Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 14 Disember 2016

Sedapnya Nasi Kerabu & Solok Lada

Assalamualaikum,

Minggu lepas Mekla berkunjung ke rumah adik ipar yang tinggal berdekatan dengan rumah. Kebetulan mak mertua ada sekali jadi merasa juga makan nasi kerabu air tangan mak mertua tersayang. Sebenarnya pakat-pakat buat tapi ada menu tambahan iaitu solok lada sudah tentulah sentuhan mak mertua. Sedapnya makan waktu keparan. Ha ha ha

Yang kelakarnya teruja sangat nak ambil gambar sampai lupa nak letak sambal kelapa.


Gambar close up..puas hati bila buat sendiri solok lada tu. Sedap manis isinya kerana menggunakan ikan segar dan kelapa yang muda. Kalau beli kat kedai silap haribulan dapat isi yang penuh dengan hampas kelapa aje T_____T"


Adik Arman Hakeem seronok dapat main dengan kakak Zara si mata bulat :)


Anak-anaklah seronok, sesekali dapat pergi rumah sepupu mereka. Walaupun dekat, mama mereka ni penakut nak bawa kereta jauh sikit dari rumah :P


Sesekali bolehlah bawa mereka keluar. Tak sabar nak tunggu anak-anak dah besar sikit. Kalau Arman Hakeem dah pandai berjalan bolehlah bawa jalan-jalan cuci mata di pasaraya. Sekarang ni tak laratlah nak angkut semua.

Pada yang mahu mencuba solok lada, kat sini aku pernah kongsikan resepinya : RESEPI MUDAH SOLOK LADA

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum. Iklan sket


Sudah dapatkan minuman protin Nutrilite pagi ini? Penting sangat bagi surirumah yang sibuk untuk mendapatkan tenaga segera tapi dalam masa yang sama tak mahu gemuk. Ini adalah rahsia Mekla kekal ramping (cet poodah). Maaf bukan kekal ramping tapi kekal bertenaga menguruskan anak-anak sepanjang hari. Kalau tak sempat masak tu, pastikan diri mengambil minuman protin segelas dulu bagi mengelakkan diri dari menjadi naga (selalunya jadi singa aje ha ha ha).


Perisa kegemaran Mekla sudah tentulah perisa teh hijau untuk awet muda *wink*wink* Sebenarnya semua perisa pun sedap, yang mix berries tu pun sedap juga. Hari tu Mekla bekalkan satu bekas untuk mak mertua bawa pergi umrah. Bukan apa, untuk memberikan tenaga dan mengelakkan dari perut cepat pedih (mak mertua ada gastrik jadi kalau lambat makan nanti sakit perut). Alhamdulillah, mak mertua cakap lepas minum protin perut tak terasa lapar sangat dan yang penting badan kekal bertenaga.

Ada yang berminat? Boleh Whats App Mekla di 012-970 6828 untuk sebarag pertanyaan. Poslaju ke seluruh Malaysia dan COD sekitar Kota Kemuning Shah Alam. Bye

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^