Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Noxxa Noodle Maker. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Noxxa Noodle Maker. Papar semua catatan

Selasa, 4 April 2017

6 Cara Maksimumkan Penggunaan Noxxa Noodle Maker

Assalamualaikum,

Antara gadget yang WAJIB ada di dapur uols adalah Noxxa Noodle Maker. Jika sudah dapatkan Noxxa Pressure Cooker, apa kata cuba dapatkan pula gadget best yang mempunyai pelbagai fungsi ini. Antaranya boleh membuat mee kuning, makaroni, pasta fettucini, bihun halus, muruku dan kuih tat nenas gulung atau semperit. Elok sangat kalau beli sebelum puasa sebab bolehlah buat sendiri aje kuih raya nanti :)

Apabila kita membeli Noxxa Noodle Maker ini, uols akan dapat 6 jenis acuan mata untuk hasilkan pelbagai jenis mee dan pasta. Buku resepi juga disertakan sekali. Kos penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia. Bagus kan?

Acuan 1 : Boleh buat mee kuning. Kalau resepi mee kuning aku selalunya guna tepung gandum Faiza, serbuk kunyit, garam, minyak dan air sahaja.

Acuan 2 : Boleh buat muruku, kalau tak mahu pening kepala, hanya beli sahaja tepung muruku segera di pasaraya dan masukkan dalam  mesin :)

Acuan 3 : Boleh buat fettucini atau kue teow juga. Hanya google sahaja resepinya sebab ramai yang dah berjaya buat sendiri pun di rumah.

Acuan 4 : Boleh buat kuih raya sendiri dah, tat nenas gulung atau semperit. Sambil-sambil buat dengan anak-anak pun boleh.

Acuan 5 : Boleh buat bihun halus atau putu mayam

Acuan 6 : Boleh buat makaroni sendiri.

Mudah bukan?


Sumber gambar : daripada group Whats App


Sumber gambar : Group Whats App


Anak-anak aku memang suka tolong apabila mama mereka buat mee. Nak tolong potongkan mee. Kalau Aaliah buat, habis dia potong pendek-pendek T_____T"
Tapi tak mengapa lah sebab hasilnya selepas dicelur dengan air panas tetap sedap juga


Ini pinjam gambar kawan Mekla yang buat tat nenas untuk makan-makan sendiri. Kalau nak jual macam tak layak lagi sebab rupanya yang tak lawa tu. Kah kah kah


Ini pula mee goreng versi Mekla. Sedap weh makan dengan perahan limau nipis, makan masa panas-panas. Kompem menambah!

Kalau berminat untuk beli atau join kutu cepat Whats App Mekla di 012-970 6828. Demo dan group sokongan dalam Whats App juga diberikan apabila membeli dengan Mekla.

Selasa, 20 Disember 2016

Resepi Meatball Ala-Ala Ikea

Assalamualaikum,

Selalunya Mekla suka mencuba resepi yang kawan-kawan kongsikan dalam group Whats App atau di facebook tapi tengok atas kerajinan dan bahan-bahan yang ada di rumah. Tempohari melintas satu iklan kedai jual bebola daging Ikea berdekatan dengan rumah, Mekla terus pergi cari dan beli tapi faham-fahamlah bila anak-anak ramai ni beli banyak pun tak cukup T_____T"

Jadi terpaksa lah Mekla merajinkan diri untuk membuat bebola meatball tu. Mula-mula waktu tengah semangat nak buat, daging cincang tak ada, yang ada hanya daging burger Ramly 3 keping sahaja. Bolehlah kan sebab Mekla pernah tengok rancangan masakan; ada chef bagitahu kalau nak buat bebola daging sedap kalau guna daging cincang yang ada lemak sikit.


Resepi pertama meatball ala Ikea :

- 3 keping daging burger lembu jenama Ramly
- 5 sudu tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk cukup rasa (tak nak masukkan pun tak mengapa)
- 1 sudu teh mixed herbs
- 1 biji telur

Cara-cara :

- Pecah-pecahkan daging burger dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian pecahkan telur dan gaul semua bahan. Bulat-bulatkan daging menjadi bebola. Kalau tak nak bagi melekat letakkan tepung di tangan. Selepas siap masukkan ke dalam freezer untuk sejukkan.


