi yang lebih selesa (sekiranya tetamu ramai) seperti di kelab golf / pusat aktiviti kanak-kanak / restoran makanan segera. Yang pasti pemilihan lokasi yang selesa sangat penting kerana kebanyakan tetamu adalah kanak-kanak ribena yang aktif bergerak & sudah pasti memerlukan ruang yang besar untuk bergerak!
4) Menu : Selalunya menu yang dipilih adalah seperti nasi goreng cina, bihun goreng, pasta atau makanan kegemaran kanak-kanak. Pemilihan makanan sudah semestinya lebih kepada makanan yang manis-manis, warna menarik sesuai sangat untuk kanak-kanak yang riang!
5) Aktiviti : Untuk mengelakkan kanak-kanak cepat bosan, harus diadakan aktiviti yang boleh menarik minat mereka supaya memberikan tumpuan kepada aktiviti tersebut. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah sesi mewarna, membuat/menghias muffin, persembahan boneka atau persembahan silap mata!
Oklah, rasanya itu sahaja yang terlintas dalam kepala otak aku ni. Tujuan aku berkongsi tips ini tak lain tak bukan, of courselah nak promote bisnes aku kan:P
Di MKS party solution, aku ada menjual pelnagai barangan untuk menyerikan majlis harijadi anak-anak korang. Antara barangan yang ada adalah;
Pelbagai jenis belon watak animasi kesukaan anak-anak anda!
frame gambar animasi seperti Angry Bird, Ben 10
topeng muka bertemakan watak kartun
topi bertemakan watak kartun
belon harijadi
Happy Birthday banner
Happy Birthday plate
Princess / animated cartoon party plate
Sebenarnya ada banyak lagi seperti Angry Bird stationery pack, Angry Bird birthday party pack, Ben 10 party pack & macam-macam lagi. Pada yang berminat untuk mengetahui harga, bolehlah PM aku di zailamohamad@yahoo.com atau sms terus ke 012-3228651
Tolong minta quotation sebulan sebelum majlis ya sebab aku memang ambil stok during weekend je & kadang-kadang ambil masa nak pos barang (al maklumler sekarang ni takde transport lagi) so minta jasa baik korang merancang sebelum melakukan pembelian supaya barang akan sampai ngam-ngam sebelum majlis yaaaa..Kadang-kadang pos laju pon buat hal, dah takde dah pos laju, jadi pos lembabs namanya:P
Pembelian borong amatlah digalakkan!! (20pcs ke atas untuk mendapatkan harga borong)
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
Rabu, 19 September 2012
Signature Dish : Nasi Kerabu Mampukah Bersaing Dalam Masterchef Musim Kedua
Assalamu'alaikum,
Waaah tajuk..bikin gempaks! Tapi korang tahu ke apa maksud signature dish tu?? Tak tahu kan?? Ok bak kata pak Wikipedia ;-
Saje je nak kaitkan signature dish ni dengan aku..mesti menu nasi kerabu akan menjadi pilihan aku everytime buat "makan-makan". Kisahnya haritu masa Isnin cuti hari Malaysia haritu, adalah buat makan-makan untuk ahli keluarga & kawan-kawan terdekat sket..Mostly adik beradik en suami yang ada sekitar KL & Selangor ni datang berkumpul nak makan nasi kerabu hasil sentuhan MIL aku..Memang signature dish MIL terbaik untuk kami:) Tambah pula haritu adik ipar aku nak makan laksam..Memang complete pakejlah! Terbaeeeeekkkkk..
ini pon menjadi kesukaan kami ; kuih tradisi si butir nangka! ada yang panggil butir dughian..hahaha Tak tahu rasanya?? lebih kurang macam makan badak berendam tapi rasanya butir nangka ni yang jauh laaaaaaaaaaagi sedap!
biaserlah bila dah berkumpul adik beradik, rumah penuh dengan kanak-kanak ribena, bersepah sana sini tapi kegembiraan di muka anak-anak..tidak ternilai!
kek birthday *ehem*ehem* yang ke *ehem*ehem* kek RVC yang ditempah khas dengan @zarinbarin (Maryambytes) Memang highly recommended! sedap & kena dengan citarasa kami ni..
