Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 13 April 2017

Terpaksa Kongsi Kebaikan Produk Philips Seterika Perfectcare Aqua

Assalamualaikum,

Suka betul bila bulan ini ada ramai kawan-kawan yang mendapat seterika ajaib Philips ni. Takdelah ajaib sangat, cuma kalau dengan kehadiran benda alah ni kerja menggosok memang akan cepat sikit berbanding biasa.

Pendek kata tiada stress-stress nak tekan seterika. Ya Allah bertuahnya kita kan? Kalau dulu Mekla ingat lagi mak guna seterika arang untuk gosok baju. Nak kena panaskan arang dulu baru bubuh dalam seterika tu. Eh mana lah perginya barang antik tu? Dulu kat rumah mak di kampung ada tapi rasanya dah kena jual oleh mak T___T"

Mekla terpaksa kongsikan kebaikan atau keseronokan kawan-kawan bila mendapat iron tersebut.


Kalau dah beli dapat sekali dengan iron board, kalau beli kat kedai elektrik tak akan dapat iron besar gabak kalah papan peluncur ni. Tapi besar-besar gabak pun utuh tau, made in TURKEY lagi (terperasan kat kotak) Ha ha ha


Yang ini pengakuan dari kawan di facebook. Mekla tak minta pun cuma tiba-tiba beliau komen di gambar tersebut. Alhamdulillah seronok kan? Teruja pun iya :)


Jangan tak tahu, orang lelaki pun mengaku mudah gosok baju. Abu Huzaifah tu suami anak buah Mekla, dia seorang cikgu. Haaa cikgu-cikgu memanglah sesuai terrr


Janganlah tanya Mekla apa beza dengan laman sesawang hak lain seperti Gasaklah, Lazakdar atau 12Jalan jual, Mekla tak reti tau. Mekla hanya tahu jual apa yang Mekla tahu dan pakai. Alhamdulillah sudah hampir 2 tahun guna tapi Mekla dapat siri sebelum siri terbaru. Siri terbaru bestnya ada safety lock, kiranya tak akan terjatuhlah seterika tu. Tapi kan, jujurnya lah sepanjang guna hak siri lama pun tak pernah seterika tu terjatuh. Paling Mekla suka kalau letak lama-lama atas iron board pun tak terbakar sebab seterika ni ada auto shut off kalau tak digunakan dalam masa tertentu dia akan OFF sendiri tau. Selamat kan?

Kalau nak beli boleh hubungi Mekla di Whats App 012-970 6828. Harga memang agak "terkejut" tapi Mekla dah biasa dengan harga begini. Bak kata orang tua-tua "Alah membeli menang memakai" Insya Allah. Kalau rosak pun boleh baiki sebab pusat servis ada di mana-mana di sekitar Malaysia.

Jangan lupa ya, Whats App 012-970 6828 tau. Nak join kutu pon boleh ajeee :)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^