Bila nak makan tu bolehlah goreng atas kuali Tefal dulu sebelum dihumban ke dalam kuah bolognaise. Nyum nyummm sedap :) Anak-anak Mekla suka je

Resepi Mekla ni ringkas aje, pernah juga terjumpa resepi kawan-kawan yang gunakan serbuk roti menggantikan tepung gandum tu, mana-mana pun boleh ya. Atas selera masing-masing. Resepi kedua Mekla gunakan daging segar. Gigih kisar gunakan mesin pengisar sebab malas nak beli daging kisar kat kedai. Alhamdulillah, anak-anak suka. Husna pun rajin nak menggentel bebola ni, ada macam-macam saiz lah bila anak-anak buat. Yang besar tahi hidung pun ada! Ha ha ha


Kalau sekali buat memang sekejap aje tahan sebab masing-masing sibuklah nak makan. Itu dah bahagi-bahagikan seorang dapat berapa, pun masih tak cukup. Hermmmm, anak-anak Mekla memanglah kuat makan dan hampir semua makanan diorang makan. Kadang-kadang penat juga sebab asyik masak aje kerja Mekla setiap hari T____T"

Oklah, ni nak bagi laluan pada iklan pula :


Jom beli Noxxa Noodle Maker, nak buat mee kuning ke kue teow ke pasta seperti makaroni, fettucini ke semua boleh. Nak buat muruku, tat nenas gulung, semperit pun boleh. Jom nak beli tunai atau kutu boleh aje :) Whats App 012-970 6828 sekarang ya. Bye!

Jumaat, 21 Oktober 2016

Jom Buat Mee Sendiri, Halal Lagi Bersih

Assalamualaikum,

Alamak, mana perginya mojo untuk menulis blog balik ni. He he Ya ampun, banyak gambar yang tersimpan dalam memori (selalunya banyak letak dalam facebook, akaun Instagram Mekla sudah tidak aktif dah) tapi nak pindah masuk ke sini punyalah bercinta (malas) tapi haritu Mekla ada alasan Berukbeng Maxis Mekla rosak, sekarang dah takde (nanti cerita lain entri) ha ha ha banyaknya nak cerita ya, kita tengok aje lah nanti ;)

Tapi entri ini wajib cerita sebab Mekla nak kongsikan keterujaan membuat mee kuning sendiri. Ceh! Padahal sebenarnya dah genap setahun beli mesin buat mee jenama Noxxa ni tapi faham-fahamlah, lepas bersalinkan Arman memang tak sempat nak buat mee segala, sekarang ni rasanya macam lega sikit sebab Arman pun dah besar :) Sekali buat kita pastikan dapat simpan untuk kegunaan esoknya.


Mesin mee Noxxa sekarang baru aje ada stok, jadi bagi sesiapa yang berminat untuk membeli atau mengetahui harga boleh Whats App Mekla di 012-970 6828. Bagi seorang surirumah anak ramai, aku rasa berbaloilah untuk beli mesin mee ni sebabnya boleh buat mee, pasta, muruku, kue teow, laksa dan biskut raya tau. Tapi setakat ini Mekla baru belajar buat mee dan laksa aje, yang lain-lain tu resepi semua dah ada cuma tahap kemalasan nak mencuba tu je yang masih tinggi :)

Bukan apa, sekarang ni kalau pergi kedai runcit rasa macam geram juga bila belek-belek plastik mee atau kue teow tu semuanya dikilangkan oleh bangsa CINA. Eh bukan rasis tapi sebagai orang Islam sudah tentu kita nak pastikan kebersihan dan kehalalan produk. Kalau ada jenama bumiputera silakan beli tapi kalau takde jom pakat beli Noxxa Noodle Maker dengan Mekla tau :)

Kalau tak mampu nak beli secara tunai, jangan risau kita buat kutu-kutuan juga.

Nak guna pun senang aje sebab mesin ni automatik tau. Ikut sahaja resepi sukatan yang diberikan, tekan-tekan dan insya Allah menjadi. Haziq, Husna dan Ashraf memang dah pandai guna mesin ni cuma aku kena pastikan bila tepung dah semakin habis tu kena lah tunggu kat sebelah mesin ni (sebab nak kena selalu tekan mesin).

Oklah nak tayang hasilnya :-


Buat mee ladna

Bahan-bahan untuk kuah :-

- 4 ulas bawang putih dikupas kulit kemudian diketuk
- 2 biji cili pai merah diketuk
- 5 helai daun limau (tak pasti resepi sebenar masukkan ke tak tapi Mekla suka je masukkan)
- isi ayam, udang dan sotong
- sos tiram dan sos cili secukup rasa
- serbuk lada sulah
- sayur kailan dipotong (asingkan batang dan daun)
- tepung jagung dan air untuk pekatkan kuah
- Mee kuning yang telah dibasuh dan ditoskan

Cara-caranya :

- Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta cili padi dan daun limau
- Kemudian masukkan isi ayam, udang dan sotong
- Masukkan serbuk lada sulah, sos tiram dan sos cili secukup rasa. Agak-agaklah kan, lada sulah tu pedas jadi jangan tuang sebotol pula. Kalau dah masukkan sos tiram banyak tak payah tambah garam sebab sos tiram kan dah masin.
- Tambah air kalau nak kuah banyak
- Masukkan mee dan masukkan batang sayur kailan diikuti dengan daunnya.
- Untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung.