By the way, pada yang wish birthday aku semalam (18/09/2012)..terima kasih sangat-sangat di atas ingatan anda..Walaupon takde hadiah, cukuplah kalau dapat mendoakan kebahagiaan aku anak beranak di dunia sampai akhirat..thanks ya! Love uolss ketat-ketat:)
Waaah tajuk..bikin gempaks! Tapi korang tahu ke apa maksud signature dish tu?? Tak tahu kan?? Ok bak kata pak Wikipedia ;-
A signature dish is a recipe that identifies an individual chef.
Ideally it should be unique and allow an informed gastronome to name
the chef in a blind tasting. It can be thought of as the culinary
equivalent of an artist finding their own style, or an author finding
their own voice. In practice a chef's signature dish often changes with
time or they may claim several signature dishes.
Saje je nak kaitkan signature dish ni dengan aku..mesti menu nasi kerabu akan menjadi pilihan aku everytime buat "makan-makan". Kisahnya haritu masa Isnin cuti hari Malaysia haritu, adalah buat makan-makan untuk ahli keluarga & kawan-kawan terdekat sket..Mostly adik beradik en suami yang ada sekitar KL & Selangor ni datang berkumpul nak makan nasi kerabu hasil sentuhan MIL aku..Memang signature dish MIL terbaik untuk kami:) Tambah pula haritu adik ipar aku nak makan laksam..Memang complete pakejlah! Terbaeeeeekkkkk..
batch pertama : nasi kerabu diraja (sebab warna kuning) dah siaaaaaaappppp!!!
biaserlah bila dah berkumpul adik beradik, rumah penuh dengan kanak-kanak ribena, bersepah sana sini tapi kegembiraan di muka anak-anak..tidak ternilai!
kek birthday *ehem*ehem* yang ke *ehem*ehem* kek RVC yang ditempah khas dengan @zarinbarin (Maryambytes) Memang highly recommended! sedap & kena dengan citarasa kami ni..
By the way, pada yang wish birthday aku semalam (18/09/2012)..terima kasih sangat-sangat di atas ingatan anda..Walaupon takde hadiah, cukuplah kalau dapat mendoakan kebahagiaan aku anak beranak di dunia sampai akhirat..thanks ya! Love uolss ketat-ketat:)
Rabu, 11 April 2012
Belon Watak Kartun Untuk Majis Harijadi
Assalamu'alaikum,
Iklan sat untuk blog wwwmkspartysoution;
Anak-anak zaman sekarang memang bertuah..nak-nak kalau dapat mak bapak yang suka sambut birthday anak ikut tema watak kartun kesukaan anak-anak..Bukan nak kata terlalu manjakan anak, tapi sebenarnya memang syok sesekali buat majlis macam tu:)
Agaknya mungkin masa zaman kita dulu-dulu tak pernah merasa sambut majlis bertema segala kan..so sekarang ni mak pak yang hover menyambutnya..bermula dari dekorasi sampailah ke kek, sampailah ke party goodies semua nak bertema:)
Kat sini aku ada jual belon watak kartun macam Ben10, Boboboi, Upin Ipin, Angry Bird, Doraemon, Hello Kitty, the Smurf, Princess & macam-macam lagi..Belon ni bolehlah dijadikan sebagai dekorasi / diberikan pada kanak-kanak yang datang..konpemlah diorang bertambah suka:)
Thanks pada customer aku Akmar Binti Jamal dari Kemaman, Terengganu yang order 30pcs belon Boboboi untuk majlis harijadi bertemakan Boboboi..Kusss semangat aku sebabnya majlisnya harini (11/04/2012) & aku pos hari Isnin lepas..seb baik semalam dia sms sempat terima..kalau tak..mahu harubiru juga aku..So pada parents di luar sana, make sure booking sebulan sebelum majlis yaaaaa..Sebabnya aku takut barang yang aku pos tu sampai selepas majlis..nanges korang nanti T___T" POS MALAYSIA ni bukan boleh percaya sangat..dahler kos pos makin lama makin naik harga..huhuhu *surcaj bahan api makin naik katenya*
