Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 29 Januari 2018

Resepi Home Made Fishball Tenggiri

Assalamualaikum,

Sabtu yang lepas baru berkesempatan buat fishball dari isi ikan tenggiri. Sebenarnya dah lama teringin nak makan tapi bila tengok harga isi ikan tenggiri di pasaraya sangatlah mencekik darah (atas poket masing-masinglah kan). Kebetulan minggu lepas en suami beli ikan tenggiri papan seekor di kedai runcit kat Jalan Kebun. Harga seekor ikan RM28 sekilo dan ikan pun takdelah besar sangat. Itupun bila dah tinggal 3 keeping baru terhegeh-hegeh nak buat.

Sebenarnya ada banyak versi resepi tapi aku ni main buat ikut suka hati je. Tadi semua anak-anak suka makan kecuali Ashraf yang memang sejak kecil begitu memilih untuk makan. Ok, ini resepinya :-

Bahan-bahan :

- 3 keeping isi ikan tenggiri dibuang tulang *
- 1 sudu the lada hitam *
- 1 ulas bawang merah *
- 2 sudu tepung ubi kayu
- garam, serbuk lada putih & cukup rasa (pilihan)
- sedikit daun sup / daun bawang (hiris halus)

Cara-cara :

- Tumbuk bahan bertanda *. Kalau buat banyak boleh kisar dalam Food Processor aje tapi macam aku ni buat sikit, kau tumbuk jelah kasi lemak-lemak lengan kau bergegar sama. Jangan dok manja sangat hokei
- Dalam satu mangkuk tu letak isi ikan yang telah ditumbuk, tepung ubi kayu, garam, serbuk cukup rasa dan daun sup. Serbuk lada putih aku masukkan masa tumis, kalau nak masukkan terus pun boleh
- Bila dah sebati tu, bulat-bulatkan aje sebesar ibu jari kita atau ikut suka koranglah nak besar mana.
- Simpan dalam peti sejukbeku atau nak masak terus pun boleh


Yang ini aku masak dengan bayam. Maklumlah mak buyong kena makan banyak makanan berkhasiat kan. Mula-mula panaskan minyak zaitun, tumis banwang putih dan halia sampai kekuningan. Lepas tu masukkan bebola ikan ni dan kacau-kacau sekejap. Masukkan air masak, kemudian boleh masukkan ubi kentang yang sudah dipotong dadu, tomato dan sayur bayam. Kalau tak suka sayur bayam, jangan letak tapi gantikan dengan suhun dan fucuk. Pun sedap! Nanti tambahlah garam dan gula secukup rasa.

Oh ya, tulang ikan tenggiri tu jangan buang pula sebaliknya boleh masukkan dalam sup ni tapi pastikan bukan anak-anaklah yang makan ya.


Tadi 3 keping isi ikan tenggiri dapat dalam 15 biji bebola ikan aje. Biasalah hari cuti rajin nak menggentel sket, kalau hari sekolah jangan haraplah kan. Nanti nak buat lagi banyak-banyak simpan dalam peti beku. Anak-anak suka aje makan ni sebab rasanya yang kenyal dan Husna cakap macam rasa sayur :P

Oklah semua, selamat mencuba ya. Doakan moga aku dimurahkan rezeki selalu. Bye!

Iklan jap




Jom dapatkan beg bertali sebagai hadiah doorgift majlis harijadi anak anda. Sila Whats App ke 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan harga atau like fanpage BARANGAN PARTI HARIJADI sekarang juga (klik perkataan tersebut).

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^