Thursday, April 7, 2016

Menu Pantang Mekla

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat juga luangkan masa untuk update blog ni, kalau tak sendu aje tengok ya :) Maklumlah, sejak ada baby Arman, jadual aku dah banyak berubah. Tambah pula dalam pantang laagilah susah nak luangkan masa untuk mengadap blog. Sekarang ni dah sebulan aku berpantang dan syukur sangat-sangat pantang kali ini dijaga oleh en suami dan pembantu. Memang aku tak masak sangat cuma ada lah sesekali tu buat menu sendiri sebab dah bosan makan ikan bakar dan sayur sawi.

Oleh kerana ini pantang yang ke 6 aku memang dah takde masalah bab pemilihan menu sebab dah ada pengalaman yang lepas-lepas tapi kali ini aku gatal juga buat persediaan awal seperti buatkan senarai menu setiap hari dari minggu pertama sampai minggu ke lapan (tapi tak guna juga sebab peti sejuk di rumah ni rosak jadi tak boleh nak simpan lauk banyak-banyak), selain dari beli siap-siap bahan-bahan untuk menu berpantang seperti ikan haruan kering. Isy panjang sangat cerita kalau nak ceritakan semuanya ya! Al-kisahnya hari aku balik dari hospital selepas bersalin, en suami bagitahu peti sejuk di rumah yang bahagian sejuk beku tu rosak sebab sudah tidak sejuk dan habis makanan beku jadi cair. Boleh bayang tak betapa banyaknya barang yang rosak memandangkan peti kami ni memang banyak sampah dan stok makanan.

Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Maka, bermulalah hari-hari dalam pantang di mana lauknya hanya bergantung kepada apa sahaja yang en suami belikan. Oleh kerana takde peti ais, memang setiap hari juga en suami menjadi pelanggan setia Econsave, balik surau singgah beli ikan selar kemudian balik terus letak garam kunyit supaya tak rosak. Hampir 2 minggu jugalah peti sejuk masuk klinik dan percaya tak, alhamdulillah semuanya terkawal.

Minggu pertama pantang aku banyak makan ikan haruan untuk sembuhkan luka bersalin dan nasi pula masak dengan air pegaga. Selain itu, memang selalu minum susu kambing untuk perbanyakkan susu badan dan menghalang dari kena jaundice. Alhamdulillah, baby Arman bacaan kuningnya pun tak tinggi mana jadi memang sekali sahaja pergi ambil darah.

Minggu kedua pula sudah mula makan ikan selar dan ayam. Ikutkan ada orang tak bagi makan ayam waktu pantang tapi kadang-kadang bosan juga kan kalau asyik makan ikan je jadi masak ayam pun ambil bahagian dada yang ada isi sahaja. Kalau nak goreng-goreng pula gunakan minyak zaitun dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Kat bawah ini ada beberapa gambar koleksi menu pantang aku;-


Petang-petang kalau mata dah lali aku suka minum kopi habbatussauda bersama kolagen jenama Nadhuha bersama biskut kering. Kalau nak beli boleh Whats App 012-970 6828 ya


Sayur sawi memang wajib makan setiap hari untuk mengelakkan dari sembelit. Alhamdulillah memang pantang kali ini pun tiada sembelit juga. Sup ayam tu untuk kuah, kalau takde kuah rasa macam nak tercekik aje makan nasi tu


Antara lauk kesukaan iaitu ayam masak lada hitam. Letak lada hitam banyak-banyak dan bawang putih banyak-banyak. Sedap je


Yang ni sayur air lobak putih dengan bawang putih (bila sawi habis), layankan aje. Kalau dah bosan makan ikan selar bakar aku makan cicah dengan kicap yang dimasukkan lada hitam yang telah ditumbuk


Minum petang minum kopi bersama roti yang dibakar bersama bawang putih


Ayam bakar bersama sup ayam dan lobak putih. Lobak putih memang wajib ada juga sebab iainya berfungsi menambahkan susu badan.


Ikan selar bakar bersama kuah kicap, layankan aje walaupun bosan nasi tetap kena makan untuk hasilkan susu


Nasib baik juga mak ada kirimkan ikan haruan kering, jadi bila peti sejuk rosak takde lah rosak


Ayam bakar dan sayur sawi lagi


Sesekali en suami ada buatkan ikan singgang juga. Kalau hari-hari makan macam ni memang tak boleh kurus Mekla oi


Ini lauk pantang pertama yang aku makan di hospital selepas melahirkan Arman. Nikmatnya dapat makan nasi. Bayangkan pagi sebelum bersalin tu pergi hospital dengan tak bersarapan lagi sebab ingatkan nak sarapan di hospital sekali dah check in terus masuk labor room. huhuhu


Ikan siakap kukus bersama sayur peria goreng bersama ikan bilis. Badan aku tak boleh terima sangat sayur peria sebab rasa macam berangin jadi sekali jelah makan menu ni.

Zaman sekarang nak berpantang sangat pun tak boleh sebab kita sendiri sebagai ibu perlukan tenaga jadi kena makan banyak makanan yang boleh bagi tenaga dan bekalkan susu badan pada bayi. Cuma, kena lah pandai-pandai pilih menu yang sesuai dengan diri kita supaya badan tak masuk angin dan bayi pun tak kembung. Minggu pertama aku tak makan halia dan lada hitam sebab waktu ini takut bayi kuning jadi memang tak makan jamu atau segala apa yang "panas". Bukan apa, kalau baby kena kuning penat nak ulang alik ke klinik ambil darah. Teringat lagi waktu berpantang Aaliyah memang banyak kali ke klinik Botanik dan Hospital Klang rujuk doktor kerana Aaliyah disyaki prolong jaundice. Syukur, semua tu dah berlalu dan sekarang Aaliyah dah membesar bagai juara! Takde lah besar sangat tapi mulut dia boleh tahan becok juga.

Oklah, nak siapkan entri ni berapa kali berhenti dah. Faktor usialah sangat bila nak menulis pun dah takde idea dan tak dapat nak fokus lama-lama depan laptop. Hermm kesian kan tapi aku cuba update juga sebab aku suka berkongsi dengan semua apa yang aku lalui, semoga ibu-ibu dalam pantang dapat idea nak makan apa dan jangan stress sangat dengan apa yang berlaku pada diri kita. Kena sentiasa bertenang dan ingat apa sahaja yang Allah uji sebenarnya sikit aje berbanding dnegan ujian orang lain. JAdi bersyukurlah selalu.


Kat sini aku ada jual daun untuk mandian sewaktu dalam pantang. Kalau berpantang sendiri di bandar, susah juga nak cari daun-daun segar, jadi boleh beli yang telah dikeringkan dan rebus sekejap kemudian campur dengan air biasa. Memang harum semerbak satu rumah apabila rebus daun-daun ini. Kalau nak buat bertangas pun boleh juga. Sepeket boleh tahan dalam seminggu kalau guna sikit-sikit. Kalau nak beli banyak pun selepas setiap kali mandi boleh rebus balik sehingga bau dia hilang.

Whats App 012-970 6828 untuk pertanyaan harga. Produk orang kampung dan memang aku sendiri guna untuk mandi sewaktu dalam pantang. Oklah bye! Tak tahu nak tulis apa lagi ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015