Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 14 Disember 2016

Pengalaman Berpantang Menggunakan Set Berpantang Tropical Herbs

Assalamualaikum,

Hari ini tergerak hati untuk berkongsikan pengalaman berpantang anak ke enam iaitu Arman Hakeem. Ikutkan bulan ini Arman sudah masuk 9 bulan dah. Alhamdulillah, Mekla berjaya juga mengharungi tempoh berpantang dengan tenang walaupun pada penghujung tempoh berpantang ada sedikit ujian yang Allah hantarkan :)

Berpantang kali ini Mekla memilih produk Tropical Herbs edaran Amwaylah kan. Memandangkan Mekla merupakan seorang pengedar produk ini, jadi wajiblah guna produk yang kita jual sendiri. Ini kali pertama Mekla menggunakan produk ini. Ianya merupakan himpunan lengkap pemakanan dan pemakaian produk herba di dalam berpantang. Pendek kata, lengkap dari penjagaan hari mula-mula sehingga habis berpantang. Yang bagusnya kain bengkung juga diberikan secara percuma apabila kalian membeli pakej yang ditawarkan. Bulan ini ada promosi best tau, boleh Whats App Mekla di 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan. (sempat lagi Mekla beriklan)


Tak dinafikan semua lengkap dari ubat sapu hingga param pilis tapi memandangkan Mekla ni suka berpantang jenis "koboi" Mekla banyak tak pakai produk yang sapu-sapu kat dahi tu (param pilis ke apa namanya) tapi kapsul telan memang Mekla ambil. Itupun selepas beberapa minggu selepas melahirkan kerana Mekla risaukan Arman (takut kena kuning tapi alhamdulillah bacaan tak tinggi). Minyak sapu tu bau dia best (sangat-sangat bagus untuk dijadikan minyak semasa berurut). Bau dia mengingatkan Mekla kembali saat-saat berpantang. Rindu weh! Tapi tak mungkin dah akan mengulanginya lagi ( ha ha ha) *gelak jahat*

Secara jujurnya bukan mudah juga nak turunkan berat badan tapi mengandung kali ke enam ni berat badan Mekla hampir mencecah 100kg (silakan percaya kerana waktu mengandung memang makan tidur aje kerja Mekla tau). Sampaikan Dr Siti pun sempat bergurau dengan berat Mekla. Huh sedih tapi nak buat macamana, mulut lalu kita makan jelah :)


Gambar ni diambil seminggu sebelum Mekla melahirkan Arman. Tengah makan nasi arab :)


Yang ni pula sewaktu mengandung (tak ingat dah berapa bulan tapi rasanya dalam 5 bulan). Muka dah mula membulat mengalahkan pinggan Corelle. Oh ya, waktu ni Mekla join kelas make up bersama Dr Azi di HQ Amway Petaling Jaya. Best kelas ni sebab berpeluang merasai sendiri produk penjagaan kulit dan juga alat make up :)

Ok Mekla bersyukur juga, selepas habis pantang Mekla terpaksa menjaga anak-anak sendirian di mana pembantu Mekla sudah berhenti kerja. Huru-hara juga menguruskan mereka memandangkan kena ambil Ashraf waktu pagi, manakala Haziq & Husna waktu petang. Itu tak termasuk berkejar-kejar ke pejabat pos atau mengambil stok. Memang penat sebab apabila keluar semua kena angkut masuk kereta. Hermmm betul apa orang cakap "ujian ini menguatkan diri kita" Tak sangka, lama-kelamaan Mekla dah biasa dengan jadual yang sibuk begini. Tak apalah tak ada pembantu pun, Allah sudah hantarkan anak-anak yang cukup baik untuk sama-sama menolong Mekla menguruskan adik-adik mereka.

Kemudian disusuli pula dengan bulan puasa. Memang Mekla akui waktu ini Mekla banyak turun berat badan sampaikan waktu raya ramai yang menegur Mekla dah kurus. Mana taknya, nak makan pun tak sempat T___T"


Gambar ni diambil sewaktu 2 bulan selepas melahirkan. Arman pun masih kecil lagi tu. Alhamdulillah, berat sudah turun kepada berat sewaktu sebelum mengandung (tetap juga obesiti) tapi sudah boleh memakai balik baju-baju lama.