Memang sedaplah!


Ini keesokan harinya buat mee goreng daging. Resepi paling senang dan rasanya aku pun sekarang malas nak masak macam-macam. Buat menu macam ni pun anak-anak suka cuma daging sedikit liat sebab aku tak rebus guna Noxxa Pressure Cooker dulu (kesnya malas jangan tanya kenapa malas)
Sayur letak daun bawang aje sebab malas nak letak macam-macam sayur sebab akhirnya anak-anak tak makan pun T___T"


Sebenarnya niat awal nak makan dengan kuah mee bandung ni. Kebetulan ada jemaah surau yang sedekah kuah. Jadi Mekla hanya sediakan mee, telur dan sayur sawi sahaja. Alhamdulillah kenyang dan yang bestnya mee dia tak keras macam kita beli kat kedai tu. Yang penting takde bahan pengawet kerana Mekla hanya gunakan tepung high protin jenama Faiza (sudah semestinya halal), garam bukit, serbuk kunyit untuk warna dan air serta minyak jagung. Itu sahaja, takde sebarang bahan pewarna atau perisa tiruan, nak makan banyak pun selamat uolssss

Oklah, nanti Mekla rajinkan diri update cerita lain pula. Banyak sangat entri dalam kepala otak ni tapi memang masa sangat-sangat cemburu. Maklumlah dulu anak tak ramai sekarang berduyun macam nurseri dah bunyi rumah kami :)

Kalau berminat untuk beli mesin mee ni jangan malu WA 012-970 6828 tau. Iklan sket :


Pada sesiapa yang ingin jaga kesihatan kulit (eh kulit pun mahu nutrien juga tau) boleh dapatkan set mandian dan penjagaan tubuh badan yang terdiri dari produk semulajadi seperti minyak biji labu yang kaya dengan antioksidan untuk membantu menentang radikal bebas dan tekanan persekitaran, mentega shea untuk kelembapan kulit dan madu bunga oren. Macam biasa WA 012-970 6828. Sesuai sangat bagi mereka yang ada masalah kulit kering dan mahu kekalkan kelembapan kulit.

Selasa, 23 Februari 2016

Mudahnya Buat Pasta Fettucini Dengan Noxxa Noodle Maker

Assalamualaikum,

Bertemu kembali dalam siri masakan home made food bersama Mekla. Ceh! Poyo je bunyinya :P
Kisah kejadian di petang Sabtu yang lepas bila dah lama sangat tak makan pasta (kes tertengok acik Nancy Fuller dari siri Farmhouse Rules buat pasta untuk cucu-cucunya) jadinya terus keluarkan mesin pasta Noxxa Noodle Maker. Eh memang dah ada atas kaunter kabinet pun sebab tahu memang mudah untuk digunakan. Sukat bahan-bahannya iaitu tepung gandum, garam dan serbuk kunyit (untuk bagi warna kuning) dan air serta sedikit minyak. Ada orang gunakan telur tapi Mekla guna minyak sayuran dalam satu sudu jewwww

Masukkan bahan-bahan dan tekan butang start dan biarkan aje mesin tu yang buat kerja. Sambil-sambil tu kita siapkan kuah bolognaise. Oh ya! Mekla gunakan acuan pasta yang besar sedikit jadi pasta yang keluar tu ada rupa fettucini lah ya.

Bahan-bahan untuk kuah bolognaise :

- Daging kisar Ramly (Mekla guna sepeket yang ada 2 keping tu, basuh dan goreng dulu)
- Bawang putih + bawang besar Holland dadukan
- 1 tin tomato puri jenama Kimballs saiz besar (sebab nak kuah banyak)
- Sos cili secukup rasa
- 1/2 tin cendawan butang (potong halus)
- 1 biji lobak merah dadukan
- 1 biji tomato buang isi tengah dan dadukan
- sedikit mixed herbs
- Minyak untuk menumis
- Keju mozarella (yang ni pilihan nak guna mana-mana jenis keju pun, sebab kat rumah ada keju mozarella je)

Cara-cara nak buat :

- Tumiskan bawang sampai kekuningan kemudian masukkan daging kisar yang telah digoreng. Kacau-kacau sekejap. Masukkan mixed herbs, garam bukit (takde boleh guna garam biasa), tomato puri dan 1 1/2 tin air (guna tin tomato puri tu). Masukkan sos cili ikut suka, tambah gula sedikit kalau nak bagi rasa manis-manis kalau tak sila abaikan.

