Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 11 April 2017

5 Tips Supaya Anak Rajin Masuk Dapur

Assalamualaikum,

Minggu ini aku diuji dengan kesihatan anak-anak yang selalu aje sakit. Bermula dengan Arman, kemudian berjangkit pula pada Aaliyah, Ashraf dan Azzam. Penat sungguh badan ni apabila melayan anak-anak yang tak sihat. Alhamdulillah, syukur juga anak sulung Haziq dan Husna kekal sihat. Sempatlah aku menyuruh mereka membantu menyediakan makanan di dapur.

Anak-anak aku ni nak kata rajin tu takdelah sangat tapi kalau disuruh memang akan buat. Setiap anak karektor dan kegemaran tak sama. Di sini aku kongsikan beberapa tips agar anak lelaki rajin masuk dapur. Sebenarnya bukan pada anak lelaki aje, anak perempuan pun seeloknya ajar masuk dapur sejak awal lagi supaya takdelah kekok untuk tolong kita nanti.

1) Galakkan menonton rancangan masakan

Anak-anak aku suka tengok siaran Food Channel di Astro saluran 727. Ada beberapa siri seperti Chopped Junior, Masterchef Junior, Cake Wars, Unwrapped dan beberapa siri lain yang menyebabkan mereka teruja untuk memasak. Tambah-tambah Haziq dan Husna sememangnya suka bersaing sesama mereka, agaknya mereka bayangkan yang mereka sedang bertanding di dalam rancangan masakan kegemaran mereka.

2) Bagi arahan

Selalunya setiap anak akan mendapat tugasan masing-masing. Sebagai contoh, kalau nak makan telur dadar mereka perlu mengambil telur, basuh telur dan pecahkan ke dalam mangkuk. Setakat ini, Haziq dan Husna sudah boleh membuat telur dadar (waktu menggoreng tu aku yang tolong bukakan api dapur gas), Haziq dah boleh menggoreng sosej dan daging burger manakala Ashraf dan Azzam pula selalunya ditugaskan buang sampah kerana mereka sukakan tugasan ini. Apabila menyuruh anak-anak membuat kerja di dapur, mama memang kena "tahan mata" melihat sepah dan kecah yang dilakukan oleh mereka. Lagi satu, setiapkali selepas makan memang kena sentiasa suruh anak-anak basuh sendiri pinggan mereka tapi kalau anak-anak yang masih kecil cukuplah kalau minta mereka hantar pinggan masing-masing ke dapur (letak dalam sinki).

3) Sediakan Gadget Mudah

Untuk anak-anak, aku akan pastikan mereka tidak membuka dapur gas sewenang-wenangnya. Semuanya di bawah pengawasan aku. Kalau aku tiada di rumah pun, mereka hanya berani gunakan Noxxa Pressure Cooker sahaja untuk goreng nuget (itupun sebab guna elektrik). Alhamdulillah, bulan ini aku tambah gadget pengukus elektrik Noxxa. Baru semalam dah rasmikan, itupun Haziq yang bantu pasangkan dan memasak ikan siakap stim asam boi. Mudah dan selamat sebab panel elektrik takdelah melibatkan dapur gas. Lepas ini mahu sediakan air fryer pula supaya mereka boleh memasak sendiri telur dadar atau ayam goreng mereka. Oh Noxxa noodle maker tu pun anak-anak aku juga yang guna buat mee. Yang penting mereka seronok untuk cuba pengalaman baru.


Gadget baru di dapur rumah kami. Sesuai nanti bulan puasa untuk panaskan lauk dan nasi


Semua ini Haziq yang sediakan dari potong bawang, cili, serai dan masukkan dalam bekas, tambah garam sos tiram gula semua dia yang nak buat, aku hanya bagi arahan dan pantau dari jauh sahaja


Sekejap aje untuk panaskan pengukus ni. Kalau pengukus jenis lama kena tunggu air mendidih dulu tapi dengan pengukus Noxxa ni sekejap je ON dah terus keluar wap kau


Panel digital tekan-tekan je keluar nombor. Anak-anak sukalah main (tapi sudah tentulah dengan pengawasan, jangan bagi anak-anak yang kecil pula main)


Hasilnya selepas stim 30 minit. Kat bahagian bawah ikan ni aku suruh Haziq letak nasi malam tadi untuk panaskan balik. Alhamduillah, nasi takde pun bau ikan. Seronoklah anak-anak bila dapat makan hasil masakan sendiri. Ashraf tu berapa kali ulang rasa kuah ikan (sebab dia yang masukkan asam boi ke dalam bekas)

4) Berikan contoh untuk anak

Kalau mahu anak-anak rajin masuk dapur, maka kita juga kena rajin masuk dapur memasak. Alhamdulillah, anak-anak memang dibesarkan dengan masakan aku tapi kalau hari cuti tu ada juga keluar makan di restoran atau tapau balik makan di rumah. Yang penting, kita sendiri sebagai ibubapa kena bagi contoh yang terbaik buat anak-anak. Jangan tak tahu semalam Husna tegur aku "mama ni tahun 2017 jarang memasak, sibuk sangat ke?" Boleh pula dia cakap macam tu? Iyalah, beberapa minggu ni memang huru hara sikit sebab en suami pun selalu outstation dan keluar awal pagi (Husna sound tu sebab dia sudah jarang bawa bekal ke sekolah).

Boleh baca perkongsian kawan Mekla di Mingguan Wanita ini iaitu puan Azura Abdullah di sini :

Nak Anak Masuk Dapur Mak Juga Jangan Malas Masuk Dapur

Dalam keluarga kami, en suami juga memang tidak kekok membantu aku untuk memasak. Kadang-kadang dia yang terlebih cerewet dalam penyediaan masakan ;P

5) Berikan Pujian

Siapa yang tak suka pujian kan? Kalau mereka masak tu, selalulah puji masakan dan katakan ini adalah masakan yang tersedap mama pernah rasa! Haziq sudah pandai membuat teh susu manakala Husna pula pandai buat teh O. Ashraf pula sudha boleh bancuhkan minuman phytopowder yang aku beli di Amway. Pendek kata, kalau rasa nak minum apa-apa suruh aje mereka buat dan puji mereka. Insya Allah selalunya berkesan untuk suruh buat di lain masa :)

Itu sahaja perkongsian tips dari Mekla surirumah anak 6. Bukan mudah tapi kalau lama-lama disuruh pasti mereka akan terbiasa :)

Bye!

Iklan : untuk steamer Noxxa aku ada buka kutu selama 6 bulan. Boleh Whats App 012-970 6828 untuk pertanyaan ya :)


Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^