Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 12 April 2017

Bisnes Apa Nak Buat Pada Bulan Puasa


Gambar Serunding daging (sumber Google Image)

Assalamualaikum,

Pada yang memang mengikuti blog aku, pasti akan faham trend berniaga bulan puasa. He he he Sepanjang berhenti kerja, asal masuk je bulan puasa memang aku tak duduk diam. Tak sangka rupa-rupanya banyak juga pengalaman yang aku dah kutip sepanjang berniaga di bulan puasa. Waktu bekerja dulu, aku pernah join bazar meniaga di Summit USJ, waktu tu aku kan jual tudung dan kain ela, aktif join bazar di Subang Parade dan kebetulan dapat slot di Summit. Masa tu upah adik ipar yang kebetulan tak bekerja lagi untuk jaga booth. Jualan tu biasa-biasa aje, uhuk-uhuk tapi orang kata pengalaman yang mahal kan?

Selepas itu dah berhenti kerja aku hanya aktif jual dari rumah sahaja. Bulan puasa tahun pertama tu jual kerepek, tak sangka sambutan sangat-sangat menggalakkan. Ramai kawan-kawan yang jadi ejen dan tak lupa ada juga ejen yang dari blog mahu menjual juga di pejabat-pejabat mereka. Waktu tu dugaan apabila stok tak cukup, kesian en suami terpaksa ponteng solat terawih semata-mata nak ulang alik ambil stok di Banting (malam selepas pukul 7 petang baru buka). Waktu tu masih pakai kereta Wira, penuh satu kereta buat angkut kerepek. Ya Allah kenangan ini memang akan terpahat dalam hati kami selamanya. Demi mencari duit lebih untuk hari raya. Syukur Allah buka jalan ke arah bisnes kerepek. Waktu ini pun order nasi arab boleh tahan banyak, beratur-ratus kotak terjual, ada melalui ejen dan ada juga yang terus beli melalui aku. Syukur rezeki.

Tahun seterusnya aku dah "bijak" sikit, tak nak dah ambil semua tempahan kerepek, hanya pilih-pilih produk laku keras sahaja dan produk yang senang ada stok. Maka, bulan puasa tahun tu sambal kentang sedap terhasil memandangkan produk ini memang sentiasa mendapat permintaan dan stok pun boleh tahan mudah dapat. Kalau orang lain borong kerepek, kami datang borong sambal kentang aje, beribu-ribu sekali bayar. Kalau tak silap, waktu bulan puasa 2014 aku berpantangkan Aaliyah pun masih aktif ambil stok, ikut en suami ambil stok tapi aku dok dalam kereta. Waktu ni dah ada Estima. Alhamdulillah, perjalanan hidup setiap orang tak sama, bersyukur dengan apa yang kita lalui sebab setiap ujian dan dugaan itu sebenarnya adalah tarbiyah dari Allah untuk kita. Yang penting usaha berterusan, jangan ingat bila kita dah selesa dengan kehidupan kita, kita kena berhenti berniaga. Jawapannya tidak ya, semakin selesa semakin kena kuat bekerja kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Tambahan sekarang keadaan ekonomi yang tidak menentu. Berniagalah walau sekadar untuk cari pengalaman. Yang penting duit pun masyuk kan :) Sikit banyak ke kena bersyukur.

Tahun lepas aku banyak berehat memandangkan waktu itu "jiwa kacau". Allah datangkan ujian kesihatan dan waktu tu Arman pun masih kecil, selalu menangis pula tu. Ha ha ha Kenangan sungguh! Nak masak kena kendong masuk dapur dan waktu tu Arman nak hanya dengan aku atau Haziq, kalau kakaknya Husna pegang menangis sekuat alam. Herm..

Alhamdulillah tahun ini Arman pun dah besar, anak-anak pun dah pandai berdikari jadi aku ingat nak berniaga di bulan puasa tahun ini. Jika dipanjangkan usia oleh Allah (insya Allah) dalam perancangan nak jual serunding daging, nasi arab (macam biasa permintaan sepanjang tahun) dan pes tandoori. Insya Allah, nantikan ya pengumuman di blog ini. Bagi surirumah yang mahu cari duit lebih bulan puasa ni bolehlah mula dengan jual produk makanan. Kena bermula dari sekarang tau sebab dah puasa nanti orang tak makan dah. Orang start beli aje. Jadi, sesiapa yang berminat untuk jadi ejen boleh Whats App di 012-970 6828. Nanti Mekla akan masukkan dalam satu group Whats App ya

Tahun ni barang serba mahal kan, jangan nak nafikan kehendak hati mahu beraya seperti tahun-tahun sudah. Kalau dapat cari sedikit duit lebih, boleh gembirakan hati keluarga dan anak-anak, apa salahnya kan? Bukan kena keluar rumah menjaja dari rumah ke rumah pun, cuma aku nak cari ejen yang berdikari dan pantas, bukan tahu "disuap" semuanya aje ya. Jangan risau nanti akan diberikan penerangan cuma kalau boleh biar cepat faham dan janganlah dok ulang tanya soalan yang sama *menangis*

Hingga bertemu lagi. Nanti aku buat pengumuman bila stok dah ada kat tangan ya :)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^