Masukkan lobak merah, tomato dan cendawan butang dan tunggu hingga mendidih.


Puas hati bila buat sendiri. Kuah yang masak tu sebenarnya banyak. Jadi aku simpan satu bekas dalam peti sejuk beku sebagai bekalan di "hari-hari malas memasak atau nak cepat makan".


Oh ya, fettucini yang dah siap tu sila celur dalam air mendidih (letak sikit minyak zaitun atau minyak sayuran) supaya tak melekat. Inilah rupanya bila dah siap dicelur. Memang putus-putuslah sedikit sebab nama lagi home made kan :)


Waktu ni mesin Noxxa Noodle Maker sahaja yang buat kerja. Senang bangatlah ada mesin ni. Tekan suis aje mesin akan adun dan extrude (keluarkan) sendiri. Tak payah nak gelek ke nak gunting ke. Tunggu aje sampai habis adunan dalam mesin tu. Sesekali kalau mesin berbunyi Ashraf tukang tekan butang "extrude" sampailah siap. Anak-anak memang boleh libatkan diri dalam aktiviti memasak pasta ni :)

Pada yang bertanya (selalu juga dapat soalan melalui SMS dan panggilan), mesin ni untuk kapasiti kegunaan rumah aje, bukan untuk penghasilan kilang ya. Kalau setakat nak guna dua atau tiga kali secara tanpa henti boleh je tapi kalau nak hasilkan berguni-guni produk dalam satu masa memang tak lah kan. Mesin ini sesuai bagi ibu-ibu moden yang sukakan makanan buatan sendiri (home made food is always the best) sebab tengoklah bahan-bahan yang aku gunakan tadi pun mana ada bahan pengawet untuk bagi tahan lama. Lagipun cara penggunaan mesin juga adalah mudah dan setiap pembelian akan didatangkan dengan 6 jenis acuan pasta yang berbeza. Jangan tak tahu nak buat tat nenas gulung pun boleh tau!

Jomlah sesiapa yang berminat boleh Whats App aku di 012-970 6828 untuk pertanyaan harga. Kalau nak beli nak hadiahkan buat isteri ke nak bagi mak ke atau nak main kutu ke dipersilakan. Harga aku jual adalah harga pasaran, tapi kalau nak harga kasih sayang jangan lupa bodek sket. HA HA HA *gurau je*

Sehingga bertemu lagi. Bimbingan demo dan menggunakan secara dalam talian juga disediakan. Penghantaran percuma seluruh MALAYSIA :)

Isnin, 1 Februari 2016

Resepi Makaroni Bakar

Assalamualaikum,

Bersiaran lagi pada hari pertama bulan Februari 2016. Semoga bulan ini menjanjikan "ong" buat kita semua :) Bersempena dengan Tahun Baru Cina lah kan. Oklah, nak kongsi gambar makaroni bakar yang aku buat Jumaat lepas, jangan tak percaya semuanya dibuat sendiri termasuk makaroni juga. Sudah tentulah dengan menggunakan bantuan Noxxa Noodle Maker.

Puas hati sebab sedap (ha ha ha siapa lagi nak puji masakan sendiri kan). Ok aku kongsikan resepi bagaimana untuk membuat makaroni dengan menggunakan mesin Noxxa Noodle Maker ini.


Bahan-bahan :

- 2 cawan tepung gandum (pastikan guna cawan sukatan NNM dan aku gunakan tepung gandum protin tinggi jenama Faiza)
- 1 sudu garam & 1 sudu serbuk kunyit
- 140ml air + 1 sudu minyak (campuran mesti genap 140ml dan pastikan guna acuan cecair yang dibekalkan dengan setiap m=pembelian NNM juga)

Cara-cara :

- Masukkan tepung dan tekan butang START. Kemudian perlahan-lahan masukkan cecair sehingga habis.
- Apabila pasta telah keluar, pastikan potong dengan pisau. Nak panjang mana, tak kisah cuma oleh kerana pasta ni buat sendiri jadi ukuran pun jangan harap nak sama macam buatan kilang ya :)


Hasilnya untuk 2 cawan tepung. Sekali makan untuk keluarga besar kami. Kalau rajin boleh buat lagi tapi Mekla malas nak tunggu. Jadinya terus panaskan air dan celur dalam air panas sekejap.


