Monday, April 11, 2016

Projek Tambah Duit Bulan Puasa : Jom Jual Daging Dendeng

Assalamualaikum,

Ya Allah cepatnya masa berlalu kan? Sekarang ni dah masuk bulan Rejab sudah. Tak lama lagi sudah mahu puasa. Puasa ganti dah selesai ke belum? Mekla ada beberapa hari lagi yang belum ganti, nampak gaya selepas aje habis pantang dah kena cepat-cepat ganti puasa.

Tapi kali ni bukan nak cerita tentang puasa ganti tapi nak cerita tentang projek bisnes bulan puasa. Amboi bunyi macam gempak tapi sebenarnya nak ajak jual daging dendeng jekpon. He he Jangan pandang rendah pada kuasa makanan di bulan puasa yooo. Seperti tahun-tahun sudahnya, Mekla memang suka berniaga produk makanan. Tahun ini insya Allah akan ada produk daging dendeng, sambal hitam, sambal kentang dan kuih raya. Nasi arab Mekla sudah tak jual ya tapi kalau ada permintaan insya Allah boleh aje.

Daging dendeng SR ni bukan Mekla yang buat tapi Mekla kan suka menjual jadi memang Mekla dah cuba sendiri (mengelat makan masa dalam pantang ko berani buat?) dan ternyata daging dendeng ni sedap dan sesuai dibuat makan sewaktu berbuka puasa ataupun semasa sahur. Tambahan pula kalau tak sempat masak dan nak cepat, serious daging dendeng ini akan membantu.

Pada sesiapa yang mahu mencubanya dahulu (sebelum nak jual harus cuba dulu kan) tapi kena lah beli dulu. Berita baiknya sekarang tawaran extra 50 gm (sepeket berat 150gm tapi promosi sekarang berat 200gm) Jadi boleh beli dan bagi kawan-kawan rasa atau jiran-jiran rasa kemudian baru order banyak-banyak untuk jualan ya.


Daging dendeng ni dimasak penuh kasih sayang tau. Rasanya tak masin takdelah pedas sangat, anak-anak boleh makan


Pada yang berminat untuk cari pendapatan sampingan boleh cepat-cepat cuba dan edarkan sampel. Boleh Whats App 012-970 6828 untuk pembelian.

Cepat-cepat sebelum kehabisan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015