Gambar terkini sewaktu dalam perjalanan ke rumah saudara (sempat lagi selfie dengan anak-anak). Berat sudah turun kepada 70kg. Masih lagi gemuk tapi Mekla sudah boleh pakai balik baju yang dibeli sewaktu selepas melahirkan anak ke 3. Yeay! Ikutkan dulu dah nak buang baju tu sebab dah sendat di bahagian lengan tapi syukur bila dah kurus ni bolehlah pakai balik baju tu. (Mekla pernah buat entri baju tu di sini : Tips Untuk Mengepaw Suami).


Gambar terbaru Isnin lepas di KLIA2 sewaktu menghantar mak mertua menunaikan umrah. Jangan tertipu dengan gambar yang Mekla nampak tinggi tu tapi suka tengok gambar ni :) Abaya hitam ni en suami beli di Dubai. Suka sangat-sangat. Dulu masa mengandung pun boleh pakai tapi sendat sedikitlah tang perut dan lengan tapi sekarang alhamdulillah boleh sarung tanpa masalah lagi :)

Hermm bukan nak berbangga pun dengan tahap kurus sekarang sebab masih lagi obesiti (kalau berat 55kg kot mungkin kategori sihat sesuai dengan ketinggian) tapi sekurang-kurangnya rasa badan tak berat waktu mengandung dulu (jalan sikit pun dah termengah-mengah). Apabila kita kurus, nak buat kerja rumah pun senang :) Lepas ni harap-harap dapat singkirkan lelemak yang degil di bahagian perut dan peha tu. *dengan harapan janganlah mengandung lagi*

Kesimpulannya kalau dalam pantang tu silalah jaga makan dan teruskan amalan berpantang sehingga sudah habis waktu berpantang. Apabila sudah meningkat usia ni memang jangan haraplah nak dapat berat badan sewaktu anak dara dulu, tapi kalau dah kurus sedikit sehinggakan ramai yang perasan dan menegur pun dah boleh buat kita gembira :) Sebenarnya surirumah patut menjaga badan ni bukan untuk suami aje tapi untuk diri sendiri. Maklumlah nak besarkan anak-anak bukan senang, banyak tenaga dan emosi yang positif diperlukan. Bayangkan kalau nak kejar anak tapi kita termengah-mengah leketihan, acaner tu? Belum masuk nak "jaga" suami supaya tidak pandang perempuan lain. Penat kan? Tapi walaupun penat cuba lah ikhtiar selagi mampu untuk mengekalkan nikmat kesihatan yang Allah berikan ini.

Sekarang ini Mekla ada mengambil vitamin Nutrilite sebagai tambahan kepada menu harian Mekla. Setiap hari (kalau tak lupa atau malas) memang Mekla akan ambil kalsium magnesium, B complex, Lechitin, Vitamin C dan Salmon Omega. Kalau rajin lagi minum minuman Protin untuk tenaga. Nak buat macamana, bila dah meningkat usia ni kena rajinkan diri lah ambil vitamin. Kalau tak nanti lesu aje, kesian anak-anak tumpang lesu juga.

Oklah, pada sesiapa yang ingin berpantang dan mencuba sendiri produk Tropical Herbs boleh beli dengan Mekla terus. Sila Whats App ke 012-970 6828 tau, bulan ini ada promosi best! Kalau nak tahu kena cepat-cepat Whats App lah kan. Ibu-ibu yang baru pertama kali nak bersalin elok beli yang pakej sebab dalam ni serba lengkap termasuklah bengkung juga diberikan. Boleh pakai untuk pantang seterusnya tau. Sikit pun tak membazir :) Selain dari set bersalin Tropical Herbs ni, Amway juga ada menjual minyak angin untuk si bayi. (kalau beli set lengkap dalam tu dah ada tapi kalau nak beli asing pun boleh). Kalau kita sakit kepala boleh aje sapu dan bau dia pun best.


Boleh baca gambar di atas untuk keterangan lebih lanjut. Jangan lupa ya sayang-sayang semua. Cepat beli set bersalin Tropical Herbs ni dengan Mekla tau. Kalau anda berada di kawasan di bawah ini boleh hubungi kawan-kawan Mekla

Bangi : Wan Rokiah 010-933 6935
Kuantan : Roslina 012-981 5992
Nilai : Mawarni 016-611 6459

Ok bye!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^