Memang memudahkan kerja Mekla mesin NNM ni, yang penting tak perlu lagi beli pasta di pasaraya. Semua buat sendiri aje dan yang penting tiada bahan pengawet dan selamat untuk dimakan.


Anak-anak selalu jadi tukang pasang dan penunggu setia, apabila pasta keluar terus mereka potongkan. Dapur pun tak bersepah mana. Yang penting lepas siap tu cepat-cepat basuh dan keringkan.

Bahan-bahan untuk makaroni :

- 1 labu bawang besar Holland (dadu)
- 1/2 peket daging kisar (goreng dahulu dengan sedikit minyak sampai kering)
- 1 tin tomato puri (sederhana besar)
- 1 tin cendawan butang (dadu)
- 1/2 biji lada benggala hijau & merah
- 1/2 biji lobak merah (dadu)
- 3 sudu sos cili
- 3 sudu sos tomato
- 2 sudu mixed herbs
- makaroni yang dah siap dicelur
- minyak untuk menumis
- 3 biji telur
- 1 mangkuk susu segar
- Keju mozarella secukupnya
- Garam & Gula

- Cara-caranya :

- Panaskan minyak, masukkan bawang tumis sampai kekuningan.
- Masukkan daging kisar, tomato puri
- Masukkan cendawan butang, lobak merah, lada benggala dan segala sos dan mixed herbs. Masukkan makaroni dan kacau sehingga sayur layu. Tambah gula garam ikut kesesuaian
- Masukkan ke dalam dulang pembakar, pukul telur bersama susu segar dan curah kedalam dulang pembakar. Taburkan keju mozarella.
- Bakar suhu dalam suhu 200 darjah (aku terhangit sebab bakar suhu lebih 200 sebab nak cepat) api atas bawah selama 30 minit atau lebih bergantung kepada keadaan.


Dah siap tu makan bersama sos cili. Wallah sedapnya. Kalau makaroni buat sendiri ni rasanya kenyal-kenyal sedikit dan yang pasti anak-anak akan kenyang lah bila makan makaroni bakar ni :)

Anak-anak aku memang suka masakan macam ni, kalau takde nasi pun mereka tak kisah sangat. Kalau anak-anak uols jenis makan nasi, mungkin boleh sediakan menu ni pada waktu minum petang.

Selamat mencuba!

Selasa, 26 Januari 2016

Mudahnya Buat Tat Nenas Gulung

Assalamualaikum,

Sebenarnya sudah lama kawan alam maya merangkap pelanggan Mekla kirimkan gambar hasil beliau membuat tat nenas gulung menggunakan Noxxa Noodle Maker. Jangan tak tahu, dengan menggunakan salah satu acuan yang diberikan (sebenarnya ada 6 semuanya) kita boleh sediakan biskut semperit dan tat nenas gulung sendiri. Untung sangat bagi mereka yang sangat suka makan biskut tradisi macam ni. Kalau rumah aku memang anak-anak tak berapa gemar (mungkin kerana aku yang tak pernah bagi makan sebab tak nak rumah bersepah) tapi mungkin sebelum raya ni boleh cuba buat sendiri untuk jimatkan kos membeli biskut raya. He he he


Semalam pun ada seorang pelanggan aku yang tinggal di Jakarta tapi merupakan rakyat Malaysia juga ada membeli mesin membuat mee ni, katanya mudah nak makan mee kuning sebab makanan di tempat orang ni dia rasa macam was-was sket nak beli.


Jangan risau, kalau beli mesin mee melalui Mekla insya Allah bimbingan bagaimana untuk menggunakannya akan disertakan sekali. Kalau nak minta lihat demo pun boleh :) Mesin ini sesuai untuk kegunaan rumah sahaja (maksudnya bukan untuk kegunaan berat untuk pengeluaran besar-besaran) tapi kalau sekali buat tu bolehlah buat banyak-banyak dan jual pada kawan-kawan terdekat. Bukan apa, sekarang ini ramai yang mencari mee buatan sendiri (home-made) sebab nak elakkan dari bahan pengawet dan asid borik yang diletakkan di dalam mee yang dijual di kedai tu (supaya tahan lama). Patutlah ramai yang tak boleh makan mee kat kedai sebab nanti akan migrain atau berangin satu badan.