Pada yang stay area Klang Valley aku boleh COD tapi biarlah yang total pembelian RM150 ke atas..barulah berbaloi kan..ni aku pernah terkena sekali dengan pelanggan yang minta nak COD area SACC Mall untuk bei belon RM15..huhuhu tolak modal, tolak duit minyak, tolak tol..macam takde dapat apa-apa melainkan penat sahaja T___T"
Eh tersentap pula pelanggan yang membaca ni kan?? Hehehehe so sorry..bukan nak salahkan customer tapi nak salahkan diri sendiri yang tak berapa nak cerdik dalam buat perhitungan..hehehe Takpe, kita belajar dari kesilapan so sebab itulah aku dah tak nak ambil COD melainkan total pembelianRM150 ke atas:) Barulah win-win situation kan:)
Eh! Panjang pula aku membebel ya..plan asal nak jual belon tapi terluahkan perasaan dilema seorang peniaga online:P
Oklah, ni contoh belon Ben10 & Upin yang sekarang ada dalam stok..Kalau nak watak kartun yang lain, aku boleh carikan DENGAN SYARAT sebulan lagi awal..Jangan nak pakai esok harini baru nak tanyakan stok..konpem-konpem aku takde stok:P
Belon ni saiz besar & siap dengan pemegang..Harga aku jual adalah RM2.50 satu tapi kalau nak harga borong kenalah beli dalam kuantiti 20 keping ke atas yaaaaaaa..Boleh tanya kat email untuk harga borong:)
PM me now!
email : zailamohamad@yahoo.com
Phone : 0123228651
Website : mkspartysolution.blogspot.com

Khamis, 22 Mac 2012
Setahun Sudah!
Assalamu'alaikum,
Masih lagi berkisahkan Ashraf..Alhamdulillah 16/03 yang lepas sudah genap setahun anak bongsu aku:) Sabtu lepas ada buat small celebration for him..Thanks pada kawan-kawan yang sudi datang memeriahkan majlis:)
Haritu nak g inject yang setahun tapi doktor tak nak bagi sebab dia masih batuk & selsema..Berat pon dah turun sedikit; dah 7.8kg..Makan pon kurang dah..asyik nak main aje..Memang aktif tapi masih boleh dikawal lagi..hehehe Kalau masuk toilet konferm sengih memanjang sebab ingat mama nak mandikan dia..Dah pandai explore tangga sampai ke atas so memang mama tak boleh tinggalkan dia sorang diri..Abang Haziq & Kakak Husna pon tak boleh harap sangat dah..Nak-nak kalau diorang tengah syok layan kartun, konferm dibiarkan adik merayap merata T____T
Rambut panjang sampai ramai yang ingat dia ni pompuan..huhuhu
semangat sungguh haku buat deko-deko dekat kerusi Ashraf masa nak sambut birthday haritu..Saja print out siap-siap then gunting & tampal kat kerusi..Haziq & Husna rajin tolong mama juga:)
Nanti Ashraf nak "terbang" bersama abang & kakak ke suatu tempat nanti..Kat mana?? rahsia lah dulu:P

Rambut pocak kata HUsna..
dengan mainan yang untie Nana kasi masa birthday dia..Thanks Untie Nana!
semangat sungguh haku buat deko-deko dekat kerusi Ashraf masa nak sambut birthday haritu..Saja print out siap-siap then gunting & tampal kat kerusi..Haziq & Husna rajin tolong mama juga:)
Nanti Ashraf nak "terbang" bersama abang & kakak ke suatu tempat nanti..Kat mana?? rahsia lah dulu:P
pada yang wish Ashraf haritu..terima kasih banyak-banyak..aku pon doakan semoga Ashraf Hariz akan sentiasa sihat, membesar menjadi anak yang soleh & mendengar kata mama & papa:)
Rabu, 21 Mac 2012
Wordless Wednesday~happy birthday ASHRAF HARIZ!
Malas nak bercerita..enjoy the pictures!
Thanks pada yang sudi datang memeriahkan majlis! Pada yang berminat untuk mendapatkan quotation set birthday party Angry Bird / belon helium / apa jua tema party anak anda, bolehlah contact Zaila di 012-3228651 atau email terus ke zailamohamad@yahoo.com
Bye!
Langgan:
Catatan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^