Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 7 Disember 2017

Selamat Tinggal 2017

Assalamualaikum,

Lamanya tak menjengah di blog ini, hampir 6 bulan tidak berupdate dan tahun ni rasanya tahun paling lemau untuk berblog (atau ungkin tahun lepas juga). Sebenarnya bukan tak nak update cuma biasalah alasan demi alasan yang keluar, antaranya; takde masa sesuai, badan penat, takde idea dan macam-macam lagilah. Allahu salah sendiri yang tk pandai menguruskan masa ;(

Akhirnya sedar tak sedar, masa semakin pantas meninggalkan kita. Sudah menghampiri penhujung tahun 2017 dan rupa-rupanya terlalu banyak perkara yang telah terjadi pada tahun ini. Ada yang manis, sedih, kecewa dan bermacam lagi. Mekla sendiri tak sangka diri begitu kuat untuk mengharungi cabaran 2017. Apabila bertambah usia ni rasa sentimental pula apabila melihat perkembangan anak dan rasa ruginya kalau tak abadikan dalam blog ini. Harapan Mekla semoga tahun 2018 aku diberikan kekuatan dan kerajinan untuk "bercerita" di sini seperti zaman kegigihan seorang blogger dulu. Blog takkan sama dengan facebook mahupun Instagram. Jom uols kita aktif kembali, terima kasih pada pembaca yang setia membaca dan mengunjungi blog ini.

Di sini aku letak beberapa keping gambar kenangan 2017 secara rawak. Banyak sebenarnya dalam facebook dan Instagram, boleh add aku di facebook : Zaila Mohamad dan Instagram @zailabinimdae


Kenangan si bujang Ashraf sedang membuat biskut di Gula Cakery Kota Kemuning. Antara aktiviti akhir tahun tadikanya. Alhamdulillah bujang no 3 ni bakal melanjutkan pelajaran di sekolah kebangsaan berdekatan dengan rumah aku pada tahun depan. Kali ini kami tidak memasukkan Ashraf ke sekolah persendirian, saje nak beralih angin pada sekolah kebangsaan (lagipun poket sudah tidak berapa tebal untuk bayar yuran sekolah) kih kih kih


Tahun ini juga Allah anugerahkan aku dengan bakal kedatangan ahli keluarga baru kami. Tak tahu nak tulis apa, tapi hanya fikir yang baik-baik dan sesungguhnya apa yang terjadi pasti ada hikmah Allah nak bagi buat diri aku. Doakan moga perjalanan bayi ke 7 dipermudahkan dan Insya Allah bakal bertemu dengan abang dan kakak pada awal bulan Februari 2018.


Dalam kegembiraan, ada juga kesedihan. Antaranya tentang apa yang berlaku ke atas biras aku (isteri kepada abang en suami). Sudah sebulan lebih beliau berada di dalam ICU di Prince Court Medical Centre. Sesungguhnya kami juga terkesan dengan ujian ini memandangkan biras Mekla begitu baik dan rapat dengan kami. Ya Allah, Kau sembuhkanlah Hajah Basirah Mohamed, kembalikan senyuman dan kasih sayangnya kepada kami. Kami rindukan gurauan dan kata-kata semangat dari beliau. Sungguh rindu ;(

Oklah, airmata tak dapat ditahan lagi. Insya Allah ada masa aku menulis lagi. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^