Setiap pembelian memang akan diberikan acuan untuk sukatan tepung & cecair. Kemudian ada 6 jenis acuan untuk rupa mee yang berbeza. Ada juga diberikan jarum penyucuk sekiranya mee tersumbat untuk keluar melalui lubangnya dan juga berus untuk tujuan pembersihan. Memang mudah sangat nak pasang dan guna. Hanya ikut sahaja resepi dan bimbingan yang diberikan. Macamana? Berminat tak? Bolehlah Whats App aku untuk urusan pembelian. Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia tau :)

Whats App Mekla di 012-970 6828

Hingga bertemu lagi. Bye!

Rabu, 9 Disember 2015

Jom Berniaga Gaya Jutawan Senyap!


Gambar : Antara produk yang boleh dihasilkan secara home industry

Assalamualaikum,

Semalam masa tengah kemas meja terjumpa majalah Anis keluaran Mac 2014 yang aku beli di sekolah anak-anak. Tengok tajuk muka depan "Hendak Jadi Jutawan Perlu Berniaga" kata Dato' Dr. Haji Rusly Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Chef Li. Kalau tak silap Chef Li ada menulis banyak ebook dan juga buku bertajuk Jutawan Senyap. Jadi, aku nak kongsikan di sini sedikit daripada nasihat yang diberikan oleh Chef Li kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan.

Antara nasihat Chef Li adalah suami isteri perlu menjadikan diri mereka terampil, mahir dan produktif. Kalau perbelanjaan bulanan keluarga tu dah tak cukup, maka kenalah rajinkan diri untuk mencari sumber pendapatan yang lain iaitu dengan berniaga. Formulanya ialah dengan menambah nilai sesuatu sumber yang kurang bernilai menjadi produk baharu yang lebih komersial dan boleh dimanfaatkan untuk keluarganya sendiri. Kaedah ini dipanggil TNS atau TAMBAH NILAI SUMBER.

Bagi kaum wanita pula boleh memanfaatkan tanah yang ada untuk bercucuk tanam tanaman keperluan dapur seperti cili, kacang botol, serai, kunyit, daun limau, daun pandan, halia, sayuran dan ulaman. Kata Chef Li lagi, anehnya kebanyakan dari kita sanggup mempunyai sehingga tiga set televisyen, tetapi tidak membeli walaupun sebuah mesin pengisar, mesin penguli, oven atau pengukus besar. Bercakap mengenai penguli, teringat pula aku akan mesin Noxxa Noodle Maker yang aku beli tu, alhamdulillah dah ada beberapa kawan yang mahu tempah mee kuning hasil tangan aku, Insya Allah selamat dan dibuat dari bahan-bahan yang halal serta tidak mengandungi pengawet langsung. Ada orang tak boleh makan mee kuning yang dibeli di kedai sebab nanti akan migrain atau angin berlebihan dalam badan adalah disebabkan kandungan asid borik dan kapur yang digunakan untuk mengawet mee tersebut. Jadi, berbaloilah beli untuk kegunaan sendiri. Jika rajin bolehlah jual pada kenalan atau jiran-jiran :)



Seronok dan puas hati bila dapat buat mee hasil tangan sendiri. Hari tu ada tersebar dalam facebook & Whats App yang ada sebuah kilang di Sungai Buloh yang dimiliki oleh bangsa lain tapi menggunakan nama seperti produk Muslim telah disita sebab tak menepati piawaian JAKIM. En suami cakap macam dah jadi fardhu kifayah pula bagi kita menghasilkan produk muslim sebab tengoklah dunia sekarang ramai yang suka ambil kesempatan ke atas orang Islam. Pengguna memang tak dinafikan ramai tapi bangsa kita ni memang *ehem*ehem* (faham sendiri) bab meniaga ni. Jadi, kalaupun tak nak meniaga secara besar-besaran, jomlah kita ubah gaya hidup dan beli segala gadget yang memudahkan kita menghasilkan sendiri produk yang terjamin halal dan toyyiban. Setuju tak? Nak beli Noxxa noodle maker? Meh WA aku di 012-970 6828 untuk pertanyaan harga.

Oklah, nanti aku kongsikan lagi tentang tips-tips untuk menjadi jutawan sepertimana yang dikongsi oleh Che Li. Sehingga berjumpa lagi. Bye!

Isnin, 26 Oktober 2015

Mudahnya Buat Pasta Sendiri

Assalamualaikum,

Lagi update tentang aktiviti kami anak beranak sewaktu cuti jerebu minggu lepas. Apabila anak-anak ada di rumah, maka mama kena ligat buat aktiviti dan memasak. Maklumlah kejap-kejap lapar dan minta makanan aje, memang kuat makan betul tapi badan mereka kurus-kurus keding aje T____T"

Sejak ada mesin buat mee dengan pasta ni semangat nak mencuba tu memang tinggi lah kan. Nasib baik ada ramai penolong juga jadi takde lah mama yang kena kemas sorang-sorang. Walaupun haritu tak cukup bahan tapi cuba juga untuk buat makaroni sendiri.


