Wednesday, October 28, 2015

Resepi Puding Roti Mudah

Assalamualaikum,

Masa cuti sempena jerebu tempoh hari memang aku rajin buat puding roti ni. Orang putih kata "bread butter pudding". Memang senang aje resepi yang aku nak kongsikan ni janji cukup bahan semua boleh buat.

Bahan-bahan :

- 6 keping roti putih dicarik-carikkan susun dalam loyang. Aku guna Noxxa PC jadinya terus susun roti dalam tu aje
- 1 tin susu cair (tapi aku gunakan susu segar) *
- 2 biji telur *
- 1/2 cawan gula (kalau tak nak manis sila kurangkan) *
- 1 sudu kecil esen vanila *
- mentega potong kecil-kecil
- Kismis untuk hiasan

Cara-cara :

- Kisarkan bahan yang bertanda * di dalam mesin pengisar
- Tuang terus ke dalam loyang dan biarkan sehingga roti serap cecair
- Selepas itu taburkan kismis, mentega dan aku masukkan juga Nutella, letak secara rawak tak payah nak pening kepala nak bagi cantik tersusun ke apa ;)
- Tutup periuk Noxxa dan steam selama 20 minit.


Apabila dah siap boleh potong dan makan dengan kuah kastard. Bahan-bahan untuk kuah kastard adalah susu cair 1 tin dan air separuh tin, gula 2 sudu, 1 sudu kecil esen vanila dan 1 sudu besar tepung kastard. Kacau atas api perlahan dan jangan bagi hangus.


Selamat mencuba. Senang sangat nak masak dengan menggunakan periuk Noxxa sebab tak payah nak keluarkan alat perkukusan yang berlapis-lapis tu. Tak sampai setengah jam dah boleh makan dan dapur pun tak bersepah mana. Satu pembelian yang tak pernah merugikan.

Silalah cuba ya :) Ada sebarang pertanyaan, jangan malu untuk Whats App aku di 012-970 6828. Tq

1 comment:

Rizziela said...

sedapnya..saya dah byk kali cuba..x menjadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015