Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 24 Januari 2018

Surirumah Perlu Bijak Manfaatkan Masa

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni (Rabu) sudah memasuki minggu ke 4 Januari 2018. Setakat ini anak-anak pun sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan jadual persekolahan masing-masing. Tahun ini anak sulung aku nak periksa UPSR (doakan moga Berjaya dalam semua subjek) maka tahun ini juga ada beberapa siri tusyen yang telah aku daftarkan. Di sekolah juga khabarnya tusyen akan bermula Februari ini selepas waktu persekolahan. Kalau di rumah pula, aku ambil tusyen Bahasa Inggeris setiap Sabtu bersama guru BI India di Kota Kemuning, Math dan Sains sebelah rumah aje dan bulan Februari ada juga tusyen Sains bersama jiran belakang rumah. Memang pilih dekat-dekat aje supaya senang nanti aku nak hantar atau dia pergi sendiri. Maklumlah, nanti bila dah ada baby susah pula nak keluar rumah.

Hari ini nak kongsikan jadual setiap hari aku. Sebelum bersalin mungkin konsisten begini, kalau dah ada baby nanti tak tahulah macamana pula kan? Tahun ini 4 orang sudah mula bersekolah, ada yang sekolah dari pagi sampai petang, ada yang baru memasuki tahun 1 sekolah kebangsaan dan petang sekolah agama dan ada juga yang baru masuk tadika. Jadi, setiap pagi aku ada lebih kurang 4 jam waktu lapang untuk BERTENANG. Ha ha ha Tenanglah sangat! Padahal kalau takde perancangan memang akan kelam-kabut juga.

Setiap pagi memang kena bangun sebelum Subuh, lepas solat subuh turun ke dapur untuk sediakan bekal anak-anak. Selalunya bila aku masak bekal, automatic sarapan aku dan anak-anak yang belum bersekolah ni sudah ada. Kalau buat bekal nasi, anak-anak memang akan suka sebab nanti perut mereka kenyang. Selepas anak-anak ke sekolah, selalunya aku akan rehat sekejap. Kalau rajin sesambil tengok TV (Tanyalah Ustaz) aku akan sarapan sambil tengok henset (ini wajib). Kalau anak-anak masih belum bangun dan cuaca pula ala-ala dingin, terjoin membuta sama :P

Kalau tak tidur, jam kedua selalunya aku kena sidai kain (tengok cuaca juga) dan mendobi kain. Sehari tu, rasanya adalah 3 kali basuh baju. Maklumlah isi rumah kan ramai. Memang tak pernah berehatlah mesin basuh kat rumah ni kecuali waktu rosak sementara tahun lepas. Kalau rajin, aku akan lipat kain tapi selalunya lebih kepada malas. Ha ha ha Tapi selalunya aku akan kemaskini status dan jawab pertanyaan di Whats App (biasalah, surirumah berniaga memang tak lekang dari henset).

Jam ketiga selalunya aku akan masuk dapur balik sediakan bahan-bahan untuk masak tengahari. Tapi kalau lebihan bekal masih banyak, aku tak akan masak lagi. Sesambil basuh pinggan dan bersihkan "work station" tu dah boleh rancang nak masak apa. Selalunya menu ringkas aje, yang penting berkuah dan kalau untuk anak-anak, ayam goreng celup tepung pun dah setel. Kalau malas masak, selalunya selepas ambil Ashraf aku akan singgah beli nasi di kedai depan rumah aku. Bolehlah sesekali makan pedas dan ikut selera sendiri.

Jam keempat selalunya aku akan masuk SOHO untuk update blog. Maklumlah semangat azam tahun baru masih membara. Setakat ini masih konsisten lagi, tak tahulah macamana bila ada baby no 7. Harap-harap tidak ke laut Amerika lagi. Ha ha ha

Selepas kemaskini blog, selalunya aku akan siap-siap untuk ambil Azzam di tadika dan terus pecut ke sekolah Ashraf. Haa bila dah ada 2 orang ni maka bertambah kepala untuk dijaga. Masa ni agak kelam kabutlah sikit tapi syukurlah Ashraf sekarang dah makin bijak dan mudah disuruh. Macam tak percaya juga dia yang manja tapi sekarang macam dah besar sangat. Balik rumah tu tahu apa yang perlu dibuat. Masa minggu pertama persekolahan, selalu juga menangis tapi selalunya aku akan buat-buat tak layan (walau dalam hati nak menangis sama). Maklumlah dia seorang terlepas ke sekolah kebangsaan (dahle jauh  minit dari rumah). Tapi syukur Alhamdulillah, cepat betul Ashraf terima perubahan jadual persekolahannya cuma adalah dia mengadu penat sikit sekarang ni. Dia siap cakap lagi "Kan best kalau sekolah tadika je".

Selepas Ashraf ke sekolah agama bolehlah berehat sekejap. Tapi tak boleh lama juga sebab lepas tu kena memasak untuk sesi anak balik petang pula. Kalau hari Haziq mengaji kena keluar ambil dia di sekolah sebab selalunya van takde dah petang hari. Malam pula kena siap sediakan bahan-bahan untuk masak bekal esoknya. Beginilah rutin aku seharian. Kalau hari ada nak pos barang atau perlu ke kedai Amway membeli barang, memang kena keluar rumah awal sebab takut tak sempat nak ambil anak-anak kat sekolah nanti. Terpaksalah korbankan masa berehat kalau nak lakukan semua benda. Tambah-tambah surirumah yang berniaga macam aku ni. Uhuk uhuk


Takde gambar nak tayang, kita tayang gambar bekal pagi tadi lah. Nasi goreng cina dengan ayam yang daripada baki tomyam ayam. Sekarang ni kalau masak lauk memnag kena masak banyak supaya tak perlu nak tiga empat kali masuk dapur. Maklumlah, sejak perut pun dah makin memboyot ni, penatlah kalau asyik kena masak aje.

Hermm, semoga perkongsian aku ni ada manfaatnya. Sebenarnya, kita sendiri pun kena banyak belajar dan tengok ibu-ibu lain menguruskan rumah dan keluarga. Bak kata kawan aku "Ibu anak 2 belajar dengan ibu anak 3, ibu anak 3 belajar dengan ibu anak 4 dan begitulah seterusnya". Proses belajar ni bukan hanya di sekolah sahaja tapi perlu sepanjang usia. Ada setengah benda sekolah tak ajar iaitu pengurusan masa yang betul. Yang ni semua orang pun kena belajar kan?

Oklah, hingga berjumpa lagi. Kalau mahu ikuti status aku di facebook boleh add Facebook aku oiaitu Zaila Mohamad atau ikuti laman Instagram : @zailabinimdae. Hingga bertemu lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^