Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 23 Julai 2018

Sofa Kinsen Pilihan Hati

 Assalamualaikum

Mentang-mentang sekarang boleh update blog dari henset. Apalagi, sesi riaktakbur lah sikit kan. Kebetulan pula baru je beli sofa dari Kinsen Home. Lama betul rumah kami "puasa" sofa. Maklumlah sofa lama semua dah hancur dikerjakan anak-anak. Sofa baru pun kita tengok berapa lama boleh bertahan 🤣🤣

Sebenarnya dah lama aku dok lihat iklan Kinsen di facebook. Menjadi betul perangkap mereka tu. Tahun lepas lagi tau dok mengidam tapi syukur lepas drama air mata (ok gurau) akhirnya dapat juga merasa beli sofa mur mur ikut budget yang en suami tetapkan. Ikutkan nak beli sofa Ikea tapi en suami pula tak ada masa nak pergi Ikea Sale haritu. Kinsen ni pun, nasib baik showroom ada di Klang. Tak sangka pergi tengok, berkenan terus beli. Dah memang nak cari sofa kan, takkanlah nak beli benda lain pula.



Buat masa sekarang, deko macam ni je. Karpet tu karpet lama yang kami beli di Ikea


Langsir tu kekdahnya langsir kahwin 🤣🤣 Maklumlah yang tengah tu yang lama. Memang nak buka basuh tapi susahnya nak buat sendiri. Jadinya biar jelah kahwin macam tu. Eh eh nampak lawa lah ya!


Beli dengan Kinsen ada jaminan 5 tahun. Kalau nak tukar warna datang je cawangan dan pilih fabrik. Best kan? Kinsen ni produk Malaysia, kilang di Kg Melayu Subang (kalau tak silap Mekla)


Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak sofa baru ala-ala #scandinavianhome. Ha ha ha
Walaupun rumah ramai rakyat jelata tapi sis cuba juga untuk deko-deko 🤣😎

Nanti Mekla kongsi lagi pengalaman beli sofa di Kinsen. Tunggu angin rajin datang ya. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^