Wednesday, October 26, 2016

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan

Assalamualaikum,

Hari ini tak tahu nak menulis tentang apa, belek-belek facebook (sebab simpan gambar dalam tu) teringatlah kisah beli tilam baru. Eh bolehlah kongsikan kisah beli tilam, sambil cerita sambil promote tilam yang Mekla jual. Kalau nak cakap Mekla pasaraya bergerak pun Mekla redho sebab memang dah semua barang Mekla jual. Inilah bestnya jadi ABO (AMWAY BUSINESS OWNER) sebab kita menjual barangan yang kita guna dan jangan risaulah sebab barang-barang ni kita tak perlu beli dan simpan di rumah buat stok, bila ada orang bayar semua akan diuruskan oleh pihak Amway :)

Sebelum tu belanja gambar selfie dengan anak-anak. Sebabnya perasan muda dalam gambar ni. Ha ha ha

Mekla dan anak-anak ;)

Alhamdulillah tahun ini masuk tahun ke 11 kami melayari alam rumahtangga dan dikurniakan 6 orang anak soleh dan solehah (insya Allah). Sepanjang berkahwin tu biasalah bergaduh tu memang sentiasa ada lah kan, bukan senang nak didik hati untuk "tunduk" pada suami ni, nak-nak kita jenis anak yang degil dan tahu nak menang aje. Eh dah perangai macam tu cuma sejak anak dah ramai ni Mekla dah makin cool down dan bertolak-ansur. Bukan apa, malas nak sakitkan hati sendiri sebab kita tahu bukan suami nak pujuk pun. Maklumlah banyak lagi benda dia nak fikir ;)

Teringat awal-awal kahwin kami hanya bawa toto (tilam jenama Narita), sebidang tikar pastu cilok kuali mak mertua, periuk mak dan lesung mak untuk dibawa ke Pontian Johor. Waktu tu memulakan hidup dengan tak ada apa-apa. En suami cari rumah flat (kalau tak silap belakang Hospital Pontian nama Taman Megah) sewa RM200 sebulan, duduk pula tingkat 2 memang tak ada apa-apa langsung. Tapi kami beli sikit-sikitlah. Mula-mula beli dapur gas, mesin basuh dan peti sejuk satu pintu. Ya Allah, bila ingat balik kenangan mula-mula berkahwin rasa nak menitis air mata tau, setiap pasangan Allah mesti uji dengan kesusahan dulu kan? Kalau yang dah kahwin terus masuk rumah cuci tangan tu memang bertuah sangat-sangatlah tu.

Setahun kami menjadi penduduk Pontian sehinggalah en suami dapat tawaran bekerja di Shah Alam. Alhamdulillah setakat ini rezeki kami masih lagi di sini, syukur dapat beli rumah sendiri (walaupun tak besar tapi selesa untuk kami sekeluarga). Barang rumah pun banyak beli ketika sudah memiliki rumah sendiri. Waktu berpindah ke Shah Alam pun kami menyewa lagi dan masa tu masih tidur atas tilam nipis je sebelum beli katil. Mungkin orang akan kata "sengkek"nya lah sampai nak beli katil pun tak mampu tapi agaknya Mekla dah terbiasa dengan gaya hidup orang Kelantan. Biasalah tidur atas toto ni, kat kampung mak pun masih tidur atas toto kalau balik raya :)

Oklah, panjang pula intronya kan. Dipendekkan cerita memandangkan tahun ni sudah melepasi 10 tahun hidup bersama, alhamdulillah sempat juga hadiahkan diri sendiri tilam baru. Ini pun kerana Amway ada buat promosi tilam Dreamland iaitu bayaran ansuran (nak tahu macamana, boleh WA 012-970 6828). Lama juga dok fikir nak tukar tilam lama tu memandangkan spring pun dah rosak, bukan aje rosak, koyak pula tu. Ha ha sedihkan? Masuk aje bulan Oktober ada promosi best dari Dreamland (Amway adalah pengedar bersama tilam ini) jadi apa lagi terus rebut peluang tukar tilam. Kalau ikutkan en suami memang tak akan bagi punya (biasalah orang laki ni kalau minta pendapat mesti suka bandingkan harga) jadi Mekla hanya bagitahu apabila sudah beli (tapi pastikan mood si dia bukan dalam keadaan tengah marah. Alaa pandai-pandailah kan ;)

