Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 11 Januari 2016

Promosi Set Berpantang Buat Ibu Hamil Datang Lagi

Assalamualaikum,

Rabu yang lepas aku ke SALAM Specialist untuk temujanji dengan Dr. Siti. Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke 33 kandungan anak ke 6 aku ni. Rasa kejap aje masa berlalu dan rasa tak sabar juga untuk menunggu saat melahirkan (walaupun dalam hati berdebar-dear dan stress memanjang dek kerana kepenatan). Mohon jasa baik kawan-kawan semua doakan semoga dipermudahkan segala urusan bersalin dan berpantang ini ya. Seperti biasa, aku selesa dengan "sentuhan" dari Dr Siti dan memang bercadang mahu bersalin di sini. Terkejut juga apabila pakej bersalin sudah naik harga tapi redha aje lah sebab memang sudah tidak mahu cari alternatif yang lain.

Nanti aku buat entri khas untuk harga pakej bersalin di SALAM Specialist ya. Sementara itu nak war-warkan promosi BONUS Ebook Panduan 44 hari Pantang Tradisional & Moden jika membeli set berpantang Tropical Herbs melalui aku. Boleh WA ke 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan harga ya.
Dulu waktu aku mengandungkan anak sulung, tak banyak sumber untuk bertanya dan mendapatkan ilmu berpantang. Tambahan pula mak aku sudah lewat usia dan tidak ada sangat pengalaman berpantang. Jadi, waktu pantang memang aku sangat tertekan. Tambahan pula waktu tu Haziq disahkan ada kuning (jaundice) dan en suami pula terpaksa tinggalkan aku berpantang di kampung di bawah jagaan mak. Memang banyak juga kenangan pahit dan ini membuatkan aku cukup tak suka untuk berpantang di kampung. Sejak anak ke dua hingga ke lima aku memang selesa berpantang sendiri di bawah jagaan en suami dan mak mertua (jika berkesempatan memang mak mertua akan datang) kerana lebih selesa jika berada di rumah sendiri. He he he

Yang penting, kita juga harus membuat persediaan lebih awal bukan setakat dari segi fizikal malah mental juga. Kesemua anak-anak aku memang disahkan ada kuning (jaundice) kecuali Husna sahaja yang tidak kena. Yang lain-lain memang ada lah dan Aaliyah pula prolong jaundice lagi. Pendek kata jika tiada sokongan moral dari suami dan rakan-rakan sudah tentu aku akan stress seorang diri tapi syukur semuanya dipermudahkan olehNYA.

Mekla kalau membebel memang panjang kan? Oklah dipendekkan cerita inilah set bersalin yang menjadi pilihan Mekla pula selepas ini. Banyak review mengatakan set ini sudah lama berada di pasaran dan rata-rata memang akan cari produk ini setiapkali selepas bersalin. Tapi terpulang pada individu lah kan. Pada yang sedang mencari, boleh WA Mekla untuk urusan pertanyaan dan pembelian.


Yang penting semuanya lengkap untuk keperluan ibu dan bayi. Tak payah pening-pening nak fikir lagi apa yang perlu dibeli atau dipakai atau dimakan. Semua sudah tersedia ;)


Testimoni dari salah seorang kawan Mekla yang mengatakan set ini bagus sebab ada mandian herba untuk ibu dalam pantang. Maklumlah kalau berpantang sendiri atau di bandar ni mana nak cari daun-daun yang direbus buat mandian tu kan? Jadi, elok sangatlah sebab sudah ada semuanya dalam pakej ini. Tinggal nak rebus dan guna aje ;)

Cepat-cepat sesiapa yang nak bersalin dan masih belum beli set berpantang boleh WA Mekla di 012-970 6828. Bye!

1 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

Lama aku x singgah sini
Tau2 mu nak bersalin dah
Smg selamat hdknya

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^