Anak-anak aku tak perlu bawa makan ke kedai fancy-fancy atau tersohor, cukuplah makanan yang dimasak penuh kasih sayang oleh mama mereka :) Rupa tadak tapi rasa adak..he he he


Inilah rupa makaroni yang dibuat sendiri. Hanya gunakan tepung gandum sahaja dan sedikit garam serta pewarna kuning, memang tiada pengawet lain. Memanglah rupa tak cantik macam San Remo punya tapi yang penting terjamin kebersihan dan status kehalalan tu :)


Ini rupa sebelum nak masukkan dalam oven. Lepas siap terus celur dengan air mendidih selama seminit dan toskan. Memang lembut dan rasa kenyal-kenyal sedikit.


Kalau buat pasta makaroni kena ada seorang tukang tunggu dan poting, kalau tak nanti panjang-panjang pula makaroni uols. Oleh kerana ini adalah home-made jangan pertikaikan kenapa saiz tak sama panjang ya

Keesokannya aku cuba buat teffucini bayam pula. Kenapa bayam? Saja nak cuba-cuba dan kebetulan ada stok bayam hijau. Jadi gunakan air kisaran bayam yang telah ditapis menggantikan air biasa. Memang pasta bertukar mejadi warna hijau. Yang bestnya kalau nak warna yang berlainan silalah gunakan unsur sayuran yang berlainan warna seperti lobak merah untuk warna oren, bayam merah untuk warna merah dan macam-macam lagi lah. Nak kena rajin mencuba sahaja. Yang penting sukatan tepung dan air kena tepat sebab kalau tak mee tak akan keluar.


Kalau tak potong memang akan panjang je tapi jangan risau bila nak celur tu akan putus-putus juga. Kalau guna tepung protein tinggi mungkin tekstur lebih baik


Seronok main dengan gadget baru ni tau. Tapi nak kena rajinlah sikit




Yang penting mesin ni automatik, hanya tekan butang START lepastu dah boleh pergi buat kerja lain. Mudah kan? Memang bestlah beraktiviti dengan anak-anak. Kalau masa zaman mak-mak kita dulu mungkin mesin pasta jenis yang pusing-pusing tu tapi rumah aku takde lah gadget macam tu sebab mak aku bukan makan pasta pong! Anak-anak aku je hantu pasta, entah hantu mat salleh mana yang meresap masuk dalam badan mereka ni ;)


Lepas dah siap celurkan sekejap dalam air panas, dah boleh buat fettucini goreng bersama udang. Resepinya menyusul nanti ya :)

Oklah, sehingga bertemu lagi. Terima kasih kerana sudi membaca blog aku yang makin hari makin bosan dan sarat dengan resepi :P Maklumlah mak ramai anak, apalagi yang difikirkan selain dari masakan untuk penuhkan perut. Nak deko-deko rumah pun dah takde mood sebabnya budget takde untuk tahun ni. Takpe, kita simpan impian dulu.

Bye!

Rabu, 21 Oktober 2015

Bestnya Buat Home Made Laksa Dengan Anak-Anak!

Assalamualaikum,

Wah! Lamanya tak update blog. Maklumlah cuaca jerebu seakan-akan mengaburi mataku untuk tidak mengetuk keyboard! Wah, ayat kemain lagi :) Sebenarnya beberapa minggu anak-anak diuji dengan kesihatan yang tidak menentu dan mama juga semakin bertambah kemalasan untuk mengadap blog.

Alhamdulillah bermula hari ini jom kita update blog supaya uols terubat rindu *blueks*

Kejadian petang Isnin yang lepas, sempat buat laksa bersama dengan anak-anak. Gara-gara pagi Ahad yang lepas aku pergi ke kelas demo membuat laksa dengan menggunakan Noxxa Noodle Maker. Terus semangat nak cuba buat sendiri. Memang mudah sangat kerana semuanya automatik, hanya ikut sahaja resepi yang diberikan iaitu campuran tepung ubi, tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, insya Allah akan menjadi :)

Anak-anak toksah ceritalah memang super eksaited nak menggunakan gadget baru mama ni. Haziq tukang tekan dan masukkan tepung. Sebenarnya petang sabtu tu kami dah cuba buat homemade mee kuning, mula-mula aku yang buat terus tak keluar mee tu (HAHA) tapi dengan bantuan en suami sekejap aje menjadik T___T". Pengajarannya ; sila baca manual dan arahan dengan betul dan jangan derhaka resepi ya :)


Cantik laksa nya tapi acuan nis ebenarnya untuk mee kuning. Jadinya laksa kami takde lah tebal mana. Halus-halus sahaja :)


Semua pakat kerumun meja sebab nak tengok mesin ini bekerja. Bila mama bagitahu aje nak buat laksa terus pakat tolong. Tapi bila dah nak siap, amboi pakat lari belaka sebab malas nak kemas. Lalu, mama pun gunakan kuasa teriakan nyaring supaya pakat-pakat kemas!


