Tuesday, January 5, 2016

Hari Persekolahan 2016

Assalamualaikum,

Sudah memasuki hari kedua persekolahan bagi tahun 2016 dah pun. Alhamdulillah, setakat ini anak-anak sudah mula kembali dan masih dalam trek. Hari pertama punyalah mama kalut sampai nak terlupa nak ambil gambar anak-anak di sekolah T____T"

Sedih kan?

Setiap ibu mesti nak abadikan gambar kenangan anak-anak pada hari pertama ke sekolah. Setakat ini Haziq & Husna sudah biasa ke sekolah, aku hanya hantar dan ambil di tempat biasa aku ambil. Yang pertama kali masuk tadika adalah si cilik Ashraf Hariz. Hari pertama dapat tahu adalah mengamuk sikit sebab aku tinggalkan dia. Hari kedua (hari ini) awal-awal pun jenuh juga memujuk untuk dia masuk ke kelas. Macam-macam alasanlah dia bagi ; tak nak mama tinggalkan dia, mama ambil lambat, tak nak sekolahlah. Herm, sebagai ibu kena buat hati kering sedikit. Aku terus tinggalkan dia tapi lepas tu Whats App pada cikgu tanya keadaan Ashraf. Alhamdulillah sekejap aje mengamuknya kemudian sudah boleh beraktiviti. Biasalah awal-awal ni dia nak sesuaikan diri dengan keadaan baru. Nampak budak-budak lain menangis mulalah dia pun nak menangis sama tapi yang kelakarnya bila cikgu tanya betul ke Ashraf sedih tadi boleh dia jawab "Ashraf pura-pura je". Adoilah anak-anakku sayam ;)



Gambar-gambar kat atas ni bukan aku yang ambil tapi cikgu dan kawan aku yang kebetulan anaknya satu sekolah dengan Husna.

Semoga mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Aamin. Kawan-kawan pula bagaimana dengan anak-anak?

Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015