Ambil masa beberapa minggu juga sebelum tilam sampai. Walaupun ulangtahun perkahwinan pada bulan November (ikut bulan Islam raya puasa lagi) tapi tak mengapalah kan, kira hadiah sampai awal :) Kenapa Mekla suka promosi tilam ni? Sebab dapat hadiah set comforter sepadan dengan tilam lagi! Best kan? Sampai tu laju je pasangkan cadar dan ambil gambar (penyakit orang zaman sekarang) hantar ke group Whats App kongsikan kegembiraan.

Kenapa pilih tilam baru sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan? Jawapan Mekla senang je sebab diri kita yang nak guna. Ada orang suka dapat hadiah handbag baru, cincin baru, baju baru serta apa-apa sahaja yang baru tapi Mekla rasa benda-benda tu sekejap aje kegembiraannya pastu mungkin kita akan simpan sebab sayang nak pakai. Lagipun sejak kejadian cincin kahwin hilang kena curi masa rumah mak kena "pecah masuk" dulu, Mekla memang tak suka dah pakai atau simpan barang emas. Bila hilang tu memang rasa pedihnya sampai sekarang tak terfikir nak beli ganti (lagipun duit pun tak berapa nak ada) Keh keh keh


Mungkin sebab dah tak kerja jadi minat pada barang-barang (henbeg, pakaian, barang kemas) dah macam tak ada. Sekarang ni kalau ada duit aje fikir nak beli gadget untuk kegunaan sendiri dan memudahkan kerja. Alhamdulillah sejak kenal Amway ni banyak dah Mekla bertukar pada gadget-gadget yang memudahkan kerja. Sambil guna sambil promote untuk kawan-kawan supaya mereka juga dapat merasa kebaikan produk. Ada rezeki dapat bonus setiap tengah bulan :)


Tilam ni tebal, tinggi dan memang macam tilam hotel. Kalau tilam lama, kena balik-balik selalu. Maklumlah nak bagi sama rata tahap kelendutan (kes terlebih muatanlah tu) tapi tilam ni tak perlu dah. Memang tebal dan keras. Walaupun keras, takdelah rasa macam tak selesa.


Ada 15 tahun waranti dan yang bestnya tilam ni kalis air dan bau. Jenama Dreamland ni memang jaga kualiti tilam yang mereka jual. Kalau tak percaya boleh layari laman sesawang mereka di sini : Dreamland Malaysia


Jangan risaulah Amway memang jual produk yang diyakini dan terbukti bagus untuk pengguna. Bab harga tu boleh pertimbangkan, bak kata orang "duit boleh dicari, kesihatan diri memang tiada nilainya". Jangan tunggu dah sakit belakang dan tak boleh buat kerja baru nak beli produk-produk yang membantu menjaga diri kita ya ;)

Oklah, sekian bebelan Mekla. Nak cerita pasal hadiah ulangtahun perkahwinan tapi melalut sampai kisah hidup susah awal kahwin. Eh semua orang macam tu kot. Realiti kehidupan sekarang, duit bukan senang nak dapat tapi kalau nak habiskan mudah sangat-sangat kan?

Bye. Kali ni takde iklan sebab entri ini pun dah merangkap iklankan produk sendiri dah : Berminat untuk dapatkannya, hanya bulan ini sahaja tau. Tinggal beberapa hari aje lagi. Kalau ada duit tunai boleh hubungi Mekla laju-laju di WA 012-970 6828.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015