Bila laksa keluar tak payah nak potong-potong sebab nanti bila celur dalam air panas ianya akan terputus sendiri

Awal-awal memang menggerutu tapi jangan risau, bila dah celur dalam air panas elok aje menjadi :)


Sabar menunggu hasilnya. Sekejap aje dah siap tau, petang tu kami buat dua kali sebab 1 adunan boleh dapat dalam 1.1kg. Kami kan kuat makan jadi kena buat banyak sket :)


Masa ni proses celur laksa, kalau ada pressure cooker Noxxa boleh guna. Air tu HP2 min sekejap aje dah panas, aku gunakan dapur biasa sebab Noxxa buat masak kuah laksa. Aku buat laksa lemak sebab anak-anak memang suka. Kalau buat laksa penang hanya mama aje yang makan.


Inilah hasilnya. Puas hati sebab dapat buat laksa sendiri tau. Selama ni aku tak tahu mana nak cari laksa beras sebab kalau beli di pasaraya pun macam tak terjamin aje tahap kebersihan dan bahan-bahan yang digunakan. Kalau buat sendiri Insya Allah selamat tanpa bahan pengawet.


Alhamdulillah menu kami petang Isnin yang lepas. Sekejap aje dah dapat makan home made laksa. Anak-anak suka makan bertambah. Ashraf siap cakap mama masak sedap. Amboi, hak sorang ni memang suka puji mama masak sebab nak suruh mama buat lagi lah tu.

Esoknya aku buat makaroni pula. Nanti update lagi. He he Jangan muntah ya, bukan apa, sukalah bila dapat buat sendiri mee dan pasta ni, satu kepuasan yang tak dapat digambarkan. Minggu ni en suami asyik beli tepung gandum aje, layankan aje hobi bini dia yang rajin bermusim-musim ni.

Oklah hingga bertemu lagi. Pada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang resepi homemade laksa atau Noxxa noodle maker bolehlah hubungi aku melalui Whats App 012-970 6828 ya. Hingga bertemu lagi. Bye!

Rabu, 16 September 2015

Mudahnya Membuat Mee Dengan Noxxa Noodle Maker

Assalamualaikum,

Wah lamanya tak update blog. Nampak gaya jerebu banyak berikan kesan pada mak buyong ni. He he Tiba-tiba kemalasan melanda tapi janganlah disalahkan jerebu pula ya ;)

Hari ini aku nak kongsikan satu produk yang sangat-sangat best iaitu mesin pembuat mee jenama Noxxa. Produk ini baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada bulan September tahun ini. Jangan ingat Noxxa ni hanya untuk periuk tekanan tinggi aje ya, sebenarnya ada banyak lagi produk lain seperti mesin pengisar, mesin pembuat ais krim, pengukus elektrik, pembuat roti & oven dan sudah tentulah yang paling famous sekarang ini adalah Noxxa PC (pressure cooker).

Memang bagus sangat-sangat jika kita mempunyai produk ini di dapur kerana ianya banyak membantu kita mempercepatkan kerja dan yang penting dapur tidak bersepah dan kotor. Mesin pembuat mee Noxxa pula menjamin kebersihan dan kesucian mee yang dihasilkan. Iyalah bila buat sendiri ni sudah tentulah hasilnya juga segar (fresh) dan takde bahan pengawet. Nak bagi anak-anak makan pun rasa selamat :)


Yang penting cara untuk menggunakannya senang dan setiap pembelian dilengkapi dengan bekas dan lubang acuan yang boleh digunakan untuk membuat mee, pelbagai pasta dan khabarnya dapat buat kuih raya juga! Best kan?
Best kan? Bagi mereka yang berminat boleh sertai kutu pembuat mee Noxxa yang aku tubuhkan atau kalau nak beli tunai pun boleh juga. Boleh hubungi aku melalui :

E-mel : zailamoahamad@yahoo.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Jom kita buat mee sendiri :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^