Monday, February 1, 2016

Resepi Makaroni Bakar

Assalamualaikum,

Bersiaran lagi pada hari pertama bulan Februari 2016. Semoga bulan ini menjanjikan "ong" buat kita semua :) Bersempena dengan Tahun Baru Cina lah kan. Oklah, nak kongsi gambar makaroni bakar yang aku buat Jumaat lepas, jangan tak percaya semuanya dibuat sendiri termasuk makaroni juga. Sudah tentulah dengan menggunakan bantuan Noxxa Noodle Maker.

Puas hati sebab sedap (ha ha ha siapa lagi nak puji masakan sendiri kan). Ok aku kongsikan resepi bagaimana untuk membuat makaroni dengan menggunakan mesin Noxxa Noodle Maker ini.


Bahan-bahan :

- 2 cawan tepung gandum (pastikan guna cawan sukatan NNM dan aku gunakan tepung gandum protin tinggi jenama Faiza)
- 1 sudu garam & 1 sudu serbuk kunyit
- 140ml air + 1 sudu minyak (campuran mesti genap 140ml dan pastikan guna acuan cecair yang dibekalkan dengan setiap m=pembelian NNM juga)

Cara-cara :

- Masukkan tepung dan tekan butang START. Kemudian perlahan-lahan masukkan cecair sehingga habis.
- Apabila pasta telah keluar, pastikan potong dengan pisau. Nak panjang mana, tak kisah cuma oleh kerana pasta ni buat sendiri jadi ukuran pun jangan harap nak sama macam buatan kilang ya :)


Hasilnya untuk 2 cawan tepung. Sekali makan untuk keluarga besar kami. Kalau rajin boleh buat lagi tapi Mekla malas nak tunggu. Jadinya terus panaskan air dan celur dalam air panas sekejap.


Memang memudahkan kerja Mekla mesin NNM ni, yang penting tak perlu lagi beli pasta di pasaraya. Semua buat sendiri aje dan yang penting tiada bahan pengawet dan selamat untuk dimakan.


Anak-anak selalu jadi tukang pasang dan penunggu setia, apabila pasta keluar terus mereka potongkan. Dapur pun tak bersepah mana. Yang penting lepas siap tu cepat-cepat basuh dan keringkan.

Bahan-bahan untuk makaroni :

- 1 labu bawang besar Holland (dadu)
- 1/2 peket daging kisar (goreng dahulu dengan sedikit minyak sampai kering)
- 1 tin tomato puri (sederhana besar)
- 1 tin cendawan butang (dadu)
- 1/2 biji lada benggala hijau & merah
- 1/2 biji lobak merah (dadu)
- 3 sudu sos cili
- 3 sudu sos tomato
- 2 sudu mixed herbs
- makaroni yang dah siap dicelur
- minyak untuk menumis
- 3 biji telur
- 1 mangkuk susu segar
- Keju mozarella secukupnya
- Garam & Gula

- Cara-caranya :

- Panaskan minyak, masukkan bawang tumis sampai kekuningan.
- Masukkan daging kisar, tomato puri
- Masukkan cendawan butang, lobak merah, lada benggala dan segala sos dan mixed herbs. Masukkan makaroni dan kacau sehingga sayur layu. Tambah gula garam ikut kesesuaian
- Masukkan ke dalam dulang pembakar, pukul telur bersama susu segar dan curah kedalam dulang pembakar. Taburkan keju mozarella.
- Bakar suhu dalam suhu 200 darjah (aku terhangit sebab bakar suhu lebih 200 sebab nak cepat) api atas bawah selama 30 minit atau lebih bergantung kepada keadaan.


Dah siap tu makan bersama sos cili. Wallah sedapnya. Kalau makaroni buat sendiri ni rasanya kenyal-kenyal sedikit dan yang pasti anak-anak akan kenyang lah bila makan makaroni bakar ni :)

Anak-anak aku memang suka masakan macam ni, kalau takde nasi pun mereka tak kisah sangat. Kalau anak-anak uols jenis makan nasi, mungkin boleh sediakan menu ni pada waktu minum petang.

Selamat mencuba!

1 comment:

lia ummiirfan said...

wow! menarik tips yang dikongsikan. boleh cuba nanti. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015